Wednesday, April 9, 2014

Ayat Kefahaman - Kemuliaan Al-Quran

Al-Hasyr Ayat 21 :
  • Sekiranya kami turunkan Al-Quran ini ke atas gunung, nescaya engkau dapati gunung itu khusyuk serta berkecai kerana takut kepada Allah S.W.T. Dan ingatlah, contoh-contoh perbandingan ini kamu kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya.
Al-Hasyr Ayat 22 :
  • Dialah Allah yang tidak ada tuhan selain dia, yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, dia maha pemurah lagi maha mengasihani.
 Al-Hasyr Ayat 23 :
  • Dialah Allah yang tidak ada tuhan selain dia, yang menguasai sekelian alam yang maha suci, yang maha selamat sejahtera daripada segala kekurangan, maha mengurniakan keamanan, maha memelihara, maha perkasa, maha berkuasa, maha memiliki segala keagungan. Maha suci Allah daripada segala yang mereka sekutukan dengannya.
Al-Hasyr Ayat 24 :
  • Dialah Allah yang mencipta sekelian makhluk, yang mengadakan daripada tiada kepada ada, yang membentuk rupa makhluk-makhluknya menurut yang dikehendakinya, baginyalah nama-nama yang sebaik-baik dan semulia-mulianya. Bertasbih kepadanya segala yang di langit dan di bumi dan dialah yang tidak ada tolak bandingannya, lagi maha bijaksana.
Di dalam ayat di atas, Allah S.W.T. membuat contoh perbandingan antara manusia dengan gunung apabila diturunkan Al-Quran.
 
Apakah Yang Anda Faham Dengan Perbandingan Tersebut ?
  • Gunung akan khusyuk dan berkecai kerana takutkan Allah jika diturunkan Al-Quran ke atasnya.
  • Manusia yang ingkar tidak takut dan gerun dengan Al-Quran.
  • Menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh manusia.
  • Manusia hendaklah berfikir sejauh mana penghayatan mereka terhadap Al-Quran.
Mengapakah Allah S.W.T. Menggambarkan Gunung Akan Hancur Apabila Diturunkan Al-Quran Kepadanya ?
  • Menunjukkan tanggungjawab dan amanah yang terkandung didalam Al-Quran terlalu besar.
  • Keagungan Al-Quran sebagai mukjizat yang kekal hingga hari kiamat tidak tertanggung oleh makhluk lain kecuali manusia.

Wednesday, April 2, 2014

Ayat Kefahaman - Peribadi Mukmin

As-Sajadah Ayat 15 :
  • Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera sujud menandakan taat dan patuh. Dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji tuhan mereka dan mereka pula tidak bersikap sombong dan takbur.
As-Sajadah Ayat 16 :
  • Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, sedikit sangat mereka tidur, kerana mengerjakan solat tahajjud dan amal-amal soleh. Mereka sentiasa berdoa kepada tuhan mereka dengan perasaan takut akan kemurkaannya dengan perasaan ingin memperolehi lagi keredhaan, dan mereka selalu menginfaqkan sebahagian daripada rezeki yang kami beri kepada mereka.
Ibadat Sunat Yang Perlu Dilakukan Apabila Membaca Ayat As-Sajadah :
  • Sujud sajadah.
  • Sujud tilawah.
Ciri-Ciri Orang Beriman Yang Disebut Dalam As-Sajadah Ayat 15 :
Tunduk :
  • Tunduk kepada perintah Allah S.W.T. dan rasul.
  • Taat & melakukan segala perintah Allah S.W.T.
Sujud :
  • Menunaikan solat.
  • Mengagungkan kebesaran Allah S.W.T.
Tasbih :
  • Membesarkan Allah S.W.T. dengan sentiasa membaca Bismillah.
Tahmid :
  • Memuji Allah S.W.T. setiap masa.
Tidak Sombong :
  • Tidak angkuh terhadap makhluk lain.
Tidak Takbur :
  • Tidak bercakap besar.
Nyatakan Ciri-Ciri Orang Beriman Dalam As-Sajadah Ayat 16 : 
  • Mengerjakan Qiamullail.
  • Banyak berdoa.
  • Takut dengan kemurkaan Allah S.W.T.
  • Mengharapkan keredhaan Allah S.W.T.
  • Menginfaqkan rezeki ke jalan Allah S.W.T.
 Maksud Yang Tersirat Daripada Perkataan Sujud Kepada Allah S.W.T. :
  • Patuh.
  • Tunduk.
  • Taat kepada semua perintah Allah S.W.T.
Pengajaran Yang Boleh Diamalkan Untuk Mendapatkan Keredhaan Allah S.W.T. : 
  • Memperbanyakkan solat sunat.
  • Berzikir supaya hati sentiasa tenang.
  • Melazimi Qiamullail untuk mendapat ganjaran yang besar daripada Allah S.W.T.
  • Sebagai seorang mukmin, kita hendaklah bersifat tawadduk dan tidak sombong.
  • Menginfaqkan sebahagian harta ke jalan Allah S.W.T.
  • Sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T.
 Maksud Tidak Takabur Dalam Ayat Di Atas :
  • Sentiasa merendah diri.
  • Tidak sombong.
  • Patuh kepada perintah Allah S.W.T.
  • Tidak bangga diri.
  • Tidak riak.
  • Tidak bangga diri.
  • Tidak bongkak.
Sujud Tilawah, Sujud Sahwi & Sujud Syukur Sunat Dilakukan Oleh Setiap Muslim, Sebab Sujud-Sujud Tersebut Sunat Dilakukan Dan Masa Yang Perlu Dilakukan Ialah :
Qiamullail Ialah Bangun Pada Waktu Malam Untuk Melakukan Ibadat. 
Jenis Ibadat Semasa Qiamullail Ialah : 
  • Berzikir.
  • Iktikaf.
  • Tazkirah.
  • Berdoa.
  • Membaca Al-Quran.
  • Solat sunat tahajjud.
  • Solat sunat hajat.
  • Solat sunat witir.
Pengajaran Ayat As-Sajadah :
  • Orang yang melazimi Qiamullail dijanjikan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T. 
  • Orang-orang mukmin bersifat tawaduk dan merendah diri kepada Allah S.W.T.
  • Mencari harta yang halal digalakkan oleh Islam dan menginfaqkan harta itu ke jalan Allah S.W.T.
  • Kita hendaklah memperbanyakkan berzikir kepada Allah S.W.T.

Adab Bermusafir

Maksud Bermusafir :
  • Perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat yang tertentu dengan tujuan kebaikan dan bermanfaat.
Hukum Bermusafir Menjadi :
Wajib :
  • Apabila seseorang muslim mampu bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah yang wajib.
Sunat :
  • Untuk menziarahi tiga buah masjid utama iaitu Masjidil-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa.
  • Bermusafir untuk melakukan perkara-perkara sunat seperti menziarahi sanak saudara.
Harus :
  • Bermusafir ke mana-mana destinasi asalkan diharuskan oleh syarak.
Haram :
  • Bermusafir ke tempat yang haram seperti tempat maksiat.
Adab Bermusafir :
  • Memohon petunjuk daripada Allah S.W.T. sebelum memulakan perjalanan.
  • Meminta nasihat daripada orang yang berpengalaman.
  • Menyediakan bekalan yang secukupnya seperti wang, pakaian dan sebagainya.
  • Mengucapkan selamat tinggal kepada orang-orang yang ditinggalkan.
  • Melantik seorang ketua jika bermusafir dalam kumpulan.
  • Menunaikan solat musafir dan berdoa sebelum berangkat.
  • Menunaikan solat fardhu.
  • Menghindarkan diri daripada melakukan kerosakan kepada alam sekitar.
Kepentingan Adab Bermusafir :
  • Supaya mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T.
  • Supaya kerosakan alam dapat dihindarkan.
  • Seandainya berlaku pertelingkahan, penyelesaian boleh dilakukan oleh ketua yang dilantik.

Tuesday, April 1, 2014

Adab Bernegara


Adab-Adab Bernegara :
  • Mencintai negara.
  • Memajukan negara.
  • Mempertahankan negara.
  • Mengharumkan nama negara.
  • Memelihara keamanan negara.
  • Memberi sumbangan dan bakti kepada negara.
  • Menjaga nama baik negara.
  • Memelihara perpaduan masyarakat.

"Cintailah Negara Kita"
Terangkan usaha-usaha anda menghayati slogan di atas.
  • Menjaga alam sekitar dengan tidak melakukan pencemaran.
  • Menyertai aktiviti-aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan yang dianjurkan oleh sekolah.
  • Menjayakan aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan yang menjuruskan kepada cintakan negara.
  • Mengelakkan hubungan dengan menjaga hubungan baik sesama rakan.
Jelaskan Faedah Menjaga Adab Bernegara :
  • Negara akan bertambah maju.
  • Negara aman.
  • Negara akan selamat daripada ancaman musuh samada dari dalam atau luar negara.
  • Nama negara akan harum di mata dunia.

Akhlak - Adab Berjihad

Maksud Jihad :
  • Jihad ialah usaha yang dilakukan oleh seseorang muslim dengan menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Jenis Jihad Yang Utama Dalam Islam :
  • Jenis jihad yang utama dalam Islam ialah perjuangan menegakkan agama Allah S.W.T. di atas muka bumi dengan mengorbankan nyawa dan harta.
Selain "jihad berperang pada jalan Allah S.W.T.", jihad juga boleh dilakukan dengan cara yang lain. Contoh jihad dengan cara yang lain ialah :
  • Jihad untuk meningkatkan kemajuan pendidikan.
  • Jihad untuk membangunkan negara.
  • Jidah untuk menggiatkan aktiviti ekonomi.
Kelebihan Orang Yang Berjihad :
  • Dimuliakan oleh Allah S.W.T. dan diangkat darjatnya oleh Allah S.W.T. 
  • Allah menjanjikan balasan syurga kepadanya.
  • Allah memberikan ganjaran pahala yang amat besar kepadanya.
  • Hidup sentiasa dirahmati Allah S.W.T.
 Imam Ibnu al-Qayyum membahagikan jihad kepada empat peringkat iaitu :
  1. Jihad menghapuskan kezaliman & kemungkaran.
  2. Jihad melawan orang kafir harbi dan munafik.
  3. Jihad melawan syaitan.
  4. Jihad membaiki diri.
Bagaimanakah Berjihad Melawan Syaitan?
  • Menghindarkan diri daripada menurut kehendak hawa nafsu.
  • Menjauhkan diri daripada perkara maksiat.
  • Melawan dan menghapuskan keraguan serta was-was yang ada dalam diri.
Sebagai seorang pelajar, anda dikehendaki berjihad membaiki diri anda sebagai persediaan menghadapi peringkat perjuangan yang lain. Terangkan cara-cara anda berjihad membaiki diri anda :
  • Mempelajari Islam.
  • Mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian.
  • Menyebarkan ilmu yang ada pada diri anda.
  • Sabar dan ikhlas dalam menyebarkan Islam.
Adab Berjihad :
  • Ikhlas semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.
  • Sanggup berkorban apa sahaja.
  • Sentiasa beriltizam dan berdisiplin tinggi.
  • Mematuhi arahan ketua.
  • Mempunyai semangat berpasukan.
  • Beristiqamah dan berpendirian tetap.
Semangat Jihad Di Kalangan Umat Islam Semakin Pudar Pada Hari Ini Kerana :
  • Umat Islam hari ini tidak faham tuntutan jihad.
  • Umat Islam hari ini leka dengan kesenangan dunia.
Bagaimanakah Kita Dapat Memupuk Semangat Jihad Dalam Diri?
  • Menambah ilmu tentang kelebihan jihad.
  • Mencontohi kisah-kisah perjuangan terdahulu.
  • Memperbanyakkan ibadat-ibadat sunat seperti Qiamullail.
  • Menghayati kandungan al-Quran.
  • Bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
  • Mengisi masa dengan aktiviti berfaedah.

Akhlak - Adab Memelihara Alam

Kepentingan Alam Sekitar Kepada Manusia :
  • Banyak manfaat daripada alam sekitar yang manusia perolehi seperti sumber makanan, minuman, tenaga dan alat perhubungan.
Bentuk Percemaran Yang Kini Berlaku Yang Dilakukan Oleh Manusia :
  • Pencemaran udara kerana pertambahan kenderaan bermotor, asap rokok, pembakaran terbuka dan sebagainya.
  • Pencemaran air kerana pembuangan sampah, minyak, najis, penerokaan hutan dan sisa bahan buangan kilang.
  • Pencemaran tanah kerana pembuangan sampah, penggunaan racun dan sebagainya.
  • Pencemaran bunyi kerana kilang, kuari, kerja-kerja pembinaan bangunan dan sebagainya.
Sebab-Sebab Manusia Melakukan Kerosakan Dan Pencemaran Alam :
  • Akhlak mereka yang buruk.
  • Didorong oleh perasaan tamak dan keinginan mendapat keuntungan yang banyak.
  • Tiada kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar.
  • Sikap ambil mudah pada diri seseorang.
Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil Untuk Mengatasi Kerosakan Alam Sekitar :
  • Memberi ceramah kesedaran dan kempen kesedaran tentang kepentingan memelihara alam sekitar.
  • Mengadakan aktiviti bergotong-royong membersihkan kampung dan bandar.
  • Menyediakan kemudahan secukupnya seperti tempat membuang sampah bagi memudahkan orang ramai untuk menjaga kebersihan.
  • Menggubal dan menguatkan undang-undang yang lebih berat bagi menghukum sesiapa sahaja yang terlibat dengan melakukan kerosakan alam.
Soalan Tambahan
Pembakaran secara terbuka akan mengakibatkan pencemaran kepada alam sekitar.

1. Terangkan sebab perbuatan tersebut masih dilakukan :
  • Kurang kesedaran.
  • Tiada penguatkuasaan undang-undang.
  • Tiada kemudahan tempat pembakaran terbuka.
2. Jelaskan tindakan anda apabila melihat seseorang melakukan perkara tersebut :
  • Memberi nasihat.
  • Memadamkan kebakaran.
  • Melaporkan kepada pihak berkuasa.
3. Sarankan langkah-langkah yang berkesan bagi mengatasi masalah pencemaran di negara kita :
  • Menguatkuasakan undang-undang.
  • Ceramah tentang  kesan negatif pencemaran.
  • Mengamalkan budaya cara hidup sihat.

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa