- Sedekah ialah pemberian yang dilakukan dengan ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
- Hadiah ialah pemberian dari seseorang sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau pujian.
Terangkan Kelebihan & Faedah Memberi Hadiah & Sedekah :
- Mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.
- Disukai oleh orang ramai.
- Rezeki kita akan bertambah.
Jenis-Jenis Sedekah :
- Memberi senyuman.
- Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
- Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat.
- Membuang benda-benda yang menghalang di jalan.
- Harta dan wang disedekahkan kepada orang yang memerlukan.
- Memberi khidmat dan membantu orang yang memerlukan pertolongan.
Adab-Adab Memberi Sedekah & Hadiah :
- Diberi dengan niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T.
- Mensedekahkan barang yang kita sayangi.
- Tanpa mengungkit semula barang yang telah diberi.