Monday, January 6, 2014

Ayat Kefahaman - Layanan Baik Terhadap Orang Bukan Islam

Maksud Surah At-Taubah Ayat 6 :

  • Dan jika seseorang daripada kaum Musyrikin meminta perlindungan kepadamu untuk memahami Islam, maka berilah perlindungan kepadanya sehigga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah tentang hakikat Islam, kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui hakikat Islam. 
Intisari Ayat At-Taubah, 6 :

  • Orang yang beriman wajib memberi perlindungan kepada orang bukan Islam.
  • Tujuannya ialah untuk menerangkan ajaran Islam kepada mereka.
  • Selesai perlindungan, orang itu hendaklah dihantar ke tempat yang aman.
Kepentingan Memberi Layanan Baik Kepada Orang Bukan Islam :

  • Mewujudkan keharmornian dalam kehidupan.
  • Menunjukkan contoh yang baik dan berusaha menyampaikan Islam dengan cara yang sesuai.
  • Bergaul dengan cara yang baik dan tidak bertindak kasar dengan mereka.
  • Menjaga hubungan baik dengan mereka.
  • Menganjurkan sesi perbincangan dengan orang bukan Islam tentang Islam.

Fakta :

  • Islam adalah agama yang menganjurkan kedamaian.
  • Perkataan Islam berasal dari perkataan salam yang bermaksud sejahtera dan damai.

Kesan Peperangan & Kedamaian :

Kesan Kedamaian :

  • Rakyat hidup selesa, aman dan damai.
  • Tumpuan dapat diberikan terhadap pembangunan negara.
  • Ekonomi akan kukuh dan prasarana pendidikan berjalan dengan lancar.

Kesan Peperangan :

  • Kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.
  • Kemajuan terbantut dan prasarana pendidikan tidak dapat disediakan.
  • Ekonomi negara akan hancur dan memerlukan masa yang lama untuk memulihkannya kembali.

Di Dalam Ayat Di Atas, Allah S.W.T. Memerintahkan Orang Islam Supaya Memberi Pelindungan Kepada Orang Bukan Islam :

Apakah sebab diperintahkan perlindungan tersebut ?

  • Kerana mereka golongan yang tidak mengetahui hakikat agama Islam.
Nyatakan bentuk perlindungan yang boleh diberikan?

  • Menjaga keamanan orang bukan Islam.
  • Menolong mereka apabila mereka menghadapi musibah atau kesusahan.
  • Memberikan mereka perlindungan dan tempat tinggal.
Jelaskan kesan positif perlindungan yang boleh diberikan ?

  • Islam akan lebih dihormati.
  • Syiar Islam akan berkembang.
  • Islam menjadi contoh dan model kepada agama lain.
  • Meringankan beban yang ditanggung oleh orang bukan Islam.
  • Mereka akan memahami Islam dengan lebih mendalam.
Apakah tujuan Islam memberi perlindungan kepada orang bukan Islam?

  • Untuk menyampaikan ajaran Islam kepada orang bukan Islam.
  • Memimpin orang bukan Islam ke jalan yang benar.
  • Membuktikan bahawa Islam merupakan agama yang mulia.
Cadangkan cara memberi pelindungan kepada orang bukan Islam yang berminat ke arah Islam ?

  • Memastikan hak-hak mereka dijaga.
  • Memastikan kebajikan mereka dijaga.
  • Mewujudkan suasana aman dan sentosa.
  • Bergaul dengan orang Islam dengan cara yang baik.
  • Tidak bertindak kasar dengan mereka.
  • Tidak menakut-nakutkan mereka.
Nyatakan cara-cara berdakwah yang disebut dalam ayat di atas :

  • Memberi perlindungan.
  • Menghantar ke tempat yang aman.
  • Memberi penerangan tentang hakikat Islam.
Terangkan persediaan umat Islam untuk menghadapi musuhnya :

  • Berkemahiran menggunakan senjata.
  • Mempunyai kepakaran merangka strategi yang baik.
  • Menguasai ilmu pengetahuan.
  • Memastikan umat Islam sentiasa berada dalam fizikal yang baik.
  • Menyediakan alat peperangan yang mencukupi.
Terangkan pengajaran ayat di atas :

  • Kita diwajibkan memberi perlindungan kepada orang bukan Islam untuk menyampaikan dakwah.
  • Wajib menunjukkan teladan yang baik kepada orang bukan Islam.
  • Wajib memberitahu dan menyampaikan mengenai Islam kepada orang bukan Islam.

Soalan Tambahan :

Berdasarkan ayat di atas, terangkan dua kebaikan melaksanakan suruhan memberi perlindungan :

  • Syiar Islam akan berkembang.
  • Islam menjadi contoh kepada agama-agama lain.
Ayat di atas menjelaskan bahawa dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara, terangkan cara-cara berdakwah kepada rakan sebaya di sekolah untuk meningkatkan disiplin mereka :

  • Bergaul dengan rakan dan mendekati mereka.
  • Menjadi contoh kepada rakan-rakan sebaya.
  • Memberi khidmat nasihat kepada mereka.
  • Berdialog dan bertukar fikiran.
Namakan pertubuhan-pertubuhan yang berperanan membantu orang yang baru memeluk Islam di Malaysia :

  • Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
  • Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
  • Majlis @ Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.
  • ABIM.
  • JAKIM.
  • IKIM.

Thursday, October 31, 2013

Saya Tak Garang

 
Wanita yang garang sebelum kahwin. Insya-Allah, akan menjadi wanita yang sangat manja dan romantis, selepas kahwin. Kerana garang dengan lelaki yang bukan suaminya itu, ialah akhlaknya. Dan kerana manja dan mengada kepada suaminya itu, ialah kewajipannya.

Ape Itu Gedik?

Gedik!!! Ape itu gedik? Macam saya? Eh, tak la. Hehe, perasan je. Gambar ok, hanya gambar. Haha. Nevermind, you all judge me. Tapi judge2 pun, x semua yang dijudge tu betul. Hehe.

Gedik ialah, jeng-jeng-jeng, hehe.

Gedik ialah :
  • Gedik ialah perangai terlebih manja yang sehingga memperlihatkan keadaan yang membuatkan kita rasa loya, geli, nak muntah and menjengkelkan.
  • Act cute, berlagak manja dan suka terkinja-kinja.
  • Buat apa pun semuanya over, ni melebih-lebih la. Depan cikgy berlagak baik gitu.
  • Gedik ialah poyo untuk perempuan.
  • Mengada-ngada terutamanya depan orang ramai. Berlagak macam budak kecil sedangkan umur dah tua atau dewasa. 
  • Publisiti murahan.
  • Gedik semulajadi pun ada, dari lahir memang dah gitu. Contohnya, ayat dia. Terus gue harus bilang wow gitu? Double iuuu, double yucks, double wow gitu. Haha, ni ayat minah-minah gedik ok. Hehe.
  • Suara akan merengek-rengek di depan lelaki. 
Versi Rohani Redzwa

Tips Menjadi Diri Sendiri


Mengumpulkan Kelebihan Diri Sendiri
Pasti kamu akan mengetahui kelebihan diri kamu sendiri dan ternyata kamu memiliki bakat yang tidak dimiliki oleh orang lain.

Bersikap Tegas
Sikap keras akan membantumu dalam mengekspresikan diri secara langsung dan jujur.

Belajarlah Mengatakan Hal-hal Yang Positif Pada Diri Sendiri
Dengan ini kamu akan lebih menghargai dirimu sendiri.
 
Belajarlah Menyelesaikan Masalah Diri Sendiri
Dengan begitu kamu akan semakin bijak dalam menghadapi  apa jua cabaran tanpa pertolongan sesiapapun.

Bantulah Orang Lain
Setiap kali kamu membantu orang lain, kamu juga menolong dirimu sendiri.

Hormatilah Pilihan dan Keputusan Dirimu Sendiri
Berpegang teguhlah pada keyakinan yang kamu anggap benar. Kalau kamu tidak menghormati keputusanmu, bahkan pula orang lain.

Menerima Diri Sendiri Apa Adanya
Langkah ini menjadi penting dan berada di urutan pertama kerana membenci diri sendiri tidak pernah ada baiknya. Langkah ini ada di urutan pertama agar kita mampu menentukan point-point penting menemukan kelebihan yang ada di dalam diri. Ada orang yang memerlukan waktu bertahun-tahun untuk menemukannya, ada juga yang mencuba terus dan fokus sehingga mampu lebih cepat menemukan kelebihan dalam dirinya.

Kita Tidak Akan Pernah Boleh Menyenangkan Semua Orang
Perlu dicatatkan bahwa kita tidak akan mampu membuat semua orang senang dengan kita, tentunya ada satu atau dua yang akan membenci kita. Bahkan ada orang yang membenci tokoh-tokoh besar seperti Mat Salleh, Tok Janggut dan lain-lain, meskipun mereka juga sangat dikagumi orang lain. Hal pentingnya, berhentilah berusaha untuk selalu tampil seperti yang diinginkan orang lain hanya untuk membuat mereka senang. Tapi jadilah apa adanya, dan biarkan mereka menerima kita demikian adanya. Berpura-pura menjadi orang lain untuk bisa diterima hanya akan melelahkan kita sahaja.

Menerima Perkara Negatif Yang Ada Dalam Diri
Ketika ada seseorang yang tidak suka dengan anda, terimalah dan jangan bereaksi berlebihan. Memang pada kenyataannya akan ada satu atau dua orang yang merasa insecure atau tidak menyukai keberadaan kita, tetapi biarkan sahaja, jangan terlalu diambil hati. Tetap fokus meningkatkan kemampuan diri untuk menjadi lebih baik.
Versi Rohani Redzwa

Quotes About Behavior

If you put good apples into a bad situation, you’ll get bad apples. Get it? Lau tak faham, boleh tanya Rohani Redzwa. Dia pun tak perfect. Tapi dia faham.

The weirder you're going to behave, the more normal you should look. It works in reverse, too. When I see a kid with three or four rings in his nose, I know there is absolutely nothing extraordinary about that person.

If you can understand human behavior, it can’t hurt you nearly as much.

Thats all from me. Yours sincerely, Rohani Redzwa. Ditulis dengan penuh keikhlasan...

Sunday, October 27, 2013

Physics Form 4 - Heat

Thermal Equilibrium - Keseimbangan Terma :

  • Thermal equilibrium is when two objects that are at different temperatures balance each other out. The higher temperature object will transfer heat to the lower temperature object until they are at the same temperature level.

Relationship Between Temperature And Heat :
  1. Temperature is a measure of the degree of hotness of the body.
  2. A hot body has a high temperature whereas a cold body has a low temperature.
  3. Heat is a form of energy being transferred from a hot body to a cold body.
  4. The total amount of heat in a body depends on the mass, material and temperature of the body.
  5. Heat and temperature are two different physical quantities.

Physics Form 4 - Pressure

Concept Of Pressure
  1. Pressure, P is define as the force acting normally per unit area.
  2. Pressure is a scalar quantity and a derived quantity.
  3. Pressure = Force/Area, P = F/A.
  4. Where F = Force in newtons (N). 
  5. A = Area in contact in square metres, m2   
  6. The symbol of pressure is P.
  7. The SI unit of pressure is the pascal (Pa). 
  8. Non SI units used for measuring pressure include mm HG, mm air or atmosphere (atm).
  9. Pressure increases when the surface area decreases.
  10. Pressure increase when the acting force increases.
Applications Of Pressure
  1. The strap of a handbag may be fixed with a piece of leather.
  2. The piece of leather reduces the pressure acting on the shoulder by increasing the area of the handbag in contact with the shoulder.
  3. A person lying on a plank fixed with a thousand nails will not feel painful.
  4. If the person lies on a plank fixed with only a few nails, he will feel painful.
  5. This is because the total area of the thousand nails in contact with the body is large and this reduces the pressure.
  6. Cutting meat or vegetables is easier using a sharp knife compared to a blunt one. 
  7. This is because the cutting edge of the knife has a very small area and produces a higher pressure. This makes the blade push through and cut easily.
  8. Studs on the soles and heels of a pair of football boots have small areas in contact with the ground.
  9. These produce high pressure to make the studs sink easily into the ground and give extra grip while running.

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa