Tuesday, January 21, 2014

Hadis - Kehidupan Di Dunia Ibarat Seorang Perantau

Riwayat Al-Bukhari :

  • Daripada Abdullah Bin Umar R.H berkata, Rasulullah S.A.W memegang bahuku seraya bersabda : 

"Jadikanlah diri kamu di atas dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara".

Ibnu Umar berkata "Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah tunggu menjelang waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu".
(Riwayat Al-Bukhari)
  • Maksud Perantau Dalam Hadis Di Atas? 
  1. Manusia dalam perjalanan menuju ke akhirat.
  2. Orang yang singgah di suatu tempat mencari bekalan untuk meneruskan perjalanan menuju ke akhirat.
  3. Dunia hanyalah tempat persinggahan untuk menuju ke alam akhirat.
  • Cara Pengurusan Masa Yang Dituntut Dalam Hadis :
  1. Menyegerakan sesuatu urusan.
  2. Mengisi masa dengan aktiviti berfaedah.
  3. Mengisi kehidupan dengan bekalan untuk ke akhirat.
  • Amalan Yang Perlu Untuk Bekalan Ke Akhirat :
  1. Melazimi ibadat sunat.
  2. Melaksana ibdat wajib.
  • Bentuk Nasihat Yang Boleh Dijadikan Amalan Untuk Hidup Bahagia Di Dunia &Di Akhirat :
  1. Tidak melengah-lengahkan sesuatu kerja.
  2. Gunakan peluang yang ada untuk beramal semasa sihat sebelum sakit.
  3. Menggunakan peluang untuk beramal semasa hidup sebagai persediaan mati.
  •   Berdasarkan Hadis Di Atas, Huraikan Pernyataan "Dunia Ialah Tempat Persinggahan" :
  1. Manusia hidup di dunia seperti seorang perantau yang hanya singgah sementara di satu destinasi sebelum ke destinasi seterusnya.
  2. Manusia diberi nikmat masa dan kesihatan oleh Allah S.W.T. untuk mereka melakukan amalan kebajikan semasa hidup di dunia.
  3. Semua makhluk yang bernyawa pasti akan menemui ajal pada suatu hari nanti dan akan menuju alam akhirat yang kekal abadi.
  • Rasulullah S.A.W. Juga Berpesan Supaya Membuat Persediaan Untuk Hari Akhirat. Antara Pesanan Rasulullah S.A.W. Yang Lain Ialah :
  1. Menggunakan peluang untuk beramal ketika sihat.
  2. Merancang dan menguruskan masa dengan bijak.
  3. Jangan membazir masa.
  4. Tidak melengahkan kerja.
  5. Banyakkan ibadat sebagai bekalan sebelum mati.
  6. Berpegang kepada Al-Quran Dan Al-Hadis.
  • Akibat Mengabaikan Pesanan Rasulullah S.A.W. :
  1. Hidup tidak diberkati oleh Allah S.W.T.
  2. Segala yang dirancang tidak akan berjaya dilaksanakan.
  3. Rasulullah S.A.W. tidak akan memberi syafaat akhirat nanti.
  • Amalan Yang Sewajarnya Dilakukan Ketika Sihat :
  1. Solat.
  2. Puasa.
  3. Umrah.
  4. Haji.
  5. Sedekah.
  6. Belajar bersungguh-sungguh dengan tekun.
  7. Membantu orang yang memerlukan bantuan.
  8. Menyumbang kearah kemajuan negara.
  • Bekalan Yang Terbaik Untuk Kehidupan Di Akhirat : 
  1. Takwa - Melaksanakan segala perintah Allah S.W.T dan menjauhkan segala larangannya.
  • Pengajaran Dari Hadis Di Atas:
  1. Kehidupan di dunia adalah terlalu singkat berbanding kehidupan di akhirat yang kekal abadi.
  2. Kita hendaklah menggunakan tempoh kehidupan di dunia dengan sebaik mungkin.
  3. Menangguh-nangguhkan urusan kehidupan adalah dilarang oleh Islam.
  4. Kita hendaklah menguruskan masa dengan bijak.

Nota Sejarah Tingkatan 5 - Bab 1

Bab 1 - Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara

Maksud Imperialisme :
Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.

Faktor-Faktor Imperialisme :
1. Keistimewaan Asia Tenggara.
  • Kedudukan strategik kerana terletak antara China & India. 
  • Jaminan pasaran yang luas.
  • Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
  • Kaya dengan bahan mentah.

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa