Maksud Tuhan :
- Allah yang mempunyai kuasa mutlak yang maha sempurna, tiada cacat celanya dan dapat diakui sebagai pencipta, pentadbir dan pemilik alam ini. Tiada kuasa lain yang dapat menyamai dan menandingi kuasa Allah S.W.T.
Ciri-Ciri Ketuhanan :
- Rububiyyah.
- Uluhiyyah.
Manusia Memerlukan Tuhan Dalam Kehidupan Mereka Kerana :
- Fitrah semulajadi manusia yang mempunyai kepercayaan kepada suatu kuasa yang maha agung.
- Hanya kepercayaan kepada tuhan dapat menjadikan kehidupan manusia lebih sempurna & selamat.
- Kepercayaan kepada tuhan menyebabkan manusia menjauhkan diri daripada perkara negatif.
Maksud Rububiyyah :
- Keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa Allah S.W.T. yang mentadbir dan menguruskan semua benda dan perkara di dunia ini dan tiada pentadbir lain melainkan Allah S.W.T. yang maha berkuasa dan esa.
- Allah S.W.T. pencipta, pentadbir dan pemilik alam ini.
- Allah S.W.T. berkuasa memberi sesuatu mengikut kehendaknya.
- Kekuasaan Allah S.W.T. meliputi langit dan bumi.
- Mempunyai kuasa mencipta sesuatu daripada tiada kepada ada.
- Mencipta sesuatu dan mengadakan segala kemudahan untuk ciptaan hidup dengan selesa.
- Mencipta sesuatu mengikut kehendaknya sendiri tanpa bantuan dan suruhan daripada kuasa lain.
- Menyediakan petunjuk dan pedoman agama kepada makhluk ciptaannya.
- Yakin bahawa Allah S.W.T. yang mencipta alam ini.
- Yakin bahawa setiap manusia telah ditentukan rezekinya oleh Allah S.W.T.
- Beriman dengan agama yang telah diturunkkan oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam.
- Yakin bahawa hanya Allah S.W.T. sahaja yang mampu mentadbir alam ini dengan sempurna.
Maksud Uluhiyyah :
- Keyakinan dalam hati secara mutlak bahawa Allah S.W.T. yang maha esa dan layak disembah, ditaati dan dipatuhi secara mutlak.
Konsep Uluhiyyah :
- Mengakui hanya Allah S.W.T. yang layak disembah dan ditaati.
- Orang yang tidak beriman dengan tauhid uluhiyyah menjadi sesat.
- Paksi utama keimanan kepada tauhid uluhiyyah ialah kalimah syahadah.
Ciri-Ciri Uluhiyyah :
- Dapat menunaikan segala permintaan hambanya.
- Berkuasa untuk menghidup dan mematikan hambanya.
- Berkuasa untuk hukum-hukum yang sesuai dengan kehendak manusia Islam.
Perbezaan Antara Tauhid Rububiyyah Dan Tauhid Uluhiyyah :
Maksud Asma' Wa Sifat :
- Allah S.W.T. mempunyai nama-nama yang indah dan memiliki sifat-sifat yang mulia.
20 Sifat Wajib Allah S.W.T. :
- Wujud - Ada
- Qidam - Dahulu
- Baqa - Kekal
- Mukhalafatuhulilhawadith - Berlainan Dengan Ciptaannya
- Qiamuhubinafsih - Berdirinya Dengan Sendiri
- Wahdaniat - Tunggal
- Qudrat - Berkuasa
- Iradat - Berkehendak Menentukan
- Ilmu - Mengetahui
- Hayat - Hidup
- Sama'- Mendengar
- Basar - Melihat
- Kalam - Berkata-kata
- Kaunuhuqaadiran - Keadaannya Yang Berkuasa
- Kaunuhumuriidan - Keadaannya Berkehendak Menentukan
- Kaunuhu'aliman - Keadaannya Yang Mengetahui
- Kaunuhuhayyan - Keadaanya Yang Hidup
- Kaunuhusami'an - Keadaanya Yang Mendengar
- Kaunuhubasiiran - Keadaannya Yang Melihat
- Kaunuhumutakalliman - Keadaannya Yang Berkata-kata
- Adam - Tiada
- Haduth - Baharu
- Fana - Akan Binasa
- Mumathalatuhulilhawadith - Menyamai Atau Bersamaannya Baginya Dengan Sesuatu Yang Baru.
- Qiamuhubighairih - Berdirinya Dengan Yang Lain
- Ta'addud - Berbilang-bilang
- Ajzun - Lemah
- Karahah - Benci Iaitu Tidak Menentukan
- Jahlun - Bodoh
- Al-Maut - Mati
- As-Summu - Pekak
- Al-Umyu - Buta
- Al-Bukmu - Bisu
- Kaunuhuajizan - Keadaannya Yang Lemah
- Kaunuhukaarihan - Keadaannya Yang Benci Iaitu Tidak Menentu
- Kaunuhujahilan - Keadaannya Yang Bodoh
- Kaunuhumayitan - Keadaannya Yang Mati
- Kaunuhuasamma - Keadaannya Yang Pekak
- Kaunuhua'maa - Keadaannya Yang Buta
- Kaunuhuabkam - Keadaannya Yang Kelu
Maksud Fitrah :
- Sifat semulajadi yang ada pada setiap kejadian Allah S.W.T. seperti makan, minum, beragama, bekeluarga dan sebagainya.
Maksud Fitrah Beragama :
- Naluri semulajadi manusia yang mengakui adanya Allah S.W.T.
Bukti Beragama Merupakan Fitrah Semulajadi Manusia :
- Manusia terdorong memohon kepada sesuatu yang dipercayai mempunyai kuasa ghaib yang boleh membantu melindungi dan menunaikan sesuatu hajat mereka. Contohnya, masyarakat primatif memuja sungai, semangat dan sebagainya.
- Secara fitrah, manusia mengakui kewujudan sesuatu yang berkuasa dan berusaha mencarinya. Contohnya, usaha Nabi Ibrahim mencari-cari tuhan yang sebenar untuk disembah.
- Manusia akan kembali mengingati tuhan apabila ditimpa bencana dan musibah untuk memohon pertolongan kerana mereka yakin hanya kuasa ghaib sahaja yang mampu menolong mereka iaitu tuhan.
4 comments:
lagu background seram sejuk dengar
menarik. boleh tak saya nak tahu tajuk lagu. sedap betul. merdu je...
Menarik. Bagus. Sedap lagunya. boleh saya tahu tajuknya???
Macam lagunya Utada Hikaru - First Love
Post a Comment