Friday, April 13, 2018

Contoh Pengenalan Students In Enterprise Programme (SIEP) by Rohani Redzwa

1.0 PENGENALAN

Program Students In Enterprise Programme (SIEP) bagi Modul 1 dijalankan selama 5 hari. Latihan ini dikhususkan khas untuk pelajar perintis fakulti Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi mendedahkan pelajar tentang dunia perniagaan, mempraktikkan apa yang dipelajari di Universiti serta untuk mempelajari pengurusan perniagaan secara lebih dekat serta terperinci.

                        Pada masa yang sama, latihan ini juga telah memberikan ruang kepada pelajar untuk memahami, mempelajari dan juga menguasai bidang-bidang tertentu dalam sesebuah industri ataupun syarikat. Secara tidak langsung, latihan ini akan memberikan pengalaman yang berguna serta bermakna kepada para pelajar setelah tamat pengajian.

1.1 PENGENALAN SYARIKAT

Pengkaji telah memilih syarikat Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa Pasir Puteh Berhad sebagai tempat latihan SIEP. Syarikat ini terletak di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa, yang berada di Kampung Selising, di daerah Pasir Puteh, Kelantan.

                        Tujuan pengkaji memilih syarikat ini sebagai tempat bagi pengkaji laksanakan latihan SIEP adalah kerana pengkaji merasakan bahawa, melalui latihan yang dilaksanakan di syarikat yang mewakili koperasi-koperasi sekolah di Malaysia, yang agak sedikit berbeza berbanding dengan segelintir syarikat seperti perniagaan runcit, pengkaji akan memperoleh pengetahuan yang agak berbeza serta bermanfaat.

                        Perbezaan yang dimaksudkan oleh pengkaji adalah, syarikat-syarikat lain sebagai contoh seperti perniagaan runcit, berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Manakala, koperasi-koperasi sekolah pula berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Oleh itu, pengkaji memutuskan untuk melaksanakan latihan SIEP di syarikat ini kerana pengkaji beranggapan bahawa latihan di syarikat ini sedikit berbeza dengan latihan yang dilaksanakan oleh pengkaji-pengkaji lain.

                        Selain itu, pengkaji juga memilih syarikat ini sebagai tempat bagi pengkaji melaksanakan latihan SIEP adalah kerana syarikat ini terletak berhampiran dengan kawasan kediaman atau perumahan pengkaji. Perkara ini akan memudahkan pengkaji untuk pergi ke kawasan latihan tanpa menimbulkan sebarang kerumitan terhadap pengkaji bagi meneruskan urusan pergi dan balik ke kawasan latihan tersebut.

                        Oleh itu, pengkaji telah berjaya melaksanakan latihan SIEP di Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa Pasir Puteh Berhad tanpa sebarang masalah ekoran daripada beberapa faktor positif yang telah pengkaji amati. Jelaslah bahawa sebarang keputusan yang dilaksanakan oleh seseorang pengkaji akan memberikan impak terhadap hasil sesuatu urusan yang dilaksanakan.

1.2 SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT

Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa Pasir Puteh Berhad telah didaftarkan pada 09 September 1970. Pada waktu ini, nama syarikat ini adalah Sharikat Kerjasama Jimat Chermat Murid-Murid Sekolah Bekerjasama-Sama Menengah Rendah Bukit Jawa Dengan Tanggongan Berhad.

                        Namun, syarikat ini telah dikenali sebagai syarikat Kerjasama Jimat Chermat Murid-Murid Sekolah Menengah Rendah Bukit jawa setelah berjaya didaftarkan di bawah Ordinan Syarikat Bersama-Sama 1948. Pendaftaran syarikat ini telah disahkan oleh Mohamad Yob bin Busu, iaitu pendaftar bagi syarikat bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu.

                        Setelah ditandatangani dan disahkan oleh pendaftar bagi syarikat bersama-sama Persekutuan Tanah Melayu, mengikut Fasal 7 Ordinan Sharikat Bersama-Sama Tahun 1948, syarikat ini mula beroperasi. Oleh kerana nama syarikat ini tidak mendapat persetujuan yang sepakat oleh ahli-ahlinya, nama syarikat ini terpaksa ditukar.

                        Pada 29 Julai 1995 syarikat ini telah memohon untuk menukar nama baharu iaitu Koperasi Sekolah Menengah Bukit Jawa Pasir Puteh Berhad. Permohonan ini telah diluluskan oleh mesyuarat agung dan telah didaftarkan di bawah subseksyen 18(3) Akta Koperasi 1993. Nama baharu syarikat ini telah dikuatkuasakan pada 23 Disember 1995.

                        Seterusnya, pada 03 Jun 1996, syarikat ini telah diterima menjadi ahli Angkasa dengan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan dengan bilangan pendaftaran yang bernombor 4580. Serta sijil perakuan keahlian ini telah dikeluarkan pada 25 November 2000. Pada masa yang sama, pada tahun 2000 juga nama syarikat ini telah ditukar kepada Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa Pasir Puteh Berhad dan kekal sebagai nama ini sehingga ke hari ini.

Penat Bukan Penghalang Untuk Terus Berjaya

Assalamualaikum. 
Doakan ketabahan saya untuk mengharungi liku-liku kehidupan di Universiti ini. Sedikit penat tapi percaya usaha yang tidak putus akan membuahkan hasil yang tak disangka-sangkakan.
#BudakMultimedia

INTERVIEW BERJALAN DENGAN LANCAR

Assalamualaikum kepada semua.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kebaikan buat saya. Alhamdulillah, interview tadi berjalan dengan lancar dan saya telah diterima untuk menyambung pengajian dalam bidang multimedia.

Selama dua semester saya struggle dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda ini, harini saya memperoleh berita yang tak disangka-sangkakan.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, tak terkata.
Minat yang mendalam telah lama saya pendam, namun harini Allah telah memakbulkan doa saya.
Benarlah bahawa kemenangan selalu menanti mereka yang sentiasa bersabar.
Memang tak dijangka.

Yang mane tak berpeluang, saya harap anda jangan bersedih, ingat satu perkara je bahawa Allah is the best planner.

Ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Masih ada peluang untuk anda dalam bidang-bidang lain.
Sekali lagi, terima kasih semuanya.

Tuesday, January 9, 2018

ZAIMINAENADSHANI

ZAIMINAENADSHANI. Anugerah terindah dalam hidupku. Thanks korang hadir dalam hidup aku. 2017 merupakan tahun yang terindah buat aku kerana korang hadir bagaikan penyeri hidupku. Mengenali korang telah mendewasakan aku, mengajar aku untuk berdikari dan mengajar erti kedewasaan. Mengajar erti perkongsian, tidak kira apa jua, terutama kasih sayang. Mengajar aku erti saling bantu-membantu. Mengajar aku erti keikhlasan. Mengajar aku banyak perkara yang belum pernah aku belajar sebelum mengenali korang. Sumpah, korang sahabat yang terindah dan terbaik yang pernah aku miliki. Zai, gadis yang sangat tabah, sentiasa sabar dengan karenah kami semua. Mimi, si penyeri hidupku, gadis paling manis. Naemah, si gadis kental, diam-diam si ubi berisi. Nad, si gadis yang penuh celoteh, sentiasa menghiburkanku. Sha, si penyayang, sentiasa membantu kami, walaupun diri sendiri sentiasa diuji, tak kan istirehat selagi dia tidak berjaya membantu kami semua. Malam ni malam terakhir kita bersama. Jumpa korang bulan depan. InsyaAllah!

Monday, January 8, 2018

Throwback Gambar 2017

Hye! Tumpang lalu boleh?

Muka termenung menantikan ketibaan tahun 2018.

Maklum la dah puas hidup dalam tahun 2017.

Wah, bumi dah semakin tua.

😍😍😍

Tiada Manusia Sempurna Di Dunia Ini

Aku nakal tapi berakal! 

Muka Kembang Itu Normal

Hani, Hani. Lemak tepu ke lemak ape tu. Muka makin gemuk. Allah hu akhbar!

What have you done to your face Hani? 

Kembang gila muka kau.

Setiap orang kalau stress, ada stress reliever masing-masing.

Aku kalau stress aku tak cakap banyak aku just ambik alat-alat solek aku, aku tonyohkan aje kat muka aku.

Tadaa, and inilah hasilnya.

Mungkin ni makeup versi ntah apa-apa sebab aku bukan hebat sangat bermain makeup. Tapi minat tu sangat mendalam.

Yang nak mengutuk tu aku okay je. 😊😊😊

Tapi just nak share kepada semua yang aku punya stress reliever adalah bermain makeup.

Bila aku makeup je aku akan rasa tenang. Sebab tu dah memang aku punya passion.

Kalau mood aku betul-betul nak makeup. Aku akan makeup sehabis-habis lama.

Orang lalu ke orang buat ape jelah, aku takkan hiraukan dah.

One thing about makeup yang aku rasa sangat mencabar adalah bila pakai eyeshadow dan mascara.

Mascara kalau tak menjadi memang sangat-sangat stress la. Hahaha.

Eyeshadow plak, teknik nak blend kan dia tu amat-amat lah memerlukan kesabaran.

Nak pakai eyeshadow punyalah susah, tapi bila dah pakai, sikit je effect dia. Hahaha.

Tapi bila pegang je alat-alat makeup, tak tahu lah kenapa, aku akan rasa tenang sangat.

Sebab tu kadang-kadang aku rasa serabut, aku akan terus makeup muka aku.

Orang tanye nak gi mane pakai gini? Aku akan jawab, stress. Hahaha.

Serius aku tak tipu! 😅

Gambar sekadar hiasan semata-mata. Takde kaitan antara yang hidup mahupun yang sudah mati.

#MakeupNHaniTakBolehDipisahkan

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa