Tuesday, January 28, 2014

Ayat Kefahaman - Hidayah Allah

Maksud Surah An-Nur Ayat 35 :
  • Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan Nur Hidayah petunjuk Allah kitab suci Al-Quran, adalah sebagai Miskat yang berisi sebuah lampu, lampu itu dalam gelup kaca kendil, gelup kaca itu pula jernih jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang. Lampu itu dinyalakan dengan minyak daripada pokok yang banyak manfaatnya iaitu pokok zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak di sebelah barat, yang minyaknya hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api, sinaran Nur Hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda. Cahaya berlapis cahaya, Allah S.W.T. memimpin sesiapa yang dikehendakinya menurut undang-undang dan peraturannya kepada Nur Hidayahnya itu. Dan Allah S.W.T. akan mengemukakan berbagai-bagai perbandingan untuk manusia dan Allah S.W.T. maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Berdasarkan Ayat Di Atas, Apakah Maksud Nur ?
  • Nur ialah iman atau suatu jalan yang membawa kepada kesejahteraan, kebaikan, kebahagiaan dan kesucian.
Apakah Maksud Hidayah ? 
  • Hidayah ialah petunjuk atau anugerah Allah kepada seseorang ke jalan yang diredhainya.
  • Bimbingan Allah.
Nyatakan Maksud "Hidayah Seperti Sebuah Lampu" :
  • Hidayah Allah menerangi hati orang yang beriman seperti cahaya yang menerangi alam.
Amalan Dalam Rumah Tangga Yang Membolehkan Manusia Mendapat Hidayah :
  1. Sentiasa mengerjakan solat berjemaah.
  2. Saling hormat-menghormati.
  3. Nasihat-menasihati serta amar makruf dan nahi mungkar.
  4. Memberi pendidikan agama yang secukupnya antara satu sama lain.
Berzikir Ialah Antara Amalan Yang Dilakukan Untuk Mendapatkan Hidayah Allah S.W.T. Senaraikan Contoh-Contoh Amalan Berzikir :  
  1. Bertahlil - Lailahailallah.
  2. Bertakbir - Allahuakbar.
  3. Bertasbih - Subhanallah.
  4. Bertahmid - Alhamdulillah.
  5. Beristighfar - Astaghfirullahalazim.
Amalan Untuk Mendapatkan Hidayah Allah S.W.T. Selain Daripada Berzikir Kepada Allah S.W.T :
  1. Menuntut Ilmu.
  2. Membaca Al-Quran.
  3. Beramal dengan Al-Quran.
  4. Berdamping dengan ulama'.
  5. Melakukan amalan iktikaf.
  6. Sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T.
  7. Melakukan kebaikan seperti bersedekah.
  8. Istiqamah dalam ibadat.
Faktor Yang Menghalang Seseorang Itu Daripada Mendapat Hidayah Allah S.W.T :
  1. Memakan makanan yang haram.
  2. Tidak mengambil berat tentang sumber makanan yang dimakan.
  3. Tidak berusaha menuntut ilmu agama dengan bersungguh-sungguh.
  4. Terus berada dalam kejahilan sepanjang masa.
  5. Sentiasa melakukan maksiat tanpa rasa takut kepada azab Allah S.W.T.
  6. Tidak beramal dengan ilmu yang telah dipelajari.
Ciri-Ciri Orang Yang Mendapat Hidayah Allah S.W.T :
  1. Sentiasa mengingati Allah walaupun berurusan jual beli.
  2. Sentiasa bertasbih dan bertahmid kepada Allah S.W.T.
  3. Mendirikan solat fardhu.
  4. Mengeluarkan zakat.
  5. Takut dan gerun kepada pembalasan Allah pada hari qiamat.
  6. Menjauhi kemungkaran. 
Al-Quran Merupakan Mukjizat Yang Teragung Yang Dianugerahkan Kepada Nabi Muhammad S.A.W. Nyatakan Ciri-Ciri Mukjizat Al-Quran :
  1. Tiada sesiapa pun mampu membuat dan menandingi Al-Quran.
  2. Keindahan susunan dan gaya bahasa Al-Quran sangat indah sehingga sasterawan Arab gagal menandinginya.
  3. Isi kandungan Al-Quran terjamin kebenaran dan keasliannya sepanjang masa.
  4. Al-Quran mengandungi pelbagai jenis ilmu termasuk yang berkaitan dengan alam ghaib.
Kewajipan menuntut ilmu ke atas umat Islam merangkumi ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Terangkan maksud ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah serta contoh tiap-tiap satu :
  1. Ilmu Fardhu Ain - Ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh umat Islam bagi menyempurnakan kehidupan dunia dan akhirat. Contoh : Ilmu mengenai cara mengerjakan solat, puasa dan sebagainya.
  2. Ilmu Fardhu Kifayah - Ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh umat Islam bagi. Kewajipan akan gugur apabila sebahagian umat Islam melaksanakannya. Contoh : Ilmu pertanian, perubatan dan sebagainya.
Terangkan Pengajaran Ayat Di Atas :
  • Hidayah Allah menerangi hati orang mukmin seumpama cahaya yang menerangi seluruh alam.
  • Setiap orang perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah Allah S.W.T.
  • Al-Quran ialah sumber hidayah dan ilmu pengetahuan.

Monday, January 27, 2014

Aqidah - Ahli Sunnah Waljamaah, Mazhab Syiah Dan Khawarij

Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah
Apakah Maksud Ahli Sunnah Waljamaah ?
  • Ia merupakan kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah Rasulullah S.A.W. dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang perkara-perkara bida'ah.
Nama-Nama Lain Bagi Ahli Sunnah Waljamaah :
  1. Ahlussunnah.
  2. Al-Jamaah.
  3. As-Salafussoleh.
  4. Ahlul Hadis.
Maksud As-Salafussoleh :
  • Para ulama' solihin yang hidup sebelum kurun ketiga hijrah iaitu para sahabat, tabien dan pengikut tabien (Attbauttabien).
Bilakah Kemunculan Nama Ahli Sunnah Waljamaah ?
  • Setelah berlaku fitnah dan perpecahan dikalangan umat Islam. Penggunaan istilah Ahli Sunnah Waljamaah adalah untuk membezakan daripada golongan serpihan yang lahir seperti Syiah, Khawarij, Murjiah dan Muktazilah.
Siapakah Yang Memasyurkan Nama Ahli Sunnah Waljamaah ?
  1. Abu Hassan Al-Syaari (330 hijrah).
  2. Abu Mansur Al-Maturidi (333 hijrah).
Nyatakan Sumber Pegangan Ahli Sunnah Waljamaah :
  1. Al-Quran.
  2. As-Sunnah.
  3. Ijmak Ulama'.
  4. Qias. 
Mengapakah Dinamakan Ahli Sunnah Dan Al-Jamaah ?
  • Dinamakan Ahli Sunnah kerana mereka menerima dan beramal dengan sunnah Rasulullah S.A.W.
Dinamakan Al-Jamaah kerana : 
  1. Mereka berkumpul di atas kebenaran.
  2. Bersatu untuk berjihad.
  3. Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
  4. Menghidupkan sunnah dan menentang perkara bida'ah.
Huraikan Perinsip-Perinsip Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah :
  1. Berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
  2. Merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah apabila terdapat pertelingkahan pandangan.
  3. Berpegang dengan perinsip Assalafussoleh.
  4. Tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka.
  5. Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih.
Kepentingan Berpegang Teguh Dengan Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah :
  • Mendapat keredhaan Allah S.W.T.
  • Sebagai dasar kepada penerimaan sesuatu amalan.
  • Dapat membersihkan akidah daripada penyelewengan & kesesatan.
  • Mengawal iman supaya selamat di dunia dan akhirat.
Cara Untuk Memantapkan Akidah Supaya Tidak Mudah Terpesong Daripada Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah :
  • Mempelajari ilmu daripada guru yang diiktirafkan keilmuannya.
  • Mempelajari asas aqidah yang berdasarkan kitab muktabar.
  • Menjauhkan diri daripada orang yang mengamalkan ajaran sesat.
  • Memperbanyakkan doa dan berzikir kepada Allah S.W.T. agar ditetapkan aqidah.
  • Menunaikan segala kewajipan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.
  • Meninggalkan segala kemungkaran.
Pandangan Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah Mengenai :
Orang Yang Melakukan Dosa Besar : 
  • Dikira sebagai mukmin kerana imannya masih ada tetapi mereka dikira fasik.
Melihat Allah S.W.T. :
  • Orang mukmin dapat melihat Allah S.W.T. di syurga pada hari kiamat.
Iman Bertambah & Berkurang :
  • Iman seseorang boleh bertambah dan berkurang.
  • Ia bertambah apabila taat suruhan dan perintah Allah S.W.T.
  • Ia berkurang apabila melakukan maksiat & kejahatan.
Qada' Dan Qadar : 
  • Mereka beriktikad bahawa ketentuan (Qadar) dan segala perkara yang berlaku (Qada') dialam ini terjadi dengan kebijaksanaan & kekuasaan Allah S.W.T. sejak azali lagi.
  • Allah S.W.T. yang berkuasa mengatur segala perkara yang terjadi di alam ini.
  • Semua perkara samada baik atau buruk adalah ketentuan Allah S.W.T.
Al-Quran Bukan Makhluk : 
  • Mereka yakin Al-Quran ialah kalamullah yang bersifat qadim (bukan makhluk).
Mazhab Syiah

Siapakah Golongan Syiah :
  • Golongan syiah ialah golongan yang bercita-cita untuk menjadikan Saidina Ali Karramallahu Wajhah sebagai khalifah Rasulullah S.A.W.
Pendirian Golongan Syiah Terhadap Jawatan Khalifah Selepas Kewafatan Rasulullah S.A.W. :
  • Golongan Syiah berpendapat bahawa Saidina Ali sahajalah yang berhak dan layak dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
Syiah Terbahagi Kepada 3 Kumpulan Utama Iaitu :
  1. Syiah Imamiah.
  2. Syiah Zaidiah.
  3. Syiah Al-Batiniah.
3 Golongan Kumpulan Utama Syiah Dinamakan Demikian Kerana :

Syiah Imamiah :
  • Kerana mereka berpendapat bahawa pemimpin umat Islam (imam) hanya layak disandang oleh Ahli Bait.
Syiah Zaidiah :
  • Mengambil sempena pengasasnya iaitu Zaid Bin Ali Zainal Abidin cicit kepada Ali Bin Abi Talib K.W.
Syiah Al-Batiniah :
  • Kerana pandangan mereka yang menganggap Al-Quran mempunyai makna zahir dan makna batin yang hanya difahami oleh imam mereka (kumpulan Syiah yang paling radikal dan sesat).
Perbezaan Pegangan Syiah Imamiah dengan Ahli Sunnah Waljamaah :
  • Beriktikad bahawa jawatan imam adalah jawatan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. seperti kenabian.
  • Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh Ahli Bait.
  • Beriktikad bahawa imam kedua belas mereka iaitu Mohamad Al-Mahdi Al-Qaim Bil-Hujjah akan muncul sebagai imam mahdi.
  • Beramal dengan Taqiah iaitu menyembunyikan iktikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad dengan mereka.
  • Mengharuskan perkahwinan mut'ah.
Kedudukan Iman Pada Pandangan Syiah Imamiah :
  • Jawatannya adalah anugerah Allah S.W.T.
  • Dianggap maksum tetapi tidak mendapat wahyu.
  • Hanya layak disandang oleh 12 imam daripada kalangan Ahli Bait mengikut urutan.
  • Setiap iman akan menamakan seseorang sebagai penggantinya.
  • Dikenali juga dengan nama Syiah Ithna Asyaariah (Syiah Bua Belas).
Pegangan Syiah Zaidiah Yang Berbeza Dengan Ahli Sunnah Waljamaah :
  • Beriktikad bahawa orang yang melakukan dosa besar berada di antara keimanan dan kekufuran.
  • Beriktikad bahawa perbuatan manusia adalah dilakukan oleh manusia bukan Allah S.W.T. (manusia berkuasa penuh melakukan perbuatan).
Pegangan Syiah Yang Lain Yang Ditolak Oleh Syiah Zaidah :
  • Konsep Taqiah.
  • Kepercayaan bahawa Muhammad Al-Mahdi Al-Qaim Bil-Hujjah sebagai Imam Mahdi.
  • Kema'suman para Imam kecuali Ali, Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussin.
Pegangan Utama Golongan Syiah Al-Bataniah :
  • Beriktikad bahawa Ali K.W. dan Imam mereka yang lain sebagai tuhan.
  • Beriktikad bahawa Imam mereka Muhammad Bin Al-Hanafiah masih hidup.
  • Menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak.
Khawarij

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Golongan Khawarij ?

  • Golongan penyokong Sayidina Ali yang berjuang menentang Muawiah R.A. tetapi tidak menerima Majlis Tahkim.
  • Mereka menarik diri daripada menyokong Sayidina Ali kerana memprotes Ali yang bersedia menerima keputusan Majlis Tahkim yang memihak kepada Muawiah.
Pegangang Golongan Khawarij :
  • Beriktikad bahawa orang yang melakukan dosa besar adalah kafir.
  • Mengkafir dan menghalalkan darah semua orang Islam yang berlainan iktikad dengan mereka.
  • Menghadkan sumber syariat Islam hanya kepada Al-Quran sahaja.
Cara-Cara Untuk Memelihara Aqidah :
  • Mematuhi perintah Allah S.W.T. dan menjauhi  larangannya.
  • Menghindarkan diri daripada orang yang mengamalkan ajaran sesat.
  • Sentiasa berdoa bagi membina ketahanan aqidah.
  • Belajar daripada guru yang diperakui keilmuannya dalam bidang aqidah.
  • Mempelajari dan mendalami asas aqidah berdasarkan kitab Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar.
Maksud Perkara-Perkara Berikut :

Kafir :
  • Orang yang mengingkari salah satu daripada perinsip akidah yang telah dijelaskan dalam Al-Quran dan hadis.
  • Orang yang ingkar kepada apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. supaya beriman kepadanya.
Musyrik :
  • Orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain atau menyamakan sesuatu dengan Allah pada zat, sifat dan perbuatan.
Munafik :
  • Orang yang pada zahirnya beriman tetapi dalam hatinya kufur (menyembunyikan kekufuran).
Fasik :
  • Orang yang durhaka kepada Allah S.W.T. dan rasulnya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil.
Murtad :
  • Orang yang keluar daripada agama Islam samada melalui percakapan, perbuatan (amalan) atau iktikad (kepercayaan).
Mulhid :
  • Orang yang tidak beragama.

Tuesday, January 21, 2014

Hadis - Kehidupan Di Dunia Ibarat Seorang Perantau

Riwayat Al-Bukhari :

  • Daripada Abdullah Bin Umar R.H berkata, Rasulullah S.A.W memegang bahuku seraya bersabda : 

"Jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara".

Ibnu Umar berkata "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah tunggu menjelang waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu".
(Riwayat Al-Bukhari)
  • Maksud Perantau Dalam Hadis Di Atas? 
  1. Manusia dalam perjalanan menuju ke akhirat.
  2. Orang yang singgah di suatu tempat mencari bekalan untuk meneruskan perjalanan menuju ke akhirat.
  3. Dunia hanyalah tempat persinggahan untuk menuju ke alam akhirat.
  • Cara Pengurusan Masa Yang Dituntut Dalam Hadis :
  1. Menyegerakan sesuatu urusan.
  2. Mengisi masa dengan aktiviti berfaedah.
  3. Mengisi kehidupan dengan bekalan untuk ke akhirat.
  • Amalan Yang Perlu Untuk Bekalan Ke Akhirat :
  1. Melazimi ibadat sunat.
  2. Melaksana ibdat wajib.
  • Bentuk Nasihat Yang Boleh Dijadikan Amalan Untuk Hidup Bahagia Di Dunia &Di Akhirat :
  1. Tidak melengah-lengahkan sesuatu kerja.
  2. Gunakan peluang yang ada untuk beramal semasa sihat sebelum sakit.
  3. Menggunakan peluang untuk beramal semasa hidup sebagai persediaan mati.
  •   Berdasarkan Hadis Di Atas, Huraikan Pernyataan "Dunia Ialah Tempat Persinggahan" :
  1. Manusia hidup di dunia seperti seorang perantau yang hanya singgah sementara di satu destinasi sebelum ke destinasi seterusnya.
  2. Manusia diberi nikmat masa dan kesihatan oleh Allah S.W.T. untuk mereka melakukan amalan kebajikan semasa hidup di dunia.
  3. Semua makhluk yang bernyawa pasti akan menemui ajal pada suatu hari nanti dan akan menuju alam akhirat yang kekal abadi.
  • Rasulullah S.A.W. Juga Berpesan Supaya Membuat Persediaan Untuk Hari Akhirat. Antara Pesanan Rasulullah S.A.W. Yang Lain Ialah :
  1. Menggunakan peluang untuk beramal ketika sihat.
  2. Merancang dan menguruskan masa dengan bijak.
  3. Jangan membazir masa.
  4. Tidak melengahkan kerja.
  5. Banyakkan ibadat sebagai bekalan sebelum mati.
  6. Berpegang kepada Al-Quran Dan Al-Hadis.
  • Akibat Mengabaikan Pesanan Rasulullah S.A.W. :
  1. Hidup tidak diberkati oleh Allah S.W.T.
  2. Segala yang dirancang tidak akan berjaya dilaksanakan.
  3. Rasulullah S.A.W. tidak akan memberi syafaat akhirat nanti.
  • Amalan Yang Sewajarnya Dilakukan Ketika Sihat :
  1. Solat.
  2. Puasa.
  3. Umrah.
  4. Haji.
  5. Sedekah.
  6. Belajar bersungguh-sungguh dengan tekun.
  7. Membantu orang yang memerlukan bantuan.
  8. Menyumbang kearah kemajuan negara.
  • Bekalan Yang Terbaik Untuk Kehidupan Di Akhirat : 
  1. Takwa - Melaksanakan segala perintah Allah S.W.T dan menjauhkan segala larangannya.
  • Pengajaran Dari Hadis Di Atas:
  1. Kehidupan di dunia adalah terlalu singkat berbanding kehidupan di akhirat yang kekal abadi.
  2. Kita hendaklah menggunakan tempoh kehidupan di dunia dengan sebaik mungkin.
  3. Menangguh-nangguhkan urusan kehidupan adalah dilarang oleh Islam.
  4. Kita hendaklah menguruskan masa dengan bijak.

Nota Sejarah Tingkatan 5 - Bab 1

Bab 1 - Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Maksud Imperialisme :
Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

Faktor-Faktor Imperialisme :
1. Keistimewaan Asia Tenggara.
  • Kedudukan strategik kerana terletak antara China & India. 
  • Jaminan pasaran yang luas.
  • Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
  • Kaya dengan bahan mentah.

Monday, January 20, 2014

Sains Tingkatan 4 - Koordinasi Badan

Koordinasi Badan
Maksud Koordinasi Badan :
  • Penyelarasan gerak balas badan untuk bertindak balas terhadap perubahan di persekitaran kita.
Maksud Koordinasi Saraf :
  • Gerak balas badan akibat tindak balas sistem saraf.
Maksud Koordinasi Kimia :
  • Gerak balas badan akibat tindak balas sistem endokrin.
Kepentingan Koordinasi Saraf Dan Koordinasi Kimia :
  • Membolehkan badan menjalankan pelbagai aktiviti.
  • Membolehkan badan melindungi diri daripada rangsangan luar.
  • Menjaminkan kesihatan dan kesejahteraan badan.
Sistem Saraf Manusia

Sistem Saraf Manusia :
  • Sistem saraf manusia terbahagi kepada dua iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.
  • Sistem saraf pusat terbahagi kepada :
  1. Otak.
  2. Saraf Tunjang.
Sistem saraf periferi terbahagi kepada :
  1. Sistem saraf autonomi.
  2. Sistem saraf soma.
Sistem saraf soma pula terbahagi kepada : 
  1. Saraf kranium.
  2. Saraf spina. 


















Neuron :
  • Maksud neuron ialah unit asas sistem saraf.
  • Fungsi neuron adalah untuk membawa impuls saraf.
  • Neuron terdiri daripada :
  1. Dendron iaitu gentian bersitoplasma dan diakhiri dengan cabang kecil yang disebut dendrit dan membawa impuls ke badan sel.
  2. Akson iaitu gentian bersitoplasma dan membawa impuls menjauhi badan sel. 
  3. Salut mielin yang melindungi akson dan dendron serta mempercepatkan pengaliran impuls.
  4. Badan sel iaitu bahagian neuron yang mempunyai nukleus dan dikelilingi oleh sitoplasma. Fungsi badan sel adalah untuk mengawal segala aktiviti neuron.










Friday, January 17, 2014

Tasawwur Islam - Konsep Ketuhanan

Maksud Tuhan :
  • Allah yang mempunyai kuasa mutlak yang maha sempurna, tiada cacat celanya dan dapat diakui sebagai pencipta, pentadbir dan pemilik alam ini. Tiada kuasa lain yang dapat menyamai dan menandingi kuasa Allah S.W.T.
Ciri-Ciri Ketuhanan :
  • Rububiyyah.
  • Uluhiyyah.
Manusia Memerlukan Tuhan Dalam Kehidupan Mereka Kerana :
  • Fitrah semulajadi manusia yang mempunyai kepercayaan kepada suatu kuasa yang maha agung.
  • Hanya kepercayaan kepada tuhan dapat menjadikan kehidupan manusia lebih sempurna & selamat.
  • Kepercayaan kepada tuhan menyebabkan manusia menjauhkan diri daripada perkara negatif.
Maksud Rububiyyah :
  • Keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa Allah S.W.T. yang mentadbir dan menguruskan semua benda dan perkara di dunia ini dan tiada pentadbir lain melainkan Allah S.W.T. yang maha berkuasa dan esa.
Konsep Rububiyyah :
  • Allah S.W.T. pencipta, pentadbir dan pemilik alam ini.
  • Allah S.W.T. berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendaknya.
  • Kekuasaan Allah S.W.T. meliputi langit dan bumi.
Ciri-Ciri Rububiyyah :
  • Mempunyai kuasa mencipta sesuatu daripada tiada kepada ada.
  • Mencipta sesuatu dan mengadakan segala kemudahan untuk ciptaan hidup dengan selesa.
  • Mencipta sesuatu mengikut kehendaknya sendiri tanpa bantuan dan suruhan daripada kuasa lain.
  • Menyediakan petunjuk dan pedoman agama kepada makhluk ciptaannya.
Cara Beriman Dengan Sifat Rububiyyah Allah :
  • Yakin bahawa Allah S.W.T. yang mencipta alam ini.
  • Yakin bahawa setiap manusia telah ditentukan rezekinya oleh Allah S.W.T.
  • Beriman dengan agama yang telah diturunkkan oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam.
  • Yakin bahawa hanya Allah S.W.T. sahaja yang mampu mentadbir alam ini dengan sempurna.
Maksud Uluhiyyah :
  • Keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa Allah S.W.T. yang maha esa dan layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak.
Konsep Uluhiyyah :
  • Mengakui hanya Allah S.W.T. yang layak disembah dan ditaati. 
  • Orang yang tidak beriman dengan tauhid uluhiyyah menjadi sesat. 
  • Paksi utama keimanan kepada tauhid uluhiyyah ialah kalimah syahadah.
Ciri-Ciri Uluhiyyah :  
  • Dapat menunaikan segala permintaan hambanya. 
  • Berkuasa untuk menghidup dan mematikan hambanya.
  • Berkuasa untuk hukum-hukum yang sesuai dengan kehendak manusia Islam.
Perbezaan Antara Tauhid Rububiyyah Dan Tauhid Uluhiyyah :
 
Maksud Asma' Wa Sifat :
  • Allah S.W.T.  mempunyai nama-nama yang indah dan memiliki sifat-sifat yang mulia. 
20 Sifat Wajib Allah S.W.T. :
  1. Wujud - Ada
  2. Qidam - Dahulu
  3. Baqa - Kekal
  4. Mukhalafatuhulilhawadith - Berlainan Dengan Ciptaannya
  5. Qiamuhubinafsih - Berdirinya Dengan Sendiri
  6. Wahdaniat - Tunggal
  7. Qudrat - Berkuasa
  8. Iradat - Berkehendak Menentukan
  9. Ilmu - Mengetahui
  10. Hayat - Hidup
  11. Sama'- Mendengar
  12. Basar - Melihat
  13. Kalam - Berkata-kata
  14. Kaunuhuqaadiran - Keadaannya Yang Berkuasa
  15. Kaunuhumuriidan - Keadaannya Berkehendak Menentukan
  16. Kaunuhu'aliman - Keadaannya Yang Mengetahui
  17. Kaunuhuhayyan - Keadaanya Yang Hidup
  18. Kaunuhusami'an - Keadaanya Yang Mendengar
  19. Kaunuhubasiiran - Keadaannya Yang Melihat
  20. Kaunuhumutakalliman - Keadaannya Yang Berkata-kata
20 Sifat Mustahil Allah S.W.T. :
  1. Adam - Tiada
  2. Haduth - Baharu 
  3. Fana - Akan Binasa 
  4. Mumathalatuhulilhawadith - Menyamai Atau Bersamaannya Baginya Dengan Sesuatu Yang Baru.
  5. Qiamuhubighairih - Berdirinya Dengan Yang Lain
  6. Ta'addud - Berbilang-bilang
  7. Ajzun - Lemah
  8. Karahah - Benci Iaitu Tidak Menentukan
  9. Jahlun - Bodoh
  10. Al-Maut - Mati
  11. As-Summu - Pekak
  12. Al-Umyu - Buta
  13. Al-Bukmu - Bisu
  14. Kaunuhuajizan - Keadaannya Yang Lemah
  15. Kaunuhukaarihan - Keadaannya Yang Benci Iaitu Tidak Menentu
  16. Kaunuhujahilan - Keadaannya Yang Bodoh
  17. Kaunuhumayitan - Keadaannya Yang Mati
  18. Kaunuhuasamma - Keadaannya Yang Pekak 
  19. Kaunuhua'maa - Keadaannya Yang Buta
  20. Kaunuhuabkam - Keadaannya Yang Kelu
Fitrah Beragama
Maksud Fitrah :
  • Sifat semulajadi yang ada pada setiap kejadian Allah S.W.T. seperti makan, minum, beragama, bekeluarga dan sebagainya. 
    Maksud Fitrah Beragama :
    • Naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah S.W.T.
    Bukti Beragama Merupakan Fitrah Semulajadi Manusia :  
    1. Manusia terdorong memohon kepada sesuatu yang dipercayai mempunyai kuasa ghaib yang boleh membantu melindungi dan menunaikan sesuatu hajat mereka. Contohnya, masyarakat primatif memuja sungai, semangat dan sebagainya.
    2. Secara fitrah, manusia mengakui kewujudan sesuatu yang berkuasa dan berusaha mencarinya. Contohnya, usaha Nabi Ibrahim mencari-cari tuhan yang sebenar untuk disembah.
    3. Manusia akan kembali mengingati tuhan apabila ditimpa bencana dan musibah untuk memohon pertolongan kerana mereka yakin hanya kuasa ghaib sahaja yang mampu menolong mereka iaitu tuhan.

      Saturday, January 11, 2014

      Perinsip Perakaunan Tingkatan 5 - Bab 1 Perakaunan Untuk Tunai

      Kawalan Tunai :
      • Maksud kawalan tunai ialah kawalan perakaunan dalaman yang berkaitan dengan pengawasan dan pengendalian wang tunai perniagaan.
      Kawalan Tunai Bertujuan Untuk :
      • Mengelakkan berlakunya kehilangan tunai disebabkan kecurian, penipuan dan penyelewengan.
      • Memastikan terdapat wang tunai yang cukup untuk menjelaskan semua hutang.
      • Mengelakkan kehilangan hasil akibat terlalu banyak tunai yang terbiar di tangan.
      Tujuan Kawalan Tunai :
      1. Kawalan tunai merupakan kawalan perakaunan dalaman yang berkaitan dengan pengawasan dan pengendalian wang tunai perniagaan. 
      2. Wang tunai merupakan aset perniagaan yang paling cair.
      3. Rekod penerimaan dan pembayaran wang tunai sesebuah perniagaan akan dicatat dalam buku tunai.
      4. Sesebuah perniagaan perlu mengawal tunai untuk memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar.
      5. Hal ini demikian kerana salah urus wang tunai akan menyebabkan operasi perniagaan akan mengalami masalah.
      6. Tujuan kawalan tunai adalah seperti yang berikut : 
      • Mengelakkan berlakunya kehilangan tunai disebabkan oleh  kecurian, penipuan dan penyelewengan. Satu sistem pengendalian penerimaan tunai dan pembayaran tunai yang baik perlu diwujudkan Segala urus niaga yang melibatkan tunai perlulah disokong oleh dokumen perniagaan seperti resit, keratan cek dan baucer bayaran.
      • Memastikan terdapat wang tunai yang cukup untuk menjelaskan semua hutang apabila sampai masanya. Peniaga sepatutnya memperuntukkan tunai yang cukup untuk membayar belanja operasi perniagaan termasuklah kadar bayaran, gaji pekerja, belanja angkutan, belanja-belanja lain dan juga hutang pembekal.
      • Mengelakkan kehilangan hasil akibat terlalu banyak tunai yang terbiar di tangan. Tunai yang berlebihan boleh dilaburkan untuk mendapatkan pulangan pada masa depan. Misalnya, peniaga boleh menyimpan lebihan wang tunai di dalam akaun simpanan tetap untuk memperoleh pendapatan dalam bentuk faedah dan dividen.
      Penyata Penyesuaian Bank :
      • Maksud penyata penyesuaian bank ialah penyata yang diwujudkan untuk menyelaraskan baki di Buku Tunai dengan baki di penyata bank.
      Sebab Perbezaan Baki Di Buku Tunai Dan Baki Di Penyata Bank :

      a)Butir yang telah direkodkan dalam buku tunai tetapi belum direkodkan dalam penyata bank :
      • Cek belum dikemukakan.
      • Deposit belum dikreditkan.
      • Kesilapan dalam buku tunai.
      b)Butir yang telah direkodkan dalam penyata bank tetapi belum direkodkan dalam buku tunai :

      • Penerimaan oleh bank.
      • Pembayaran oleh bank.
      • Cek tak laku.

      Penyata Bank :
      1. Pihak bank akan menghantar satu salinan rekod urus niaga bagi Akaun Semasa pelanggannya pada setiap akhir bulan.
      2. Salinan rekod ini dinamakan penyata bank.
      3. Dalam erti kata lain, penyata bank ialah ringkasan urus niaga antara pihak bank dengan pelanggan Akaun Semasa dalam tempoh satu bulan.
      4. Perhubungan antara sebuah bank dengan pelanggannya adalah seperti hubungan antara pemiutang dengan penghutang.
      5. Kepentingan penyata bank kepada sesebuah perniagaan :  
      • Berfungsi untuk menyemak ketepatan catatan dalam buku tunai.
      • Mengetahui penerimaan dan pembayaran yang telah dilakukan.
      • Mengetahui baki wang tunai dalam akaun bank.

      Friday, January 10, 2014

      Muhrim

      Muhrim atau mahram, bahasa Arab محرم, ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang "haram" berkahwin. Terbahagi kepada dua larangan iaitu :

      • Larangan kekal "muabbad".
      • Larangan sementara "muaqqat".
      Larangan Kekal "muabbad" :

      • Larangan kekal "muabbad" ialah larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan.
      "Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci oleh Allah S.W.T. serta menjadi seburuk-buruk jalan yang dilalui dalam perkahwinan.

       Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang berikut :
      • Ibu-ibu kamu.
      • Anak-anak kamu.
      • Saudara-saudara kamu.
      • Saudara-saudara bapa kamu.
      • Saudara-saudara ibu kamu.
      • Anak-anak saudara kamu yang lelaki.
      • Anak-anak saudara kamu yang perempuan.
      • Ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu.
      • Saudara-saudara susuan kamu.
      • Ibu-ibu isteri kamu.
      • Anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri, tetapi kalau kamu belum campuri mereka "isteri kamu" itu dan kamu telah pun menceraikan mereka, maka tiadalah salah kamu berkahwin dengannya.
      • Dan haram juga kamu berkahwin dengan bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
      • Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali untuk menjadi isteri-isteri kamu, kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah S.W.T. adalah maha pengampun, lagi maha mengasihani.
      Larangan Sementara "muaqqat" :

      • Larangan sementara "muaqqat" ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.

      Siapakah Muhrim Sementara "muaqqat" ?   

      • Adik ipar atau kakak ipar.
      • Isteri kepada bapa saudara "emak saudara sabit".
      Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya "iparnya" selagi mana isterinya masih ada. Melainkan selepas berpisah dengan isterinya. Walaupun begitu, batas pergaulan dengan muhrim sementara "muaqqat" sama seperti hukum dengan bukan muhrim. Termasuk bukan muhrim ialah sepupu "anak kepada emak atau bapa saudara" walaupun ia seperti berada dalam senarai pertalian darah. Wajib menjaga keseluruhan aurat semasa berada di hadapan bukan muhrim. Tidak boleh bersentuhan atau bersalaman dengannya.

      What Is Mahram?

      Mahram ?

      • In Islamic Sharia legal terminology, a mahram, Arabic محرم, also transliterated mahrim or maharem is an unmarriageable kin with whom sexual intercourse would be considered incestuous, a punishable taboo. Current usage of the term covers a wider range of people and mostly deals with the dress code practice of hijab.
      • The plural form of the word in the Arabic language is maharim with long second vowel Arabic محارم, also transliterated maharem. Sometimes the word is capitalized but there is not a general consensus that the word should be capitalized like Muslim. The Arabic alphabet has no upper-case vs lower-case distinction.
      • Being mahram is a symmetric condition. If A is mahram to B, B is definitely mahram to A.
      Who Is Mahram ?

      • Anyone a Muslim is not allowed to marry is mahram, if they are of the opposite sex and have reached puberty. A partial list of what is considered a mahram can be found in Surah 24, Ayah 31, of the Quran.
      • A woman's male mahrams fall into four categories, three categories in the strict-sense definition that does not count one's spouse. Note that mahrams for a man can be derived in a similar manner.
      Permanent or blood mahrams with whom one is mahram by a blood relationship :

      • Father, mother, grandfather, grandmother, great-grandfather, great-grandmother, brother and sister.
      • Son, grandson, great-grandson, daughter, granddaughter and great-granddaughter.
      • Uncle, aunt, great-uncle and great-aunt.
      • Nephew, niece, grandnephew, grandniece, great-grandnephew and great-grandniece.

      In-law mahrams with whom one becomes mahram by marrying someone :

      • Father-in-law, mother-in-law, son-in-law and daughter-in-law.
      • Stepfather *mother's husband, if their marriage is consummated.
      • Stepmother *father's wife, if their marriage is consummated.
      • Stepson *husband's son, if their marriage is consummated.
      • Stepdaughter *wife's daughter, if their marriage is consummated.
      Rada or "milk-suckling mahrams" with whom one becomes mahram because of being nursed by the same woman. When a woman acts as a wetnurse, that is she breast feeds an infant that is not her own child for a certain amount of time under certain conditions, child must be under two years old, and must have at least five full satiated suckling. She becomes the child's rada mother and everything concerning blood mahrams applies here, like rada father or mother, rada sister or brother, rada aunt or uncle and so on. In English these can be referred to as milk brother, milk-mother, and so on.


      For a man, mahram women include his mother, grandmother, daughter, granddaughter, sister, aunt, grand aunt, niece, grand niece, his father's wife, his wife's daughter *step-daughter, his mother-in-law, his rada mother and any other rada relatives that correspond to the above mentioned blood relatives. As the Prophet said, "What is forbidden by reason of kinship is forbidden by reason of suckling."


      These are considered maharim because Allah mentioned them in the Qur'an:

      "And marry not women whom your father's married, except what has already passed, indeed it was shameful and most hateful, and an evil way. Forbidden to you for marriage are your mothers, your daughters, your sisters, your father's sisters, your mother's sisters, your brother's daughters, your sister's daughters, your foster mother who gave you suck, your foster milk suckling sisters, your wive's mothers, your step-daughters under your guardianship, born of your wives to whom you have go in but there is no sin on you if you have not gone in them to marry their daughters, the wives of your sons who spring from your own loins, and two sisters in wedlock at the same time, except for what has already passed, verily, Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful."
       
      All of the man's female relatives mentioned in these two verses are considered his maharim, because it is unlawful "haram" for him to marry them, except the wife's sister mentioned last, who is not a mahram because he can marry her if he divorces her sister, or if his wife dies. As noted in the introduction, the notion of mahram is reciprocal. All other relatives are considered non-maharim and they fall under the category of strangers.

      Some rules regarding mahrams and ghayr mahrams "non-mahram"
      -Theoretically, a muslim woman's mahrams form the group of allowable escorts when she travels.
      -An adopted brother "adopted sister" of a woman "man" is ghayr mahram to her "him" and they can marry each other. The term "adopted" means those children who are adopted by one's parents for the purpose of providing shelter and upbringing and who do not fall under the relationships outlined under the section "who is mahram?" above.
      -Except for the spouse, being mahram is a permanent condition. That means, for example, that a man will remain mahram to his ex-mother-in-law after divorcing her daughter. One is ghayr mahram to one's ex-spouse.
      -One must not stay with a ghayr mahram in seclusion where none of their mahrams is present, see also "proxemics".
      -If wives of a man each become a rada mother of a child, all children and all rada mothers will be mahram to each other.

      Ayat Kefahaman - Batas-Batas Pergaulan

      Maksud Surah An-Nur Ayat 30 :

      • Katakanlah wahai Muhammad kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya menyekat pandangan mereka memandang perkara yang haram dan memelihara kemahuan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah S.W.T. amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.


      Maksud Surah An-Nur Ayat 31 :

      • Dan katakanlah kepada orang-orang perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka daripada memandang perkara yang haram dan memelihara kemaluan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau anak-anak bagi saudara-saudara lelaki mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan Islam. Atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah S.W.T. Wahai orang-orang yang beriman! Supaya kamu berjaya.
      Berdasarkan Ayat Di Atas, Jelaskan Perintah Allah S.W.T. Kepada Orang Beriman Lelaki Dan Orang Beriman Perempuan :

      • Menjaga kehormatan diri dan maruah.
      • Memelihara aurat atau menutup aurat. 
      • Menjaga pandangan daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan.
      Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Menjaga Pandangan ?

      • Menjaga pandangan ialah memelihara mata daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan.
      Nyatakan Sebab-Sebab Islam Memerintahkan Orang-Orang Lelaki Beriman Dan Orang-Orang Perempuan Beriman Supaya Mengawal Pandangan Mereka :

      • Allah S.W.T. menjadikan mata untuk melihat perkara baik agar iman bertambah.
      • Mata yang liar tidak dapat dikawal adalah tanda-tanda hati berpenyakit.
      • Segalanya bermula dari pandangan mata seterusnya turun ke hati dan apabila terpengaruh oleh hawa nafsu maka akan berlakulah perkara yang amat buruk di atas muka bumi ini.
      Kebaikan Menjaga Kehormatan Diri :

      • Terpelihara keturunan. Anak yang dilahirkan adalah hasil daripada perhubungan yang sah.
      • Kesihatan terjamin dan terhindar daripada penyakit seperti aids.
      • Maruah terpelihara.
      • Dikasihi Allah S.W.T. dan mendapat pahala.
      • Hidup tenang dan tidak bergelumang dengan dosa.
      • Dihormati masyarakat kerana berakhlak mulia.
      Hikmat Islam Mewajibkan Umatnya Menutup Aurat :

      • Memelihara iman.
      • Menjaga imej Islam.
      • Menjaga maruah diri.
      • Menghindari fitnah.
      • Menjaga keselamatan diri.
      Berpakaian Menutup Aurat Menurut Islam :

      • Berpakaian tidak ketat.
      • Berpakaian tidak jarang.
      • Berpakaian sopan ketika bersama mahram.
      • Berpakaian sesuai mengikut jantina.
      • Perempuan - menutup semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
      • Lelaki - antara pusat dan lutut.
      Batas-Batas Aurat Lelaki Dan Perempuan Yang Telah Ditetapkan Oleh Islam Mengikut Situasi :
       
      Batas Aurat Lelaki :

      • Dalam semua keadaan ialah diantara pusat dan lutut kecuali ketika bersama isteri.

      Batas Aurat Perempuan :
      • Situasi Dan Batas-Batas Yang Perlu Ditutup :
      1. Bersama perempuan Islam & lelaki mahramnya - Dari pusat hingga lutut.
      2. Bersama perempuan bukan Islam, lelaki bukan mahram dan ketika mengerjakan solat - Seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.
      3. Ketika bersama suami dan anak di rumah - Boleh menunjukkan perhiasan zahir seperti rambut, leher dan sebagainya.
      Pengajaran Ayat Di Atas :
      1. Umat Islam lelaki dan perempuan hendaklah mengawal pandangan daripada melihat perkara yang haram. 
      2. Hendaklah sentiasa menjaga maruah diri.
      3. Menutup aurat menjadi kewajipan keatas semua umat Islam.
      4. Setiap mukmin hendaklah berakhlak mulia. 
      5. Orang-orang yang terlibat dengan dosa-dosa wajib bertaubat dengan segera.
      Cara-Cara Menjaga Kehormatan Diri :
      1. Berpakaian menutup aurat.
      2. Bercakap dengan sopan santun.
      3. Berakhlak mulia.
      4. Tidak melakukan perkara sia-sia seperti berbual kosong.
      5. Membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan.
      6. Menjauhi maksiat.
      7. Menjaga pandangan mata.
      Bilakah Seseorang Islam Harus Melihat Aurat Bukan Muhrimnya ?
      1. Ketika merawat dan tujuan perubatan.
      2. Ketika menjadi saksi.
      3. Untuk tujuan perkahwinan.
      Siapakah Yang Dimaksudkan Oleh Allah S.W.T. Supaya Mengawal Pandangan Mata Dan Memelihara Maruah ?
      1. Lelaki/Perempuan yang beriman.
      2. Orang Islam.
      3. Orang Soleh.
      Nyatakan Cara Mengawal Pandangan Mata :
      1. Tidak melihat perkara maksiat.
      2. Tidak melihat bahan lucah.
      3. Tidak melihat aurat orang lain.
      4. Tidak melihat perkara yang melalaikan.
      5. Tidak memandang perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah.
      Usaha Untuk Menjaga Batas Pergaulan Di Kalangan Ahli Keluarga :
      1. Sentiasa berpakaian sopan ketika bersama keluarga.
      2. Menjaga pandangan daripada melihat perkara yang haram atau filem dan gambar berunsur lucah.
      3. Saling menasihati antara ahli keluarga.
      4. Menjaga percakapan ketika bergaul.
      5. Sentiasa berdoa untuk ahli keluarga.
      6. Mengasingkan bilik tidur antara adik beradik lelaki dan perempuan.

      Wednesday, January 8, 2014

      Ayat Kefahaman - Nabi Muhammad S.A.W. Utusan Allah S.W.T.

      Maksud Surah At-Taubah Ayat 128 :

      • Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri iaitu Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu. Dia pula melimpahkan perasaan belas kasihan serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman.
      Maksud Surah At-Taubah Ayat 129 :

      • Kemudian jika mereka ingkar maka katakanlah wahai Muhammad, cukuplah bagiku Allah yang menolong dan memeliharaku, tiada tuhan yang berhak disembah melainkannya. Kepadanya aku berserah diri dan dialah yang mempunyai Arasy yang besar.
      Intisari Surah At-Taubah Ayat 128-129 :

      • Allah S.W.T. mengutuskan Rasulullah S.A.W. daripada bangsa arab.
      • Baginda amat mengambil berat terhadap umatnya dan berharap mereka mendapat hidayah Allah.
      • Baginda sangat mengasihi orang yang beriman.
      • Rasulullah S.A.W. akan meminta pertolongan Allah S.W.T. sekiranya manusia menentang baginda.
      Sifat-Sifat Tawakkal :

      • Sabar.
      • Ikhlas.
      • Tidak putus asa.
      • Redha.
      • Yakin.
      Maksud Tawakkal :

      • Tawakkal bermaksud berserah kepada Allah S.W.T. setelah berusaha.
      Sifat Tawakkal Penting Bagi Pendakwah Kerana :

      • Untuk menambah keyakinan dan menanam sifat sabar dan redha.
      • Supaya tidak putus asa dalam berdakwah.
      • Yakin dengan pertolongan Allah S.W.T. pasti tiba cepat atau lambat.
      • Ikhlas mendoakan orang yang berada dalam kesusahan atau kesulitan.
      Hikmah Pemilihan Nabi Muhammad S.A.W. Daripada Kalangan Manusia :

      • Untuk menyampaikan ajaran Islam.
      • Memberi peringatan kepada manusia.
      • Memudahkan manusia menerima Islam.
      • Memudahkan manusia mencontohi Rasulullah S.A.W.
      • Memudahkan manusia berkomunikasi dengan Rasulullah S.A.W.
      Contoh Kasih Sayang Rasulullah S.A.W. Terhadap Umatnya :

      • Diakhir hayat baginda, baginda menyebut "ummati-ummati sebagai tanda kasihkan umatnya.
      • Baginda berdoa supaya ditangguhkan azab terhadap umatnya.
      • Baginda mendoakan supaya Allah memberi hidayah kepada umatnya walaupun baginda dicerca.
      • Rasulullah meminta dikurangkan jumlah solat kepada 5 waktu semasa peristiwa Isra' & Mikraj.
      • Baginda memaafkan segala kesalahan umatnya.
      Terangkan Sebab-Sebab Allah S.W.T. Mengutus Rasul Dari Golongan Manusia :

      • Memudahkan manusia mencontohi Rasulullah S.A.W.
      • Memudahkan manusia memahami syariat yang dibawa.
      • Memudahkan manusia berkomunikasi dengan Nabi Muhammad S.A.W.
      • Manusia adalah makhluk yang paling sempurna.
      • Hanya manusia sahaja yang memahami kehendak manusia.
      Terangkan Maksud Tawakkal :

      • Tawakkal ialah berserah kepada Allah S.W.T. setelah berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.

      Terangkan Kepentingan Tawakkal Dalam Berdakwah :

      • Dakwah akan dapat dilakukan secara berterusan.
      • Menambahkan keyakinan bahawa Allah S.W.T. akan sentiasa menolong kita.
      • Bersabar menghadapi ujian dan dugaan seperti ditentang dan penghinaan.
      • Melahirkan sifat redha.
      • Tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan.

      Sifat-Sifat Rasulullah S.A.W. Sebagai Rasul Pilihan Allah S.W.T. :

      • Kesempurnaan jasmani dan memiliki tubuh badan yang segak dan tampan.
      • Mempunyai kecerdasan fikiran dan perwatakan yang baik.
      • Berbudi pekerti mulia.
      • Menjadi contoh teladan yang boleh diikuti oleh semua.
      • Berani dan bijak bersuara.
      • Pengasih dan lemah lembut.
      • Adil dalam kepimpinan.
      • Istiqamah.

      Cara-Cara Mengasihi Rasulullah S.A.W. :

      • Melaksanakan segala perintahnya seperti menunaikan ibadah solat 5 waktu.
      • Menjauhi segala larangannya seperti larangan berjudi.
      • Berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
      • Mengamalkan sunnahnya seperti bersedekah.
      • Menziarahi makam baginda di Madinah.

      Bagaimanakah Seseorang Pelajar Boleh Mencontohi Sifat Kasih Sayang Baginda ?

      • Membantu guru dan rakan yang memerlukan pertolongan dan bantuan.
      • Memaafkan segala kesalahan rakan dan orang lain terhadap diri sendiri.
      • Mengambil berat dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.

      Terangkan Pengajaran Ayat Di Atas :

      • Kita hendaklah mencontohi sifat peribadi Rasulullah S.A.W. setiap masa.
      • Bertawakkal kepada Allah S.W.T. adalah asas kejayaan dalam berdakwah dan perjuangan.
      • Setiap orang Islam hendaklah menumpahkan kasih sayang kepada Rasulullah S.A.W.

      Monday, January 6, 2014

      Ayat Kefahaman - Layanan Baik Terhadap Orang Bukan Islam

      Maksud Surah At-Taubah Ayat 6 :

      • Dan jika seseorang daripada kaum Musyrikin meminta perlindungan kepadamu untuk memahami Islam, maka berilah perlindungan kepadanya sehigga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah tentang hakikat Islam, kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui hakikat Islam. 
      Intisari Ayat At-Taubah, 6 :

      • Orang yang beriman wajib memberi perlindungan kepada orang bukan Islam.
      • Tujuannya ialah untuk menerangkan ajaran Islam kepada mereka.
      • Selesai perlindungan, orang itu hendaklah dihantar ke tempat yang aman.
      Kepentingan Memberi Layanan Baik Kepada Orang Bukan Islam :

      • Mewujudkan keharmornian dalam kehidupan.
      • Menunjukkan contoh yang baik dan berusaha menyampaikan Islam dengan cara yang sesuai.
      • Bergaul dengan cara yang baik dan tidak bertindak kasar dengan mereka.
      • Menjaga hubungan baik dengan mereka.
      • Menganjurkan sesi perbincangan dengan orang bukan Islam tentang Islam.

      Fakta :

      • Islam adalah agama yang menganjurkan kedamaian.
      • Perkataan Islam berasal dari perkataan salam yang bermaksud sejahtera dan damai.

      Kesan Peperangan & Kedamaian :

      Kesan Kedamaian :

      • Rakyat hidup selesa, aman dan damai.
      • Tumpuan dapat diberikan terhadap pembangunan negara.
      • Ekonomi akan kukuh dan prasarana pendidikan berjalan dengan lancar.

      Kesan Peperangan :

      • Kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.
      • Kemajuan terbantut dan prasarana pendidikan tidak dapat disediakan.
      • Ekonomi negara akan hancur dan memerlukan masa yang lama untuk memulihkannya kembali.

      Di Dalam Ayat Di Atas, Allah S.W.T. Memerintahkan Orang Islam Supaya Memberi Pelindungan Kepada Orang Bukan Islam :

      Apakah sebab diperintahkan perlindungan tersebut ?

      • Kerana mereka golongan yang tidak mengetahui hakikat agama Islam.
      Nyatakan bentuk perlindungan yang boleh diberikan?

      • Menjaga keamanan orang bukan Islam.
      • Menolong mereka apabila mereka menghadapi musibah atau kesusahan.
      • Memberikan mereka perlindungan dan tempat tinggal.
      Jelaskan kesan positif perlindungan yang boleh diberikan ?

      • Islam akan lebih dihormati.
      • Syiar Islam akan berkembang.
      • Islam menjadi contoh dan model kepada agama lain.
      • Meringankan beban yang ditanggung oleh orang bukan Islam.
      • Mereka akan memahami Islam dengan lebih mendalam.
      Apakah tujuan Islam memberi perlindungan kepada orang bukan Islam?

      • Untuk menyampaikan ajaran Islam kepada orang bukan Islam.
      • Memimpin orang bukan Islam ke jalan yang benar.
      • Membuktikan bahawa Islam merupakan agama yang mulia.
      Cadangkan cara memberi pelindungan kepada orang bukan Islam yang berminat ke arah Islam ?

      • Memastikan hak-hak mereka dijaga.
      • Memastikan kebajikan mereka dijaga.
      • Mewujudkan suasana aman dan sentosa.
      • Bergaul dengan orang Islam dengan cara yang baik.
      • Tidak bertindak kasar dengan mereka.
      • Tidak menakut-nakutkan mereka.
      Nyatakan cara-cara berdakwah yang disebut dalam ayat di atas :

      • Memberi perlindungan.
      • Menghantar ke tempat yang aman.
      • Memberi penerangan tentang hakikat Islam.
      Terangkan persediaan umat Islam untuk menghadapi musuhnya :

      • Berkemahiran menggunakan senjata.
      • Mempunyai kepakaran merangka strategi yang baik.
      • Menguasai ilmu pengetahuan.
      • Memastikan umat Islam sentiasa berada dalam fizikal yang baik.
      • Menyediakan alat peperangan yang mencukupi.
      Terangkan pengajaran ayat di atas :

      • Kita diwajibkan memberi perlindungan kepada orang bukan Islam untuk menyampaikan dakwah.
      • Wajib menunjukkan teladan yang baik kepada orang bukan Islam.
      • Wajib memberitahu dan menyampaikan mengenai Islam kepada orang bukan Islam.

      Soalan Tambahan :

      Berdasarkan ayat di atas, terangkan dua kebaikan melaksanakan suruhan memberi perlindungan :

      • Syiar Islam akan berkembang.
      • Islam menjadi contoh kepada agama-agama lain.
      Ayat di atas menjelaskan bahawa dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara, terangkan cara-cara berdakwah kepada rakan sebaya di sekolah untuk meningkatkan disiplin mereka :

      • Bergaul dengan rakan dan mendekati mereka.
      • Menjadi contoh kepada rakan-rakan sebaya.
      • Memberi khidmat nasihat kepada mereka.
      • Berdialog dan bertukar fikiran.
      Namakan pertubuhan-pertubuhan yang berperanan membantu orang yang baru memeluk Islam di Malaysia :

      • Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
      • Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
      • Majlis @ Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.
      • ABIM.
      • JAKIM.
      • IKIM.

      Rohani Redzwa

       Rohani Redzwa