I don't like your perfect crime! 😲
But got smarter I got harder in the nick of time! 😉
The world moves on another day another drama, drama.😩
But not for me, not for me all I think about is karma. 👿
Look what you made me do. 😎
I don't trust nobody and nobody trust me! 😏
I'll be the actress starring in your bad dream! 👻👻👻
#IHeartTS
Welcome To My World. A place To Share My Stories. Fool me once, your loss. End of story!
Saturday, September 2, 2017
Thursday, June 15, 2017
Just A Reminder
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.
Monday, May 15, 2017
Wednesday, May 3, 2017
I DON'T GIVE A DAMN
Dear haters, sila meninggal. To all my haters, I don't need you guys to guide me.
*Behind my smile, there's a story you would never understand.
#IDontGiveADamn
#RohaniRedzwa
Monday, March 27, 2017
Saturday, March 25, 2017
Contoh Pengenalan, Kerja Kursus Sejarah, Semester 2
1.0
PENGENALAN
Umum
mengetahui bahawa bandar Gua Musang merupakan sebuah bandar yang terletak di
Selatan Negeri Kelantan1. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan
bandar ini tidak dibangunkan dengan kadar yang segera, antaranya ialah kawasan
ini terletak agak jauh daripada pusat pentadbiran negeri. Namun, bandar Gua
Musang telah menunjukkan berlakunya perkembangan dari tahun 1970 hingga tahun
2000.
Sebelum tahun 1976, kawasan
ini diletakkan di bawah pusat pentadbiran Jajahan Hulu Kelantan yang merangkumi
kawasan Kuala Krai dan Gua Musang. Pusat pentadbiran ketika itu terletak di
Kuala Krai. Selain itu, dari segi perkembangan, bandar Gua Musang boleh
dikategorikan sebagai sebuah bandar yang agak pesat berkembang. Sebelum kawasan ini dijadikan
sebagai sebuah bandar, ia merupakan sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai pekan
Gua Musang yang diselusuri oleh jalan kereta api2.
Kawasan
ini terletak kira-kira seratus enam puluh kilometer di Hulu Kelantan di Selatan
Kuala Krai3. Terdapat sebuah bukit di bahagian timur pekan ini yang
dikenali sebagai bukit Gua Musang yang mempunyai ketinggian sebanyak seratus
lima meter4. Menurut Encik Alias bin Muhammad, iaitu seorang
penduduk yang tinggal di kampung Limau Kasturi yang ditemubual oleh pengkaji,
beliau menyatakan bahawa sebelum pekan ini diterokai dan dijadikan sebagai sebuah
bandar, kawasan ini dahulunya merupakan kawasan yang menjadi tumpuan bagi
pembalak-pembalak yang tinggal di kawasan Gua Musang untuk mendapatkan bekalan
balak5.
Seterusnya,
menurut Lee Chye Xian yang telah menetap selama 75 tahun di bandar Gua Musang
pula, beliau menyatakan bahawa pekan Gua Musang telah dijadikan sebagai sebuah
bandar oleh salah seorang penebang balak6. Hal ini berlaku kerana individu
yang bertanggungjawab dalam menjadikan pekan Gua Musang sebagai sebuah bandar berpendapat
bahawa kawasan ini sangat strategik untuk dibangunkan. Selain itu, melalui
temubual pengkaji bersama Ng Teck Cheng pula, iaitu seorang penduduk yang telah
menetap selama 80 tahun di bandar Gua Musang, beliau telah memberi informasi
kepada pengkaji bahawa pekan Gua Musang telah dijadikan sebagai sebuah bandar oleh
seorang individu yang bernama Ng Ong Chong yang berketurunan Cina7.
Jelaslah bahawa bandar Gua
Musang dahulunya merupakan sebuah pekan, tetapi pekan tersebut telah dijadikan
sebagai sebuah bandar oleh seorang individu yang berketurunan Cina yang juga
merupakan seorang penebang balak. Oleh itu, pengkaji akan mengkaji tentang
perkembangan pembangunan yang telah berlaku di bandar Gua Musang. Namun, tinjauan pengkaji hanyalah dari tahun 1970 hingga
tahun 2000.
Contoh Borang Pemerhatian, Kerja Kursus Pengajian Am, Semester 2
BORANG
PEMERHATIAN 1
Lokasi : Dewan Pusat Sivik (KESEDAR), Gua
Musang, Kelantan.
Tarikh : 19 Februari 2016
Masa : 3.00 Petang – 4.30 Petang
Hari : Jumaat
Tajuk Kajian : Kajian Terhadap Penggunaan Dewan Pusat Sivik
(KESEDAR) Di Gua Musang, Kelantan
Pemerhatian
:
1. Memerhatikan keadaan sekeliling di kawasan Dewan
Pusat Sivik (KESEDAR).
2. Mengenalpasti perkhidmatan-perkhidmatan yang
disediakan di Dewan Pusat Sivik (KESEDAR).
3. Menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan bagi
tujuan menyempurnakan kajian.
4. Memerhatikan majlis yang dijalankan semasa pengkaji
menjalankan kajian.
BORANG
PEMERHATIAN 2
Lokasi : Dewan Pusat Sivik (KESEDAR), Gua
Musang, Kelantan.
Tarikh : 26 Februari 2016
Masa : 4.30 Petang – 6.00 Petang
Hari : Jumaat
Tajuk Kajian : Kajian Terhadap Penggunaan Dewan Pusat Sivik
(KESEDAR) Di Gua Musang, Kelantan
Pemerhatian
:
1. Menghadiri majlis yang diadakan iaitu majlis ilmu.
2. Memerhatikan sambutan penduduk terhadap majlis yang
diadakan.
3. Melihat jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan
kepada penganjur majlis.
BORANG
PEMERHATIAN 3
Lokasi : Dewan Pusat Sivik (KESEDAR), Gua
Musang, Kelantan
Tarikh : 04 Mac 2016
Masa : 4.00 Petang – 6.00 Petang
Hari : Jumaat
Tajuk Kajian : Kajian Terhadap Penggunaan Dewan Pusat Sivik
(KESEDAR) Di Gua Musang, Kelantan
Pemerhatian
:
1. Melihat keadaan persekitaran di dewan sama ada
bersih atau sebaliknya.
2. Menilai tahap kepuasan penduduk terhadap jenis
perkhidmatan yang disediakan
3. Memerhatikan jenis penambahbaikan yang dilakukan di
dewan tersebut.
Kerja Kursus STPM, Pengajian Am, Penggal 2 - Rumusan & Kesimpulan
6.0
RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Kesimpulannya, dewan
merupakan keperluan penting untuk masyarakat sebagai tempat perjumpaan umum
bagi tujuan sosial, politik, pembelajaran dan lain-lain. Selain itu, dewan juga berfungsi sebagai alat
untuk memupuk semangat perpaduan dan kejiranan.
Pada masa yang sama, dewan juga turut digunakan oleh orang ramai sebagai
pusat untuk melaksanakan perkhidmatan kerajaan seperti kempen kesihatan, aktiviti
penerangan dan sebagainya.
Penyediaan
dewan adalah berdasarkan kepada fungsi, kepadatan penduduk, dan jarak
lingkungan kemudahan ini. Terdapat tiga
jenis dewan, iaitu balai raya, dewan orang ramai, dan dewan serbaguna. Balai raya didapati di kawasan luar bandar, manakala,
dewan orang ramai dan dewan serbaguna didapati di kawasan bandar. Dewan
merupakan satu keperluan terutamanya di kawasan-kawasan yang padat dengan
penduduk. Seterusnya, dewan juga boleh
digunakan untuk mengadakan pelbagai program kemasyarakatan, majlis-majlis
keramaian seperti perkahwinan, sambutan perayaan, dan sebagainya.
Sekiranya
tidak terdapat dewan di sesuatu kampung atau bandar, penduduk yang mendiami
kawasan tersebut terpaksa mengadakan majlis-majlis tertentu di tempat-tempat
atau kawasan yang lebih jauh. Hal ini
akan menyusahkan penduduk setempat. Pada
masa yang sama, dewan juga boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti sukan dan
rekreasi yang lain. Perkara ini akan
mengeratkan hubungan di antara masyarakat setempat. Dalam pada itu, dewan juga boleh digunakan
oleh belia-belia untuk tujuan yang lebih berfaedah dan untuk mengelakkan diri
daripada terlibat dengan aktivti-aktiviti yang membinasakan.
Sehubungan
dengan itu, penambahbaikan dewan perlulah dilaksanakan agar dewan yang sedia
ada akan menjadi lebih moden selari dengan peredaran masa yang menuju ke
wawasan 2020. Antara penambahbaikan yang
boleh dilaksanakan terhadap sesuatu dewan ialah dengan menyediakan skrin besar
atau ‘big screen’di setiap dewan yang ditubuhkan. Hal ini akan lebih menarik
minat penduduk untuk berkunjung ke sesuatu dewan tersebut. Seterusnya, penyaman
udara juga dapat menarik minat penduduk untuk berkunjung ke dewan yang
disediakan . Kebanyakkan dewan tidak
menyediakan penyaman udara. Oleh itu, penyediaan penyaman udara adalah
diperlukan kerana penyaman udara penting untuk menarik minat golongan
masyarakat agar berkunjung ke dewan tersebut.
Dewan
Pusat Sivik (KESEDAR) adalah sebuah institusi untuk kegunaan semua lapisan
masyarakat yang tinggal di kawasan Gua Musang.
Antara jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan di Dewan Pusat Sivik
(KESEDAR) di Gua Musang ialah menyediakan kawasan bagi mengadakan majlis
perkahwinan, mempunyai gelanggang badminton untuk kegunaan penduduk,
menyediakan kerusi dan meja yang mencukupi untuk setiap acara, perkhidmatan
yang ditawarkan di dewan ini merangkumi pekerja bagi membantu majlis dan urusan
kerajaan seperti pusat pengiraan undi juga dilaksanakan di dewan ini.
Gelanggang
badminton yang disediakan di dewan ini akan memberi manfaat kepada
penduduk-penduduk yang tinggal di bandar Gua Musang. Antara kabaikan yang bakal diperolehi
penduduk-penduduk yang tinggal di bandar Gua Musang dengan adanya gelanggang
badminton ini ialah, penduduk setempat dapat mengeratkan hubungan silaturahim
sesama penduduk di samping menyihatkan badan.
Sekiranya gelanggang badminton tidak disediakan di dewan ini, sudah
pasti agak sukar bagi penduduk yang tinggal di bandar Gua Musang untuk
mendapatkan kemudahan awam yang dapat membolehkan mereka melakukan aktiviti
kesukanan. Jelaslah bahawa, gelanggang badminton untuk kegunaan
penduduk setempat yang disediakan di Dewan Pusat Sivik (KESEDAR) telah banyak
mendatangkan pelbagai manfaat kepada penduduk di kawasan bandar Gua Musang.
Kesimpulannya,
didapati bahawa masih ramai masyarakat yang tidak mengetahui tentang
jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan di Dewan Pusat Sivik (KESEDAR). Oleh itu, masyarakat haruslah lebih prihatin
agar mereka mengetahui tentang tujuan penubuhan sesuatu dewan. Hal ini demikian kerana umum mengetahui
bahawa tujuan dewan ini tubuhkan tidak lain dan tidak bukan tetapi hanyalah
untuk kebaikan masyarakat yang tinggal di kawasan ini agar mereka memperoleh
pelbagai manfaat.
Proposal Kerja Kursus STPM, Pengajian Am, Penggal 2
TEMA 2 :
PRASARANA – KEMUDAHAN ASAS
ISU :
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI DEWAN PUSAT SIVIK
(KESEDAR)
GUA MUSANG, KELANTAN.
TAJUK :
KAJIAN TERHADAP PENGGUNAAN DEWAN PUSAT SIVIK (KESEDAR)
DI GUA MUSANG, KELANTAN
OBJEKTIF :
1. MENGENALPASTI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI DEWAN
PUSAT SIVIK (KESEDAR) GUA MUSANG,
KELANTAN.
2. MENGKAJI TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI DEWAN
PUSAT SIVIK (KESEDAR) GUA MUSANG,
KELANTAN.
KAEDAH :
1. TEMUBUAL.
2. PEMERHATIAN.
3. RUJUKAN.
4. SOAL
SELIDIK
Kerja Kursus STPM, Pengajian Am, Penggal 2 - Pengenalan
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan
Edisi Ketiga, (2002:halaman 1055) ‘prasarana’ bermaksud keseluruhan kemudahan
dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan bekalan kuasa seperti elektrik,
dan lain-lain yang perlu bagi pembangunan dan kemajuan negara. Pengertian prasarana adalah sesuatu yang
merupakan penunjang utama terselenggaranya suatu proses. Sama ada proses tersebut berupaya sebagai
suatu usaha pembangunan ataupun projek. Manakala,
kemudahan asas pula bermaksud prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan di
tempat awam seperti tandas, pondok telefon awam, tong sampah, tempat berteduh
bagi pejalan kaki dan lain-lain, yang ditempatkan di sepanjang lebuh raya atau
jalan raya, contoh yang lebih jelas bagi kemudahan asas ialah padang permainan
awam, dewan sebaguna, pasar, sekolah dan pejabat kerajaan. Secara asasnya, frasa kemudahan asas,
prasarana, dan infrastruktur tergolong dalam kata sinonim yang mempunyai maksud
yang seerti.
Seterusnya, menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002:halaman 674) ‘perkhidmatan’ pula bermaksud
perihal berkhidmat, bertugas, kerja, usaha, kemudahan dan lain-lain untuk
tujuan kebajikan, keperluan, kepentingan orang ramai dan lain-lain. Perkhidmatan adalah kerja yang dilakukan oleh
seseorang individu atau sekumpulan individu yang memberi manfaat kepada orang
lain tanpa memberi barang atau dalam erti kata lain tanpa memberikan sesuatu
benda. Ini termasuk memberikan tenaga,
kemahiran, kepakaran dan pengalaman yang memberi manfaat kepada orang lain atau
pelanggan. Pada masa yang sama, pembekal perkhidmatan
boleh terlibat dalam aktiviti ekonomi tanpa mengalami batasan seperti perlu
menyediakan stok, inventori atau bahan mentah.
Pelaburan mereka dalam kepakaran memerlukan pemasaran perkhidmatan dan
penambahbaikan yang berterusan untuk menghadapi persaingan. Kebanyakan
perkhidmatan bagaimanapun memerlukan struktur fizikal dan peralatan yang besar,
dan menggunakan sumber yang banyak seperti perkhidmatan ketenteraan dan
perkhidmatan pengangkutan.
Selain itu, menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002:halaman 300) ‘dewan’ bermaksud balai, ruang,
atau tempat untuk diadakan sesuatu seperti persidangan, perjumpaan, forum, ceramah
dan lain-lain. Dewan merupakan satu
keperluan terutamanya di kawasan-kawasan yang padat dengan penduduk. Dewan juga boleh digunakan untuk mengadakan
pelbagai program kemasyarakatan, majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan,
sambutan perayaan, dan sebagainya. Sekiranya
tidak terdapat dewan di sesuatu kampung atau bandar, penduduk yang mendiami
kawasan tersebut terpaksa mengadakan majlis-majlis tertentu di tempat-tempat
atau kawasan yang lebih jauh. Hal ini
akan menyusahkan penduduk setempat. Pada
masa yang sama, dewan juga boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti sukan dan
rekreasi yang lain. Hal ini akan
mengeratkan hubungan di antara masyarakat setempat. Dalam pada itu, dewan juga boleh digunakan
oleh belia-belia untuk tujuan yang lebih berfaedah dan untuk mengelakkan diri
daripada aktivti-aktiviti yang membinasakan.
Manakala, dewan juga
merupakan keperluan penting untuk masyarakat sebagai tempat perjumpaan umum
bagi tujuan sosial, politik, pembelajaran dan lain-lain. Dewan juga berfungsi sebagai alat untuk
memupuk semangat perpaduan dan kejiranan.
Selain itu, dewan juga turut digunakan oleh orang ramai sebagai pusat
untuk melaksanakan perkhidmatan kerajaan seperti kempen kesihatan, aktiviti
penerangan dan sebagainya. Penyediaan
dewan adalah berdasarkan kepada fungsi, kepadatan penduduk, dan jarak
lingkungan kemudahan ini. Terdapat tiga
jenis dewan, iaitu balai raya, dewan orang ramai, dan dewan serbaguna. Balai raya didapati di kawasan luar bandar, manakala,
dewan orang ramai dan dewan serbaguna didapati di kawasan bandar.
Melalui pembacaan buku
yang bertajuk (KESEDAR) Peneraju Transformasi Luar Bandar, pengkaji telah
mengetahui bahawa Dewan Pusat Sivik (KESEDAR) telah ditubuhkan oleh pihak
(KESEDAR) pada tahun 1995. Manakala,
nama sivik diberi kerana dewan ini sentiasa mengadakan majlis-majlis ilmu yang
sentiasa memberikan kesedaran kepada orang ramai. Tujuan dewan ini ditubuhkan pula bagi
mengeratkan hubungan silaturahim di antara masyarakat di bandar Gua Musang. Umum mengetahui bahawa sivik bermaksud ilmu
tatarakyat dan hak serta perasaan tanggungjawab seseorang terhadap masyarakat. Ilmu tatarakyat pula dihuraikan sebagai ilmu
yang berkenaan dengan bagaimana seseorang hidup dalam masyarakatnya. Pendek kata, sivik yang sinonim dengan
perkataan ‘kesedaran’ membawa kita kepada suatu aspek kesedaran mental dan
fizikal untuk hidup bermasyarakat dengan kandungan nilai-nilai
bertanggungjawab, hormat-menghormati, amanah, ikhlas, beretika, bersatupadu dan
sebagainya. Hal ini menyebabkan
perkataan sivik dijadikan nama kepada dewan ini.
Bagi membentuk satu
masyarakat yang berilmiah, pendidikan sivik harus dipupuk dikalangan generasi
muda terutamanya golongan remaja. Hal
ini bertujuan untuk mempertingkatkan semangat patriotik dan nasionalisme dalam
diri mereka agar golongan tersebut dapat lebih memahami negara mereka dari segi
perkembangan ekonomi dan dari segi sistem
politik. Di samping itu, tumpuan perlu
diberi dalam penguasaan dan perkembangan dari segi kemahiran berfikir bagi
membolehkan golongan muda membuat keputusan secara rasional dalam menghadapi
sebarang dugaan masa depan yang kompleks.
Kesimpulannya, Dewan
Pusat Sivik (KESEDAR) merupakan antara salah sebuah institusi yang banyak
memberi impak positif kepada penduduk sekitar bandar Gua Musang. Setelah dewan
ini ditubuhkan, penduduk di sekitar bandar Gua Musang telah mendapat pelbagai
manfaat daripada penggunaan dewan ini. Sekiranya dewan ini tidak ditubuhkan di
bandar ini, sudah pasti penduduk di bandar Gua Musang akan menemui kesusahan
untuk mendapatkan kemudahan asas iaitu dewan bagi mengadakan pelbagai jenis
majlis.
Kerja Kursus STPM, Pengajian Am, Penggal 2 - Metodologi Kajian
4.0
METODOLOGI KAJIAN
Pendahuluan
Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007:halaman 1230) ‘metodologi’ bermaksud sistem
yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan,
disiplin dan sebagainya. Selain itu, metodologi
juga merupakan satu kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kajian ke atas
subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur. Tujuannya adalah untuk menghasilkan kajian
yang baik. Oleh yang demikan, pengkaji
haruslah sedaya upaya memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam
penghasilan kertas projek ini.
Oleh itu, dalam
bahagian ini, pengkaji akan membincangkan tentang reka bentuk kajian, sampel
kajian, batasan kajian, instrument kajian dan prosedur analisis data bagi
menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal. Selain itu, metodologi kajian juga boleh
digunakan bagi memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data sah
dan dipercayai.
4.1
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini
berbentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif.
Kajian tinjauan merupakan satu rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang
berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis data. Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis
penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang
berlaku. Kajian ini adalah untuk
mengenalpasti perkhidmatan yang disediakan di Dewan Pusat Sivik (KESEDAR) Gua
Musang, Kelantan serta mengkaji tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan
yang disediakan di dewan tersebut.
4.2
Instrument Kajian
Instrument ialah
proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi konsep yang berkaitan dengan
sikap, persepsi, pandangan, dan keterangan latar belakang.
Jadual 1 : Kaedah Instrument Kajian.
Kaedah
|
Instrument
|
Kuantitatif
|
Borang Soal Selidik dan Borang
Temubual
|
Kualitatif
|
Rujukan dan Pemerhatian
|
Sumber
: Kajian Lapangan ,2016.
4.2.1
Soal Selidik
Instrument
soal selidik ialah alat pengukur yang popular dalam kajian tinjauan. Borang soal selidik ini dibina mengikut
prinsip Keep It Short and Simple (KISS) iaitu mengemukakan soalan yang mudah
difahami dan ringkas, ( R.Kuberan et al, 2013 ). Borang soal selidik ini mengandungi tiga
bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, dan bahagian C dengan menggunakan skala
likert lima aras.
4.2.2 Temubual
Instrument
temubual mempunyai dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah temubual ini boleh digunakan secara
bersemuka, tidak bersemuka, dan bantuan komputer. Kaedah yang pengkaji gunakan adalah tidak
formal iaitu secara bersemuka yang melibatkan penyelia (KESEDAR) yang bertugas
dalam memajukan dewan tersebut serta dua orang pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan
dewan tersebut. Pengkaji menjalankan
temubual dalam keadaan yang selesa, dan pengkaji juga berwatak sebagai
pendengar yang baik, malahan pengkaji juga mengajukan soalan yang penting itu
dengan jelas dan tepat. Pengkaji telah
menyenaraikan beberapa persoalan bagi menjawab objektif kajian ini.
4.2.3 Rujukan Kepustakaan
Instrument
rujukan utama yang pengkaji perolehi daripada bahan ilmiah seperti buku-buku,
kamus, dan sumber internet yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan
di Dewan Pusat Sivik (KESEDAR) di Gua Musang, Kelantan. Sumber rujukan adalah penting untuk melihat
hasil dapatan terdahulu.
i.
Buku
:
Pengkaji telah menggunakan pelbagai
buku yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih oleh pengkaji. Terdapat pelbagai maklumat yang pengkaji
perolehi daripada beberapa buah buku bagi menambahkan lagi maklumat dalam
kajian ini.
ii.
Kamus
:
Kaedah ini juga dijalankan dengan
cara merujuk kepada Kamus Dewan bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan
tajuk yang dikaji. Melalui kaedah ini,
pengkaji telah berjaya menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.
iii.
Internet
:
Kaedah terakhir yang digunakan oleh
pengkaji ialah melalui internet. Pengkaji
melayari internet bagi membantu dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Oleh
itu, pengkaji telah melayari laman sesawang berkaitan dengan tajuk yang dipilih
oleh pengkaji bagi membantu pengkaji dalam menyiapkan kajian yang dipilih.
4.2.4 Pemerhatian
Instrument
pemerhatian adalah kaedah yang dijalankan secara langsung. Kaedah ini dijalankan semasa lawatan ke Dewan
Pusat Sivik (KESEDAR), Gua Musang. Pengkaji menyediakan borang pemerhatian
jenis terbuka untuk memerhati dan menganalisa dapatan kajian. Pengkaji mencatatkan item-item yang
diperhatikan dan menyediakan gambar-gambar yang berkaitan. Pemerhatian dilakukan dari pagi hingga ke
petang.
4.3
Sampel Kajian
Persampelan
ialah kumpulan manusia, institusi, tempat, atau fenomena yang menjadi sumber
informasi yang diperlukan oleh pengkaji. Pemilihan sampel dalam kajian tinjauan adalah
secara rawak daripada sesuatu populasi yang dikenalpasti. Responden kajian ini terdiri daripada tiga
puluh orang penduduk dari kawasan Taman Wangsa Mewangi, Gua Musang. Mereka terdiri daripada sepuluh orang
perempuan dan dua puluh orang lelaki dari penduduk di kawasan tersebut yang
akan diambil sebagai responden.
Responden terbatas kepada penduduk yang menetap di kawasan Taman Wangsa
Mewangi, Gua Musang dan mengisi borang soal selidik dengan lengkap pada hari
kajian di jalankan. Bagi teknik
persampelan yang digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan teknik
persampelan rawak mudah di mana dengan menggunakan prosedur persampelan ini,
setiap penduduk di kawasan Taman Wangsa Mewangi, Gua Musang mempunyai peluang
yang sama untuk dipilih sebagai responden.
Sampel kajian terdiri daripada tiga puluh orang penduduk dan tiga puluh
borang soal selidik akan diberikan kepada mereka secara rawak mudah untuk memperoleh
data yang lebih tepat. Dalam penggunaan
kaedah secara kuantitatif pula, tiga orang akan dipilih untuk ditemubual.
4.4
Cara Pengumpulan Data
Data dan
maklumat kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai cara seperti dokumentasi,
borang soal selidik, temubual dan borang pemerhatian.
4.4.1
Dokumentasi
Kajian
ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan bertulis yang telah
diterbitkan sepeti buku, dan sumber daripada internet bagi mendapatkan maklumat
berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan di Dewan Pusat Sivik (KESEDAR)
Gua Musang.
4.4.2
Pemerhatian
Kaedah
pemerhatian ini dijalankan selama satu hari di sekitar kawasan Dewan Pusat
Sivik (KESEDAR) Gua Musang, iaitu sebanyak tiga kali atau tiga peringkat. Borang pemerhatian ini adalah jenis borang
pemerhatian terbuka iaitu pengkaji melihat majlis atau perhimpunan tersebut
dijalankan di dewan berkenaan selama tempoh berkenaan. Sesi pemerhatian ini telah dijalankan pada
tarikh 19 Februari 2016, 26 Februari 2016 & 04 Mac 2016 yang berlangsung antara
jam 3.00 hingga 6.00 petang iaitu majlis perkahwinan, majlis ilmu, dan ceramah
perdana.
4.4.3
Soal Selidik
Borang
soal selidik yang sesuai telah pengkaji buat untuk mendapatkan dan mengumpul
maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan secara rawak kepada
responden di kawasan kajian. Borang soal
selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, dan
bahagian C. Bahagian A adalah mengenai
maklumat diri responden. Bahagian B pula
ialah mengenai soalan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan di
Dewan Pusat Sivik (KESEDAR) Gua Musang. Manakala,
bahagian C adalah soalan mengenai tahap kepuasan pengguna terhadap perkhidmatan
yang disediakan di Dewan Pusat Sivik (KESEDAR) Gua Musang. Kajian ini menggunakan skala likert lima aras
iaitu 5 ialah sangat setuju, 4 menunjukkan setuju, 3 ialah tidak pasti, 2 pula
ialah untuk tidak setuju dan akhir sekali 1 ialah sangat tidak setuju. Borang soal selidik ini telah diedarkan
kepada penduduk ketika pengkaji mengunjungi kawasan kediaman mereka yang
terletak berdekatan dengan dewan tesebut.
Borang ini juga diberikan kepada salah seorang pegawai (KESEDAR) yang
bertanggungjawab dalam menjaga perkembangan serta kemajuan dewan berkenaan.
4.4.4
Temubual
Pengkaji
menemubual tiga orang pengguna yang mendapatkan perkhidmatan di Dewan Pusat
Sivik (KESEDAR) Gua Musang. Pengkaji menyediakan borang temubual yang
mengandungi lima belas soalan berstruktur.
Tujuan utama temubual ini adalah untuk mengetahui tentang perkhidmatan
yang disediakan di dewan ini. Pengkaji
mengadakan sesi temubual bersama dengan penduduk yang hadir ke majlis yang
diadakan oleh pengguna dewan ini. Pada
masa yang sama, pengkaji juga menemubual pegawai yang bertanggungjawab ke atas
perkhidmatan yang disediakan di dewan ini.
4.5
Cara Analisis Data
Pada peringkat
akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara deskriptif untuk
menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian untuk menghasilkan laporan
kajian. Data yang telah diperoleh
daripada analisis ini menggunakan kekerapan, peratusan, jadual, graf, dan
carta. Selain itu, pengkaji juga
menganalisis data bagi penyataan yang menggunakan skala likert 5 aras seperti
berikut :
SKALA
|
TANDA
(√)
|
Sangat
Setuju
|
|
Setuju
|
|
Tidak Pasti
|
|
Tidak setuju
|
|
Sangat Tidak Setuju
|
Tuesday, March 21, 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)
Rohani Redzwa
Rohani Redzwa
-
4.0 METODOLOGI KAJIAN Pendahuluan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007:halaman 1230) ‘metodologi’ bermaksud sistem ...
-
1.0 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002:halaman 1055) ‘prasarana’ bermaksud keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asa...
-
BORANG PEMERHATIAN 1 Lokasi : Dewan Pusat Sivik (KESEDAR), Gua Musang, Kelantan. Tarikh : 19 Februari 2016 ...