- ZAMAN PRASEJARAH-Pada zaman ini, manusia masih belum mengenali sistem tulisan.-Kajian terhadap Zaman Prasejarah dan budayanya telah dijalankan oleh ahli arkeologi.-Kajian dilakukan melalui kajian arkeologi ke atas artifak, feature dan ekofak.-Kajian arkeologi digunakan untuk mengetahui kewujudan manusia semasa Zaman Prasejarah.-Kajian ini dilakukan dengan mencari gali bahan-bahan seperti :
- Artifak : Barang yang dicipta oleh manusia seperti kapak.
- Feature : Tinggalan seperti struktur bangunan dan lubang sampah yang tidak dapat diubah.
- Ekofak : Tinggalan seperti tulang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.
-Terdapat empat tahap Zaman Prasejarah iaitu :- Zaman Paleolitik.
- Zaman Mesolitik.
- Zaman Neolitik.
- Zaman Logam. ( Zaman Besi Dan Zaman Gangsa )
Zaman Paleolitik Dan Mesolitik
Petempatan
- Tepi sungai dan tasik.
- Di dalam gua.
Ciri-ciri Utama
- Mereka tinggal di : tepi sungai, tepi tasik, dalam gua.
- Mereka hidup secara nomad iaitu berpindah-randah.
- Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan.
- Kegiatan utama : memungut hasil hutan, memburu binatang, menangkap ikan.
- Alatan batu yang digunakan lebih kasar dan lebih mementingkan fungsi daripada nilai seni.
Zaman Neolitik
-Sistem Barter Wujud Pada Zaman Neolitik.
Ciri-ciri Utama
- Manusia pada zaman ini mula hidup menetap.
- Kegiatan utama mereka adalah, bercucuk tanam dan menternak binatang.
- Mereka mula mencipta alatan batu yang telah dilicinkan yang mempunyai pelbagai fungsi.
- Mereka mula membuat tembikar.
- Pada peringkat akhir Zaman Neolitik, terdapat individu yang berjaya meleburkan logam.
- Sistem barter wujud kerana masyarakat zaman ini tinggal menetap.
- Mereka juga berupaya menghasilkan makanan melebihi keperluan mereka.
- Terdapat pengkhususan pekerjaan dan pembahagian tugasan.
- Mereka juga mempunyai banyak masa untuk menghasilkan artifak yang lebih baik.
Zaman Logam
- Zaman Logam ini terbahagi kepada dua iaitu, Zaman Gangsa & Zaman Besi.
- Pengunaan alat daripada logam menyebabkan manusia pada zaman ini mencipta, Perahu & Rumah.
- Perahu, memudahkan hubungan perdagangan dan pengangkutan antara kawasan. Mereka meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritim.
- Pada zaman ini, telah muncul Pertempatan Besar & Kota Pertahanan.
- Contoh bandar di Zaman Logam ialah Jericho, Jordan ( 8 000 S.M ) & Catal Huyuk, Turki ( 6 500 S.M ).
- Pada Zaman ini, mereka mula mengetahui cara mengebumikan mayat dan mengiringinya dengan bekalan kubur seperti makanan, alatan besi, tembikar & sebagainya.
- Di Tanah Besar Asia Tenggara, Zaman Logam muncul pada sekitar tahun 1 000 - 1 500 S.M. Buktinya, penemuan artifak gendang gangsa yang dihasilkan di Dongson, Vietnam Utara.Guru Sejarah Wannabe.Rohani Redzwa.
Welcome To My World. A place To Share My Stories. Fool me once, your loss. End of story!
Wednesday, October 16, 2013
BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
Monday, April 8, 2013
Maya Karin - Rohani Redzwa
Nampak sama tapi bukan dia? Hahaha, amboih... Kalau betul lah muka aku tang Maya Karin? Untung la, tapi betoi ka? Hahahaha, Maya comel giler weyh... Diaorang cakap sama tang hidung? Hahahahaha....
Kalu betoiii samo noh, aku rasa kening jah eh... Hehe... Tang mana sama lau betoi sama gak eh? Huhuhu, jaoh bezo noh... Lau ada kontrak jadi pontianak gak, kasi aku lah... Hee...
Lau gambaq niem, kawan aku habak kat ku... Sama kat mata? Iye ke? Korang fikir sendiri la... Aku cuma nak berlagak je... Huhuhu, geram weyh... Ramai jugak dup cakap sama, tak de lah sama sangat tapi ada iras-iras lah... Ayah aku yang first person cakap kat aku, aku tak perasan pun... Masa tu aku darjah enam... Bila dia habak kat ku, aku kembang habis la... Apa lagi... Hehehe, tapi lucu... Dia cakap sekarang dah tak sama, muka aku hodoh... Huhuhu, don't take it to hard lah... Gurau-gurau je....
Jeng-jeng-jeng, sebagai penutup... Kita combine semuanya dan korang judge lah sendiri... Sebarang kesulitan tidak akan diterima... Huhuhu, aku pun tak faham ape yang aku cakap... Okay lah, yang tudung tu aku, of course lah korang tau... Lau sakai tu Rohani Redzwa lah... Hehehe.... Bye...
Monday, March 18, 2013
Manusia Ramai Yang Kuat Dengki
Hei, hei... Korang tau tak kat dunia ni ramai yang suka dengki dengan kelebihan dengan orang lain... Aku ingat kan aku je yang kena... Kawan aku cina tu pun kena... Cina dengki sesama cina... Ada ke patot? Kawan aku tu cantik... Nama dia Janice... Ada plak dua ekor cina tu jealous ngan dia... Nak tau sebab ape? Sebab dia cantik je. Hadoi, pelik betul diaorang ni... Nak jadi kan cerita, diaorang dulu kawan rapat... Tapi sejak dua ekor tu dengki ngan dia, diaorang dah tak berkawan dah, tak bercakap dah... Dunia-dunia, nafsu semata-mata... Tengok orang lain lebih sikit daripada kita je nak dengki, ape ke bangang nye... Kawan baek aku dulu pun macam tu. Semua tak kena. Asal aku lebih banyak dari dia je, dia tak puas hati... Mak aih, terok betul perangai dia... So awak-awak semua, beware of those people around you, daa... Yours sincerely, Rohani Redzwa...
Thursday, February 21, 2013
Addmath Is My Family
Hey guys, wanna know something about Addmath, hehe... You know what? Guess what? Today, I realize something.... I'm not quite good in Addmath and I have to face it... I have to take it eventhough I'm not really good in it... Haha, funny right? Nah, nothings funny about it? Guess what? I didn't really like my Addmath teacher because he was so fast in teaching Addmath... Do you really wanna know the truth about Addmath? You can't learn it if you was so stupid in Mathematic... I'm not so good in Modern Math but I force my self to learn Addmath because you can't reject something that you don't even know either you can hadle it or not... Anyway, guess what? My teacher is really annoying.... He was a very choosy person... He only teach the people who he likes the most and he will only ask the person who he felt like asking... He will ask a person who is already good in an Addtional Math... I can't blame me if i'm not good in it... You know what readers, today I got an Addmath period at school after recess time... You know what? He call up all the name of a good student, not all good in Addmath but he called upon the person that he like the most and asked them... For example, Mamat, do u understand? Can you do it? Oh my god... Cilakak betol lah... Haha, he didn't even mention me and asked me either I can do the question or not.... As for me, luckly I understand it and I can do it a little bit... Okay-okay, not a little bit but some... I was so shock he didn't call me up.... I was sitting there right in front of him... Fiuh, bad teacher... You know what? I can never become close to him because I don't even like him... Bahaha, funny weirdo... Anyway, that's all I supposed... Huhu.. Bad teacher, bad teacher... I still like you because you are my teacher... We can never hate the person who is teaching us but if we didn't like them we still have to respect them as our teacher... I respect you teacher eventhough you are not so nice to me, mean teacher, bahaha.... Anyway, what I want to tell all of you is, Addmath is quite hard... Owh, sorry... Not quite hard but Addmath is very hard... I didn't like Addmath at all... Math is fun but Addmath is not so fun.... Addmath owh Addmath, eventhough I didn't like you but I still love you as my family... Welcome Addmath to my world....
Sunday, December 16, 2012
Jom Kenali Orang-Orang Islam
Siapakah orang yang paling manis
senyumannya?
Orang yang paling manis
senyumannya adalah orang-orang yang ketika diuji oleh ujian Allah, mereka
mengucapkan “innalillahiwainnailaihiroji’un” seraya berkata dalam hati “ya
Allah, aku redha atas segala ketetapan darimu” sambil mengukir senyuman tulus
dibibirnya.
Siapakah orang yang terkaya?
Orang yang terkaya adalah orang
yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa dengan kenikmatan dunia yang
sementara ini. Maka bersyukurlah atas nikmat yang kau temui dan berbahagialah.
Siapakah orang yang termiskin?
Orang yang termiskin adalah orang
yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan selalu memenumpuk-numpukkan harta.
Maka janganlah kau menjadi kikir juga dengki.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang
sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan
amal-amal kebaikan. Maka hargailah waktumu dan bersegeralah.
Siapakah orang yang paling
cantik?
Orang yang tercantik adalah orang
yang mempunya akhlak yang baik. Maka peliharalah akhlakmu dari dosa dan noda.
Siapakah orang yang mempunyai
rumah terluas?
Orang yang mempunyai rumah terluas adalah orang mati yang membawa amal-amal kebaikan dan kuburnya akan diluaskan sejauh mata memandang. Maka beramal solehlah selagi sempat dan mampu.
Orang yang mempunyai rumah terluas adalah orang mati yang membawa amal-amal kebaikan dan kuburnya akan diluaskan sejauh mata memandang. Maka beramal solehlah selagi sempat dan mampu.
Siapakah orang yang rumahnya
tersempit?
Orang yang rumahnya tersempit
adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya
menghimpitnya. Maka ingatlah kematian dan kehidupan setelah dunia.
Saturday, July 28, 2012
Bersuci Asas Kebersihan
- Bersuci adalah satu perkara wajib yang dituntut oleh agama. Apabila seseorang hendak beribadat kepada Allah S.W.T. dia hendaklah bersuci terlebih dahulu sama ada hadas besar atau pun hadas kecil dengan menggunakan air atau alat-alat lain yang diharuskan untuk bersuci.
- Hukum bersuci adalah wajib apabila seorang Islam yang cukup syaratnya hendak mengerjakan solat, haji dan ibadat-ibadat yang lain.
- Allah S.W.T. tidak menerima ibadat solat yang dikerjakan oleh hambanya dalam keadaan tidak bersuci.
- Memandangkan betapa pentingnya bersuci kepada orang Islam, maka kita hendaklah mengambil berat tentang kesucian dan kebersihan diri pada setiap masa terutama ketika beribadat kepada Allah S.W.T.
- Bersuci dari segi bahasa ialah membersihkan sesuatu daripada segala kekotoran.
- Pada istilah syarak pula bersuci ialah membersihkan diri, pakaian, dan tempat daripada hadas dan najis.
- Hukum bersuci daripada hadas, najis, dan kekotoran adalah wajib dan menjadi syarat sah sesuatu ibadat.
- Orang dalam keadaan berjunub hendaklah segera bersuci.
Sunday, March 4, 2012
Bab 1 - Pendudukan Jepun Di Negara Kita (Form 3)
Pendudukan Jepun merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah negara kita. Pemerintahan tentera jepun di negara kita berlangsung selama kira-kira tiga tahun setengah iaitu dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Perubahan besar yang berlaku sepanjang tempoh tersebut telah menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat.
Pemerintahan Tentera Jepun
Pemerintahan tentera Jepun di negara kita adalah bercorak ketenteraan.
Pemerintahan tentera Jepun di negara kita adalah bercorak ketenteraan.
Kedatangan Jepun
Kebangkitan Jepun sebagai sebuah kuasa imperialis bermula dengan pemerintahan Maharaja Mikado Meiji pada tahun 1868. Maharaja Mikado Meiji melancarkan pemulihan yang menekankan pemodenan dan perindustrian. Negara-negara Barat dijadikan model untuk memajukan Jepun. Negara China yang mempunyai banyak bahan mentah dan berpotensi menjadi pasaran barangan Jepun menjadi sasaran awal perluasan kuasa jepun. Kemenangan Jepun terhadap Rusia dalam Perang Rusia-Jepun pada tahun 1905, telah menyebabkan Jepun dianggap sebagai sebuah kuasa besar.
- 1895 - Jepun memenangi Perang China-Jepun
- 1905 - Jepun memenangi Perang Rusia-Jepun
- 1910 - Jepun menguasai Korea
- 1932 - Jepun menakluki Manchuria
- 1937 - Jepun memenangi Perang China-Jepun Kedua
- 1941 - Jepun menduduki Indo-China
- 1941 - Jepun menyerang Asia Tenggara
Perluasan kuasa Jepun juga didorong oleh beberapa faktor terutamanya masalah ekonomi di negara tersebut. Pertambahan penduduk Jepun telah menyebabkan tanah pertaniannya semakin berkurangan . Sebagai sebuah negara industri pula, Jepun memerlukan bekalan bahan mentah seperti petroleum, bijih timah dan getah. Di samping itu, Jepun juga memerlukan kawasan pasaran baru untuk memasarkan hasil perindustriannya.
Keadaan semakin mendesak pada tahun 1940, apabila Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun kerana enggan berundur dari negara China. Pihak Jepun berjaya menawan sebahagian negara China setelah meletus Perang China-Jepun Kedua pada tahun 1937. Tindakan Amerika Syarikat itu menyebabkan kerajaan Jepun yang dikuasai oleh golongan tentera pimpinan Jeneral Tojo menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan Jepun daripada sekatan tersebut. Golongan tentera telah mengambil alih pemerintahan negara Jepun sejak bulan Februari 1936.
Sebelum menyerang Tanah Melayu, pihak Jepun telah menggunakan propaganda untuk mempengaruhi penduduk tempatan di negara kita dengan slogan-slogan seperti "Asia Untuk Orang Asia" dan "Semangat Asia". Slogan-slogan ini jelas berunsur antipenjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara Timur. Begitu juga dengan rancangan "Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya" oleh pihak Jepun. Strategi ini berkesan sehingga kehadiran tentera Jepun tidak begitu dirasakan sebagai penjajah baru menggantikan British. Peristiwa ini memberi iktibar kepada kita bahawa slogan yang baik perlu dalam melaksanakan sesuatu misi. Walaupun begitu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita sepatutnya lebih berhati-hati terhadap propaganda dari luar.
Kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu bermula apabila tentera Jepun mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) dan di Pantai Sabak, Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun yang mendarat di Thailand terus mara ke Jitra, Kedah. Kemudian, tentera Jepun berpecah dua, sepasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan ke Selatan melalui pesisiran pantai Barat. Sepasukan lagi, mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat. Sementara itu, tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu pula mara ke selatan mengikut jalan darat negeri-negeri pantai timur.
Di Sarawak, tentera Jepun mendarat di Miri. Dari Miri, tentera Jepun berpecah kepada dua pasukan. Pasukan yang pertama ke Kuching dan kemudiannya ke Sibu. Pasukan yang kedua pula mara ke Sabah melalui Labuan dan seterusnya Sandakan. Kemudian, tentera Jepun mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri ini terutamanya di bandar-bandar besar.
Cara Kemaraan Tentera Jepun
- Kapal terbang perang digunakan oleh pihak Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu. Kapal ini juga memberi perlindungan kepada tentera darat.
- Kereta kebal penggempur yang digunakan oleh tentera Jepun berjaya memaksa tentera British berundur. Tentera Jepun juga menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan.
- Tentera Jepun menggunakan bot untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai.
- Tentera Jepun menggunakan basikal untuk melalui jalan yang sempit bagi mempercepatkan perjalanan tanpa disedari oleh tentera British.
- Peperangan mengakibatkan banyak bangunan musnah.
- Peperangan hanya membawa kemusnahan, menang jadi arang, kalah jadi abu.
- Peperangan menghancurkan tamadun manusia. Bangunan muzium Selangor musnah diserang tentera Jepun.
- Jambatan Guillemard di Kuala Krai diletupkan oleh tentera British untuk menyekat kemaraan tentera Jepun.
- Kelengkapan perang tentera Jepun.
- Pakatan Jepun-Thailand.
- Taktik serangan Jepun.
- Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM).
- Semangat tentera jepun.
- Kelemahan tentera British.
- Perancangan awal perang.
- Stesen Kereta Api Tanjong Pagar diberi nama baru iaitu Stesen Kereta Api Syonan.
- Nama persatuan perdangangan yang menggunakan bahasa Jepun.
- Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar.
- Murid sekolah dan kakitangan kerajaan dipaksa menyanyikan "Kimigayo".
- Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA).
- Force 136.
- Askar Melayu Setia (AMS).
- Pasukan Wataniah Pahang.
- Gerila Kinabalu.
- Pasukan Gerila Datu Mustapha.
- Pasukan Gerila Di Sandakan.
- Penentangan Di Pesisir Pantai Sarawak.
- Politik.
- Ekonomi.
- Sosial.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
1.0 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002:halaman 1055) ‘prasarana’ bermaksud keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asa...
-
4.0 METODOLOGI KAJIAN Pendahuluan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007:halaman 1230) ‘metodologi’ bermaksud sistem ...
-
Assalamualaikum, salam subuh, salam kenal buat semua yang baru sahaja mengenali diri ini. Salam bersua kembali kepada yang telah mengenali d...









