Setiap anak Adam dilahirkan dengan kegelisahan dan kekosongan yang
walau di isi dengan segala yang ada di langit dan di bumi, dan walau
diberi kedudukan di syurga tertinggi sekalipun, ia masih tidak dapat
menandingi kehadiran seorang insan bernama isteri.
Bapa
Adam kita ketika dicipta ia diberi segalanya; berada dekat dengan
Tuhannya, berada di dalam syurga yang tidak terbayangkan akal kita
nikmat-Nya, diberi penghormatan oleh seluruh makhluk untuk tunduk
padanya, namun ia masih merasakan satu kekosongan, di benak hatinya.
Lalu
tatkala ia tidur, Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuknya, dan
ketika ia bangun, ia mendapati seorang yang serupa dengannya tetapi lain
paras di sebelahnya. “Aku di sini untuk menyempurnakanmu,” kata Hawa.
Benarlah
nikah itu menyempurnakan separuh kehidupan manusia, tanyalah
mana-mana pasangan yang sudah berkahwin tentang perasaan mereka,
pastinya ia tidak tergambar kerana ketenangan dan kebahagiaan yang
mereka alami itu tidak mampu dikatakan dengan kata-kata.
Bak kata Ayatul Husna,
Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan..
Begitu
hebat sekali kuasa cinta, dan begitu tinggi dan mulia sekali tempat
letak seorang wanita di pandangan Tuhannya sehinggakan syurga itu tidak
sempurna tanpa kehadiran si isteri tercinta. Apakah kaum hawa masih
memerlukan perjuangan untuk equal rights di sisi lelaki sedangkan ia
melengkapi mereka? Sedangkan manusia bernama lelaki itu tidak sempurna
tanpa mereka? Dan dengan itu wajarlah bidadari dunia ini dilayani dengan
sebaik mungkin oleh para suami dan juga lelaki.
Seorang
yang telah capai akal balighnya, akan meniti satu perasaan mendambakan
seorang wanita, dan sungguh tatkala itu perkahwinan itu dibenarkan,
kerana ia perkahwinan itu membawa seorang lelaki dan wanita itu menemui
fitrah mereka sebagai hamba yang saling memerlukan.
Namun,
ikatan cinta sering diperkotak katik dan dipersia serta dimainkan
seperti ianya tiada nilai, bertukar ganti pasangan sehingga kata-kata
cinta itu diletak begitu rendah sekali martabatnya separas dengan lutut
mereka. Nafsu dijadikan tumpuan dan dijadikan sasaran untuk
dilampiaskan, tak kira cara dan siapa asalkan ia terlaksana. Makna cinta
kini terbogel entah ke mana bila dua teman baik syaitan ini
berdampingan dan berdua-duaan.
Dan sungguh, fitrah manusia
itu ianya rakus dan gelojoh, ia sentiasa ingin memenuhi kehendak dan
kemahuannya tanpa mengira batas waktu dan zaman, tanpa mengira apa dan
siapa. Pertautan hati yang awal tadi bermula dengan cinta dan kasih
sayang kini dibayangi dengan tsunami benci yang melanda setiap hari,
keporakperandaan jelas terpancar di wajah sang isteri yang dulu bermuka
girang kini masam tak terperi, akibat ketiadaan persefahaman akibat
kegagalan memahami fitrah perbezaan wanita dan lelaki, suami dan si
isteri.
Kecuali mereka yang hidupnya dinaungi bayangan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. tercinta, di situ aku melihat persefahaman
yang tiada tandingnya, di situ aku melihat kebahagiaan yang sering
dicemburui sekalian raja, di situ aku melihat kepercayaan yang tidak
tercapai akal manusia.
Maka beruntunglah wahai wanita dan
lelaki, kerana kau diberi satu nikmat yang tidak terperi, dalam bentuk
suami dan isteri, maka sempurnakanlah pasanganmu sebagaimana dirimu
ingin disempurnakan.
2 comments:
assalamualaikum .. saya baru sahaja terbaca blog awak .. alhamdulillah saya suka baca semua post awak .. amat bermakna dan tersirat 1001 makna dan kata .. hope awak dapat teruskan nukilan awak di dalam blog ini .. insaallah saya akan menjadi salah seorang peminat blog awak .. wasalam ..
assalamualaikum .. saya baru sahaja terbaca blog awak .. alhamdulillah saya suka baca semua post awak .. amat bermakna dan tersirat 1001 makna dan kata .. hope awak dapat teruskan nukilan awak di dalam blog ini .. insaallah saya akan menjadi salah seorang peminat blog awak .. wasalam ..
Post a Comment