- ZAMAN PRASEJARAH-Pada zaman ini, manusia masih belum mengenali sistem tulisan.-Kajian terhadap Zaman Prasejarah dan budayanya telah dijalankan oleh ahli arkeologi.-Kajian dilakukan melalui kajian arkeologi ke atas artifak, feature dan ekofak.-Kajian arkeologi digunakan untuk mengetahui kewujudan manusia semasa Zaman Prasejarah.-Kajian ini dilakukan dengan mencari gali bahan-bahan seperti :
- Artifak : Barang yang dicipta oleh manusia seperti kapak.
- Feature : Tinggalan seperti struktur bangunan dan lubang sampah yang tidak dapat diubah.
- Ekofak : Tinggalan seperti tulang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
-Terdapat empat tahap Zaman Prasejarah iaitu :- Zaman Paleolitik.
- Zaman Mesolitik.
- Zaman Neolitik.
- Zaman Logam. ( Zaman Besi Dan Zaman Gangsa )
Zaman Paleolitik Dan Mesolitik
Petempatan
- Tepi sungai dan tasik.
- Di dalam gua.
Ciri-ciri Utama
- Mereka tinggal di : tepi sungai, tepi tasik, dalam gua.
- Mereka hidup secara nomad iaitu berpindah-randah.
- Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan.
- Kegiatan utama : memungut hasil hutan, memburu binatang, menangkap ikan.
- Alatan batu yang digunakan lebih kasar dan lebih mementingkan fungsi daripada nilai seni.
Zaman Neolitik
-Sistem Barter Wujud Pada Zaman Neolitik.
Ciri-ciri Utama
- Manusia pada zaman ini mula hidup menetap.
- Kegiatan utama mereka adalah, bercucuk tanam dan menternak binatang.
- Mereka mula mencipta alatan batu yang telah dilicinkan yang mempunyai pelbagai fungsi.
- Mereka mula membuat tembikar.
- Pada peringkat akhir Zaman Neolitik, terdapat individu yang berjaya meleburkan logam.
- Sistem barter wujud kerana masyarakat zaman ini tinggal menetap.
- Mereka juga berupaya menghasilkan makanan melebihi keperluan mereka.
- Terdapat pengkhususan pekerjaan dan pembahagian tugasan.
- Mereka juga mempunyai banyak masa untuk menghasilkan artifak yang lebih baik.
Zaman Logam
- Zaman Logam ini terbahagi kepada dua iaitu, Zaman Gangsa & Zaman Besi.
- Pengunaan alat daripada logam menyebabkan manusia pada zaman ini mencipta, Perahu & Rumah.
- Perahu, memudahkan hubungan perdagangan dan pengangkutan antara kawasan. Mereka meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritim.
- Pada zaman ini, telah muncul Pertempatan Besar & Kota Pertahanan.
- Contoh bandar di Zaman Logam ialah Jericho, Jordan ( 8 000 S.M ) & Catal Huyuk, Turki ( 6 500 S.M ).
- Pada Zaman ini, mereka mula mengetahui cara mengebumikan mayat dan mengiringinya dengan bekalan kubur seperti makanan, alatan besi, tembikar & sebagainya.
- Di Tanah Besar Asia Tenggara, Zaman Logam muncul pada sekitar tahun 1 000 - 1 500 S.M. Buktinya, penemuan artifak gendang gangsa yang dihasilkan di Dongson, Vietnam Utara.Guru Sejarah Wannabe.Rohani Redzwa.
Welcome To My World. A place To Share My Stories. Fool me once, your loss. End of story!
Wednesday, October 16, 2013
BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
Subscribe to:
Posts (Atom)
Rohani Redzwa
Rohani Redzwa
-
4.0 METODOLOGI KAJIAN Pendahuluan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007:halaman 1230) ‘metodologi’ bermaksud sistem ...
-
1.0 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002:halaman 1055) ‘prasarana’ bermaksud keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asa...
-
BORANG PEMERHATIAN 1 Lokasi : Dewan Pusat Sivik (KESEDAR), Gua Musang, Kelantan. Tarikh : 19 Februari 2016 ...