Sunday, December 16, 2012

Jom Kenali Orang-Orang Islam


Siapakah orang yang paling manis senyumannya?
Orang yang paling manis senyumannya adalah orang-orang yang ketika diuji oleh ujian Allah, mereka mengucapkan “innalillahiwainnailaihiroji’un” seraya berkata dalam hati “ya Allah, aku redha atas segala ketetapan darimu” sambil mengukir senyuman tulus dibibirnya.

Siapakah orang yang terkaya?
Orang yang terkaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa dengan kenikmatan dunia yang sementara ini. Maka bersyukurlah atas nikmat yang kau temui dan berbahagialah.

Siapakah orang yang termiskin?
Orang yang termiskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan selalu memenumpuk-numpukkan harta. Maka janganlah kau menjadi kikir juga dengki.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal-amal kebaikan. Maka hargailah waktumu dan bersegeralah.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang tercantik adalah orang yang mempunya akhlak yang baik. Maka peliharalah akhlakmu dari dosa dan noda.

Siapakah orang yang mempunyai rumah terluas?
Orang yang mempunyai rumah terluas adalah orang mati yang membawa amal-amal kebaikan dan kuburnya akan diluaskan sejauh mata memandang. Maka beramal solehlah selagi sempat dan mampu.

Siapakah orang yang rumahnya tersempit?
Orang yang rumahnya tersempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya. Maka ingatlah kematian dan kehidupan setelah dunia.

Saturday, July 28, 2012

Bersuci Asas Kebersihan

Konsep Bersuci 
  • Bersuci adalah satu perkara wajib yang dituntut oleh agama. Apabila seseorang hendak beribadat kepada Allah S.W.T. dia hendaklah bersuci terlebih dahulu sama ada hadas besar atau pun hadas kecil dengan menggunakan air atau alat-alat lain yang diharuskan untuk bersuci.
  • Hukum bersuci adalah wajib apabila seorang Islam yang cukup syaratnya hendak mengerjakan solat, haji dan ibadat-ibadat yang lain.
  • Allah S.W.T. tidak menerima ibadat solat yang dikerjakan oleh hambanya dalam keadaan tidak bersuci. 
  • Memandangkan betapa pentingnya bersuci kepada orang Islam, maka kita hendaklah mengambil berat tentang kesucian dan kebersihan diri pada setiap masa terutama ketika beribadat kepada Allah S.W.T.
Pengertian Bersuci
  • Bersuci dari segi bahasa ialah membersihkan sesuatu daripada segala kekotoran. 
  • Pada istilah syarak pula bersuci ialah membersihkan diri, pakaian, dan tempat daripada hadas dan najis.
  • Hukum bersuci daripada hadas, najis, dan kekotoran adalah wajib dan menjadi syarat sah sesuatu ibadat.
  • Orang dalam keadaan berjunub hendaklah segera bersuci. 

Sunday, March 4, 2012

Bab 1 - Pendudukan Jepun Di Negara Kita (Form 3)

Pengenalan
Pendudukan Jepun merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah negara kita. Pemerintahan tentera jepun di negara kita berlangsung selama kira-kira tiga tahun setengah iaitu dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Perubahan besar yang berlaku sepanjang tempoh tersebut telah menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat.
 
Pemerintahan Tentera Jepun
Pemerintahan tentera Jepun di negara kita adalah bercorak ketenteraan.

 
Kedatangan Jepun
Kebangkitan Jepun sebagai sebuah kuasa imperialis bermula dengan pemerintahan Maharaja Mikado Meiji pada tahun 1868. Maharaja Mikado Meiji melancarkan pemulihan yang menekankan pemodenan dan perindustrian. Negara-negara Barat dijadikan model untuk memajukan Jepun. Negara China yang mempunyai banyak bahan mentah dan berpotensi menjadi pasaran barangan Jepun menjadi sasaran awal perluasan kuasa jepun. Kemenangan Jepun terhadap Rusia dalam Perang Rusia-Jepun pada tahun 1905, telah menyebabkan Jepun dianggap sebagai sebuah kuasa besar.

  • 1895 - Jepun memenangi Perang China-Jepun
  • 1905 - Jepun memenangi Perang Rusia-Jepun
  • 1910 - Jepun menguasai Korea
  • 1932 - Jepun menakluki Manchuria 
  • 1937 - Jepun memenangi Perang China-Jepun Kedua 
  • 1941 - Jepun menduduki Indo-China
  • 1941 - Jepun menyerang Asia Tenggara
Perluasan kuasa Jepun juga didorong oleh beberapa faktor terutamanya masalah ekonomi di negara tersebut. Pertambahan penduduk Jepun telah menyebabkan tanah pertaniannya semakin berkurangan . Sebagai sebuah negara industri pula, Jepun memerlukan bekalan bahan mentah seperti petroleum, bijih timah dan getah. Di samping itu, Jepun juga memerlukan kawasan pasaran baru untuk memasarkan hasil perindustriannya.

Keadaan semakin mendesak pada tahun 1940, apabila Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun kerana enggan berundur dari negara China. Pihak Jepun berjaya menawan sebahagian negara China setelah meletus Perang China-Jepun Kedua pada tahun 1937. Tindakan Amerika Syarikat itu menyebabkan kerajaan Jepun yang dikuasai oleh golongan tentera pimpinan Jeneral Tojo menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan Jepun daripada sekatan tersebut. Golongan tentera telah mengambil alih pemerintahan negara Jepun sejak bulan Februari 1936.

Sebelum menyerang Tanah Melayu, pihak Jepun telah menggunakan propaganda untuk mempengaruhi penduduk tempatan di negara kita dengan slogan-slogan seperti "Asia Untuk Orang Asia" dan "Semangat Asia". Slogan-slogan ini jelas berunsur antipenjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara Timur. Begitu juga dengan rancangan "Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya" oleh pihak Jepun. Strategi ini berkesan sehingga kehadiran tentera Jepun tidak begitu dirasakan sebagai penjajah baru menggantikan British. Peristiwa ini memberi iktibar kepada kita bahawa slogan yang baik perlu dalam melaksanakan sesuatu misi. Walaupun begitu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita sepatutnya lebih berhati-hati terhadap propaganda dari luar. 

Kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu bermula apabila tentera Jepun mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) dan di Pantai Sabak, Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun yang mendarat di Thailand terus mara ke Jitra, Kedah. Kemudian, tentera Jepun berpecah dua, sepasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan ke Selatan melalui pesisiran pantai Barat. Sepasukan lagi, mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat. Sementara itu, tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu pula mara ke selatan mengikut jalan  darat negeri-negeri pantai timur.

Di Sarawak, tentera Jepun mendarat di Miri. Dari Miri, tentera Jepun berpecah kepada dua pasukan. Pasukan yang pertama ke Kuching dan kemudiannya ke Sibu. Pasukan yang kedua pula mara ke Sabah melalui Labuan dan seterusnya Sandakan. Kemudian, tentera Jepun mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri ini terutamanya di bandar-bandar besar.

Cara Kemaraan Tentera Jepun
  1. Kapal terbang perang digunakan oleh pihak Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu. Kapal ini juga memberi perlindungan kepada tentera darat.
  2. Kereta kebal penggempur yang digunakan oleh tentera Jepun berjaya memaksa tentera British berundur. Tentera Jepun juga menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan.
  3. Tentera Jepun menggunakan bot untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai. 
  4. Tentera Jepun menggunakan basikal untuk melalui jalan yang sempit bagi mempercepatkan perjalanan tanpa disedari oleh tentera British.
 Kemusnahan Akibat Peperangan Di Tanah Melayu
  • Peperangan mengakibatkan banyak bangunan musnah.
  • Peperangan hanya membawa kemusnahan, menang jadi arang, kalah jadi abu.
  • Peperangan menghancurkan tamadun manusia. Bangunan muzium Selangor musnah diserang tentera Jepun.
  • Jambatan Guillemard di Kuala Krai diletupkan oleh tentera British untuk menyekat kemaraan tentera Jepun. 
Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British Di Tanah Melayu
  1. Kelengkapan perang tentera Jepun.
  2. Pakatan Jepun-Thailand.
  3. Taktik serangan Jepun.
  4. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM).
  5. Semangat tentera jepun.
  6. Kelemahan tentera British.
  7. Perancangan awal perang.
Dasar Penjepunan
  1. Stesen Kereta Api Tanjong Pagar diberi nama baru iaitu Stesen Kereta Api Syonan.
  2. Nama persatuan perdangangan yang menggunakan bahasa Jepun.
  3. Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar.
  4. Murid sekolah dan kakitangan kerajaan dipaksa menyanyikan "Kimigayo". 
Gerakan Anti-Jepun Di Tanah Melayu
  • Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA).
  • Force 136.
  • Askar Melayu Setia (AMS).
  • Pasukan Wataniah Pahang.
  • Gerila Kinabalu.
  • Pasukan Gerila Datu Mustapha.
  • Pasukan Gerila Di Sandakan.
  • Penentangan Di Pesisir Pantai Sarawak.  
 Kesan Pemerintahan Tentera Jepun
  1. Politik.
  2. Ekonomi.
  3. Sosial.

Friday, January 27, 2012

Cara Fokus Dalam Kelas

I believe that most of the students like to play while their teachers were teaching in the class, so here is some ways for u to keep focusing. I would like to share this information on how to focus more in class. Bukan untuk korang je, aku pun sama jugak. Hope it will help u. Yang benar, Rohani Redzwa. Kat bawah ni okay, selamat mencuba.
  • Get a good night's sleep, cukup tidur lah baru boleh fokus. Kalau tak nanti tak pasal-pasal x cukup rehat. 
  • Eat a healthy breakfast, jangan lupa makan sebelum pergi sekolah tu. Sekarang ni ramai yang mengada-ngada tak nak makan sebelum pergi ke sekolah. Itu lah, ini lah. Minum air susu je dah kira ok dah. 
  • Avoid sitting with friends, x yah la nak duk ngan kawan. Cam ape agi, macam lah diaorang boleh tolong korang. Kalau boleh sepak je diaorg, okay-okay. Sepak jangan, nanti kena jail plak. Kejam tu. Maksud aku, kalau boleh hindari lah daripada duduk ngan kawan. Kalau tak nanti korang akan pot pet pot pet. Chit chat while learning, ape tu. Tak berguna pun. Stay focus okay. 
  • Rid yourself of any other distractions, jangan ada gangguan. Kalau ada botol air mineral ke sebelah korang, atas meja ke, tolak ketepi dulu. Jauhkan daripada pandangan anda. 
  • Jangan tengok kat luar kelas, biasanya ramai lah orang yang minat lalu kalau depan kelas kita ni. Kalau ada mamat hensem sekali pun, seelok-eloknya x yah tgk lah.  
  • Look at the teacher, and make eye contact. Cikgu bukan duk membebel je kat depan tu, ada ketikanya diaorg akan tgk anak murid diaorg kan. Jadi, korang tgk lah guru korang n buat macam only cikgu je yg exist. Okay? Clear? 
  • Know your objective, ketahui tujuan korang pada hari tu. Cikgu biasanya akan cakap hari ni nak buat apa, jadi korang dgr lah betul-betul. Baru faham kan? 
  • Take notes. Ambik je nota-nota yang sepatutnya, yang x sepatutnya tu x yah la. 
  • Get involved in class discussions. Bila cikgu tanya pendapat korang, jawab la jangan x jawab. X payah malu-malu tau.  
  • Do your best. When you walk into that classroom, put a smile on your face and some confidence in your pocket. Be the best that you can be at all times, and show your true potential! Thats all from me, Rohani Redzwa.

    Thursday, January 26, 2012

    Tips Untuk Hilangkan Stress

    Okay, today i would like to share some tips on how to get rid of the stress that always bothering you. Aku percaya yang semua org mengalami stress ataupun tekanan. Biasalah, kehidupan. Tak boleh lari daripada masalah. Aku pun selalu jugak stress, tapi jangan la stress berlebihan. Nnt jadi gila plak. Tujuan aku share ni untuk berkongsi dengan korang, mane tahu dapat membantu sedikit sebanyak. Mungkin berguna buat orang yg stress di luar sana, aku pun guna jgk tips ni. Okay, kat bawah ni aku sertakan tips hilangkan stress. Harap-harap 10 tips yang aku bagi ni dapat membantu korang. Selamat mencuba. Yang benar, Rohani Redzwa.
    1. Inhale and exhale for 10 times, it works for me. Korang cubalah, tarik nafas and them hembus.
    2. Biasakan diri dalam keadaan berwuduk, dapat menghindari dari stress. Sebab kita suci.
    3. Perbanyakkan membaca al-quran.
    4. Banyakkan solat sunat, ia menenang kan. Cuba lah.
    5. Selalu berdoa kepada Allah, memohon kepadanya perkara yang baik.
    6. Bersangka baik terhadap Allah.
    7. Lakukan kegiatan luar seperti bersukan.
    8. Amal kan diet dengan disiplin yang tinggi. Jangan tak makan sudah, nanti jadi jerangkung plak.
    9. Menangis dengan sepuas hati, peduli apa orang nak kata. Just let it out, insyaAllah kurang stress.
    10. Hargai diri sendiri, kita tahu yang kita sangat berharga. Cintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain.

    Rohani Redzwa

     Rohani Redzwa