Maksud Koordinasi Badan :
- Penyelarasan gerak balas badan untuk bertindak balas terhadap perubahan di persekitaran kita.
Maksud Koordinasi Saraf :
- Gerak balas badan akibat tindak balas sistem saraf.
Maksud Koordinasi Kimia :
- Gerak balas badan akibat tindak balas sistem endokrin.
Kepentingan Koordinasi Saraf Dan Koordinasi Kimia :
Sistem Saraf Manusia- Membolehkan badan menjalankan pelbagai aktiviti.
- Membolehkan badan melindungi diri daripada rangsangan luar.
- Menjaminkan kesihatan dan kesejahteraan badan.
Sistem Saraf Manusia :
Neuron :
- Sistem saraf manusia terbahagi kepada dua iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi.
- Sistem saraf pusat terbahagi kepada :
- Otak.
- Saraf Tunjang.
- Sistem saraf autonomi.
- Sistem saraf soma.
- Saraf kranium.
- Saraf spina.
Neuron :
- Maksud neuron ialah unit asas sistem saraf.
- Fungsi neuron adalah untuk membawa impuls saraf.
- Neuron terdiri daripada :
- Dendron iaitu gentian bersitoplasma dan diakhiri dengan cabang kecil yang disebut dendrit dan membawa impuls ke badan sel.
- Akson iaitu gentian bersitoplasma dan membawa impuls menjauhi badan sel.
- Salut mielin yang melindungi akson dan dendron serta mempercepatkan pengaliran impuls.
- Badan sel iaitu bahagian neuron yang mempunyai nukleus dan dikelilingi oleh sitoplasma. Fungsi badan sel adalah untuk mengawal segala aktiviti neuron.
2 comments:
nice
Way cool! Some very valkid points! I aappreciate youu
writing this write-up plus the rest of the website
is extremely good.
Post a Comment