Saturday, November 21, 2020

Surah Ghafir : Ayat 44


Assalamualaikum, salam subuh, salam kenal buat semua yang baru sahaja mengenali diri ini. Salam bersua kembali kepada yang telah mengenali diri ini

Di sini saya ingin kongsikan satu ayat untuk mereka yang sedang dilanda musibah. Dalam kesedihan. Dalam keresahan. Hati tak tenang. Gundah gulana. Jiwa tak tenteram. Amalkan membaca ayat ni tiap-tiap hari, selepas solat, pada bila-bila masa sahaja, pagi, petang, siang, malam, insyaAllah jiwa akan kembali tenang dan segala keresahan akan hilang dengan izin Allah.

InsyaAllah, tidak kira betapa sedih atau terluka, anda masih mampu tersenyum dan melindungi segala keresahan yang ada dalam diri.

Mari sama-sama kita amalkan. Kongsikan ayat ini pada rakan-rakan anda yang anda rasa memerlukannya. InsyaAllah pahala buat kita semua.

وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

Maksudnya : "Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah, (untuk memeliharaku), sesungguhnya Allah maha melihat akan keadaan hamba-hambanya".

(Surah Ghafir : Ayat 44)


 

No comments:

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa