Maksud Surah At-Taubah Ayat 128 :
- Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri iaitu Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu. Dia pula melimpahkan perasaan belas kasihan serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman.
Maksud Surah At-Taubah Ayat 129 :
- Kemudian jika mereka ingkar maka katakanlah wahai Muhammad, cukuplah bagiku Allah yang menolong dan memeliharaku, tiada tuhan yang berhak disembah melainkannya. Kepadanya aku berserah diri dan dialah yang mempunyai Arasy yang besar.
Intisari Surah At-Taubah Ayat 128-129 :
- Allah S.W.T. mengutuskan Rasulullah S.A.W. daripada bangsa arab.
- Baginda amat mengambil berat terhadap umatnya dan berharap mereka mendapat hidayah Allah.
- Baginda sangat mengasihi orang yang beriman.
- Rasulullah S.A.W. akan meminta pertolongan Allah S.W.T. sekiranya manusia menentang baginda.
Sifat-Sifat Tawakkal :
- Sabar.
- Ikhlas.
- Tidak putus asa.
- Redha.
- Yakin.
Maksud Tawakkal :
- Tawakkal bermaksud berserah kepada Allah S.W.T. setelah berusaha.
Sifat Tawakkal Penting Bagi Pendakwah Kerana :
- Untuk menambah keyakinan dan menanam sifat sabar dan redha.
- Supaya tidak putus asa dalam berdakwah.
- Yakin dengan pertolongan Allah S.W.T. pasti tiba cepat atau lambat.
- Ikhlas mendoakan orang yang berada dalam kesusahan atau kesulitan.
Hikmah Pemilihan Nabi Muhammad S.A.W. Daripada Kalangan Manusia :
- Untuk menyampaikan ajaran Islam.
- Memberi peringatan kepada manusia.
- Memudahkan manusia menerima Islam.
- Memudahkan manusia mencontohi Rasulullah S.A.W.
- Memudahkan manusia berkomunikasi dengan Rasulullah S.A.W.
Contoh Kasih Sayang Rasulullah S.A.W. Terhadap Umatnya :
- Diakhir hayat baginda, baginda menyebut "ummati-ummati sebagai tanda kasihkan umatnya.
- Baginda berdoa supaya ditangguhkan azab terhadap umatnya.
- Baginda mendoakan supaya Allah memberi hidayah kepada umatnya walaupun baginda dicerca.
- Rasulullah meminta dikurangkan jumlah solat kepada 5 waktu semasa peristiwa Isra' & Mikraj.
- Baginda memaafkan segala kesalahan umatnya.
Terangkan Sebab-Sebab Allah S.W.T. Mengutus Rasul Dari Golongan Manusia :
- Memudahkan manusia mencontohi Rasulullah S.A.W.
- Memudahkan manusia memahami syariat yang dibawa.
- Memudahkan manusia berkomunikasi dengan Nabi Muhammad S.A.W.
- Manusia adalah makhluk yang paling sempurna.
- Hanya manusia sahaja yang memahami kehendak manusia.
Terangkan Maksud Tawakkal :
Terangkan Kepentingan Tawakkal Dalam Berdakwah :
Sifat-Sifat Rasulullah S.A.W. Sebagai Rasul Pilihan Allah S.W.T. :
Cara-Cara Mengasihi Rasulullah S.A.W. :
Bagaimanakah Seseorang Pelajar Boleh Mencontohi Sifat Kasih Sayang Baginda ?
Terangkan Pengajaran Ayat Di Atas :
- Tawakkal ialah berserah kepada Allah S.W.T. setelah berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu yang diingini.
Terangkan Kepentingan Tawakkal Dalam Berdakwah :
- Dakwah akan dapat dilakukan secara berterusan.
- Menambahkan keyakinan bahawa Allah S.W.T. akan sentiasa menolong kita.
- Bersabar menghadapi ujian dan dugaan seperti ditentang dan penghinaan.
- Melahirkan sifat redha.
- Tidak berputus asa dalam menghadapi dugaan.
Sifat-Sifat Rasulullah S.A.W. Sebagai Rasul Pilihan Allah S.W.T. :
- Kesempurnaan jasmani dan memiliki tubuh badan yang segak dan tampan.
- Mempunyai kecerdasan fikiran dan perwatakan yang baik.
- Berbudi pekerti mulia.
- Menjadi contoh teladan yang boleh diikuti oleh semua.
- Berani dan bijak bersuara.
- Pengasih dan lemah lembut.
- Adil dalam kepimpinan.
- Istiqamah.
Cara-Cara Mengasihi Rasulullah S.A.W. :
- Melaksanakan segala perintahnya seperti menunaikan ibadah solat 5 waktu.
- Menjauhi segala larangannya seperti larangan berjudi.
- Berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
- Mengamalkan sunnahnya seperti bersedekah.
- Menziarahi makam baginda di Madinah.
Bagaimanakah Seseorang Pelajar Boleh Mencontohi Sifat Kasih Sayang Baginda ?
- Membantu guru dan rakan yang memerlukan pertolongan dan bantuan.
- Memaafkan segala kesalahan rakan dan orang lain terhadap diri sendiri.
- Mengambil berat dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.
Terangkan Pengajaran Ayat Di Atas :
- Kita hendaklah mencontohi sifat peribadi Rasulullah S.A.W. setiap masa.
- Bertawakkal kepada Allah S.W.T. adalah asas kejayaan dalam berdakwah dan perjuangan.
- Setiap orang Islam hendaklah menumpahkan kasih sayang kepada Rasulullah S.A.W.
5 comments:
THANKS....
NICE NOTE
HOPE ALLAH WILL GIVE U REWARD
THANKS :-)
THANKS...
NICE NOTE
HOPE ALLAH WILL GIVE U REWARD
THANKS...
THANKS....
NICE NOTE
HOPE ALLAH WILL GIVE U REWARD
THANKS :-)
Merci beaucoup. :')
Assalamualaikum
thanks
Post a Comment