Welcome To My World. A place To Share My Stories. Fool me once, your loss. End of story!
Monday, May 15, 2017
Wednesday, May 3, 2017
I DON'T GIVE A DAMN
Dear haters, sila meninggal. To all my haters, I don't need you guys to guide me.
*Behind my smile, there's a story you would never understand.
#IDontGiveADamn
#RohaniRedzwa
Monday, March 27, 2017
Saturday, March 25, 2017
Contoh Pengenalan, Kerja Kursus Sejarah, Semester 2
1.0
PENGENALAN
Umum
mengetahui bahawa bandar Gua Musang merupakan sebuah bandar yang terletak di
Selatan Negeri Kelantan1. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan
bandar ini tidak dibangunkan dengan kadar yang segera, antaranya ialah kawasan
ini terletak agak jauh daripada pusat pentadbiran negeri. Namun, bandar Gua
Musang telah menunjukkan berlakunya perkembangan dari tahun 1970 hingga tahun
2000.
Sebelum tahun 1976, kawasan
ini diletakkan di bawah pusat pentadbiran Jajahan Hulu Kelantan yang merangkumi
kawasan Kuala Krai dan Gua Musang. Pusat pentadbiran ketika itu terletak di
Kuala Krai. Selain itu, dari segi perkembangan, bandar Gua Musang boleh
dikategorikan sebagai sebuah bandar yang agak pesat berkembang. Sebelum kawasan ini dijadikan
sebagai sebuah bandar, ia merupakan sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai pekan
Gua Musang yang diselusuri oleh jalan kereta api2.
Kawasan
ini terletak kira-kira seratus enam puluh kilometer di Hulu Kelantan di Selatan
Kuala Krai3. Terdapat sebuah bukit di bahagian timur pekan ini yang
dikenali sebagai bukit Gua Musang yang mempunyai ketinggian sebanyak seratus
lima meter4. Menurut Encik Alias bin Muhammad, iaitu seorang
penduduk yang tinggal di kampung Limau Kasturi yang ditemubual oleh pengkaji,
beliau menyatakan bahawa sebelum pekan ini diterokai dan dijadikan sebagai sebuah
bandar, kawasan ini dahulunya merupakan kawasan yang menjadi tumpuan bagi
pembalak-pembalak yang tinggal di kawasan Gua Musang untuk mendapatkan bekalan
balak5.
Seterusnya,
menurut Lee Chye Xian yang telah menetap selama 75 tahun di bandar Gua Musang
pula, beliau menyatakan bahawa pekan Gua Musang telah dijadikan sebagai sebuah
bandar oleh salah seorang penebang balak6. Hal ini berlaku kerana individu
yang bertanggungjawab dalam menjadikan pekan Gua Musang sebagai sebuah bandar berpendapat
bahawa kawasan ini sangat strategik untuk dibangunkan. Selain itu, melalui
temubual pengkaji bersama Ng Teck Cheng pula, iaitu seorang penduduk yang telah
menetap selama 80 tahun di bandar Gua Musang, beliau telah memberi informasi
kepada pengkaji bahawa pekan Gua Musang telah dijadikan sebagai sebuah bandar oleh
seorang individu yang bernama Ng Ong Chong yang berketurunan Cina7.
Jelaslah bahawa bandar Gua
Musang dahulunya merupakan sebuah pekan, tetapi pekan tersebut telah dijadikan
sebagai sebuah bandar oleh seorang individu yang berketurunan Cina yang juga
merupakan seorang penebang balak. Oleh itu, pengkaji akan mengkaji tentang
perkembangan pembangunan yang telah berlaku di bandar Gua Musang. Namun, tinjauan pengkaji hanyalah dari tahun 1970 hingga
tahun 2000.
Contoh Borang Pemerhatian, Kerja Kursus Pengajian Am, Semester 2
BORANG
PEMERHATIAN 1
Lokasi : Dewan Pusat Sivik (KESEDAR), Gua
Musang, Kelantan.
Tarikh : 19 Februari 2016
Masa : 3.00 Petang – 4.30 Petang
Hari : Jumaat
Tajuk Kajian : Kajian Terhadap Penggunaan Dewan Pusat Sivik
(KESEDAR) Di Gua Musang, Kelantan
Pemerhatian
:
1. Memerhatikan keadaan sekeliling di kawasan Dewan
Pusat Sivik (KESEDAR).
2. Mengenalpasti perkhidmatan-perkhidmatan yang
disediakan di Dewan Pusat Sivik (KESEDAR).
3. Menghadiri majlis perkahwinan yang diadakan bagi
tujuan menyempurnakan kajian.
4. Memerhatikan majlis yang dijalankan semasa pengkaji
menjalankan kajian.
BORANG
PEMERHATIAN 2
Lokasi : Dewan Pusat Sivik (KESEDAR), Gua
Musang, Kelantan.
Tarikh : 26 Februari 2016
Masa : 4.30 Petang – 6.00 Petang
Hari : Jumaat
Tajuk Kajian : Kajian Terhadap Penggunaan Dewan Pusat Sivik
(KESEDAR) Di Gua Musang, Kelantan
Pemerhatian
:
1. Menghadiri majlis yang diadakan iaitu majlis ilmu.
2. Memerhatikan sambutan penduduk terhadap majlis yang
diadakan.
3. Melihat jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan
kepada penganjur majlis.
BORANG
PEMERHATIAN 3
Lokasi : Dewan Pusat Sivik (KESEDAR), Gua
Musang, Kelantan
Tarikh : 04 Mac 2016
Masa : 4.00 Petang – 6.00 Petang
Hari : Jumaat
Tajuk Kajian : Kajian Terhadap Penggunaan Dewan Pusat Sivik
(KESEDAR) Di Gua Musang, Kelantan
Pemerhatian
:
1. Melihat keadaan persekitaran di dewan sama ada
bersih atau sebaliknya.
2. Menilai tahap kepuasan penduduk terhadap jenis
perkhidmatan yang disediakan
3. Memerhatikan jenis penambahbaikan yang dilakukan di
dewan tersebut.
Kerja Kursus STPM, Pengajian Am, Penggal 2 - Rumusan & Kesimpulan
6.0
RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Kesimpulannya, dewan
merupakan keperluan penting untuk masyarakat sebagai tempat perjumpaan umum
bagi tujuan sosial, politik, pembelajaran dan lain-lain. Selain itu, dewan juga berfungsi sebagai alat
untuk memupuk semangat perpaduan dan kejiranan.
Pada masa yang sama, dewan juga turut digunakan oleh orang ramai sebagai
pusat untuk melaksanakan perkhidmatan kerajaan seperti kempen kesihatan, aktiviti
penerangan dan sebagainya.
Penyediaan
dewan adalah berdasarkan kepada fungsi, kepadatan penduduk, dan jarak
lingkungan kemudahan ini. Terdapat tiga
jenis dewan, iaitu balai raya, dewan orang ramai, dan dewan serbaguna. Balai raya didapati di kawasan luar bandar, manakala,
dewan orang ramai dan dewan serbaguna didapati di kawasan bandar. Dewan
merupakan satu keperluan terutamanya di kawasan-kawasan yang padat dengan
penduduk. Seterusnya, dewan juga boleh
digunakan untuk mengadakan pelbagai program kemasyarakatan, majlis-majlis
keramaian seperti perkahwinan, sambutan perayaan, dan sebagainya.
Sekiranya
tidak terdapat dewan di sesuatu kampung atau bandar, penduduk yang mendiami
kawasan tersebut terpaksa mengadakan majlis-majlis tertentu di tempat-tempat
atau kawasan yang lebih jauh. Hal ini
akan menyusahkan penduduk setempat. Pada
masa yang sama, dewan juga boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti sukan dan
rekreasi yang lain. Perkara ini akan
mengeratkan hubungan di antara masyarakat setempat. Dalam pada itu, dewan juga boleh digunakan
oleh belia-belia untuk tujuan yang lebih berfaedah dan untuk mengelakkan diri
daripada terlibat dengan aktivti-aktiviti yang membinasakan.
Sehubungan
dengan itu, penambahbaikan dewan perlulah dilaksanakan agar dewan yang sedia
ada akan menjadi lebih moden selari dengan peredaran masa yang menuju ke
wawasan 2020. Antara penambahbaikan yang
boleh dilaksanakan terhadap sesuatu dewan ialah dengan menyediakan skrin besar
atau ‘big screen’di setiap dewan yang ditubuhkan. Hal ini akan lebih menarik
minat penduduk untuk berkunjung ke sesuatu dewan tersebut. Seterusnya, penyaman
udara juga dapat menarik minat penduduk untuk berkunjung ke dewan yang
disediakan . Kebanyakkan dewan tidak
menyediakan penyaman udara. Oleh itu, penyediaan penyaman udara adalah
diperlukan kerana penyaman udara penting untuk menarik minat golongan
masyarakat agar berkunjung ke dewan tersebut.
Dewan
Pusat Sivik (KESEDAR) adalah sebuah institusi untuk kegunaan semua lapisan
masyarakat yang tinggal di kawasan Gua Musang.
Antara jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan di Dewan Pusat Sivik
(KESEDAR) di Gua Musang ialah menyediakan kawasan bagi mengadakan majlis
perkahwinan, mempunyai gelanggang badminton untuk kegunaan penduduk,
menyediakan kerusi dan meja yang mencukupi untuk setiap acara, perkhidmatan
yang ditawarkan di dewan ini merangkumi pekerja bagi membantu majlis dan urusan
kerajaan seperti pusat pengiraan undi juga dilaksanakan di dewan ini.
Gelanggang
badminton yang disediakan di dewan ini akan memberi manfaat kepada
penduduk-penduduk yang tinggal di bandar Gua Musang. Antara kabaikan yang bakal diperolehi
penduduk-penduduk yang tinggal di bandar Gua Musang dengan adanya gelanggang
badminton ini ialah, penduduk setempat dapat mengeratkan hubungan silaturahim
sesama penduduk di samping menyihatkan badan.
Sekiranya gelanggang badminton tidak disediakan di dewan ini, sudah
pasti agak sukar bagi penduduk yang tinggal di bandar Gua Musang untuk
mendapatkan kemudahan awam yang dapat membolehkan mereka melakukan aktiviti
kesukanan. Jelaslah bahawa, gelanggang badminton untuk kegunaan
penduduk setempat yang disediakan di Dewan Pusat Sivik (KESEDAR) telah banyak
mendatangkan pelbagai manfaat kepada penduduk di kawasan bandar Gua Musang.
Kesimpulannya,
didapati bahawa masih ramai masyarakat yang tidak mengetahui tentang
jenis-jenis perkhidmatan yang disediakan di Dewan Pusat Sivik (KESEDAR). Oleh itu, masyarakat haruslah lebih prihatin
agar mereka mengetahui tentang tujuan penubuhan sesuatu dewan. Hal ini demikian kerana umum mengetahui
bahawa tujuan dewan ini tubuhkan tidak lain dan tidak bukan tetapi hanyalah
untuk kebaikan masyarakat yang tinggal di kawasan ini agar mereka memperoleh
pelbagai manfaat.
Proposal Kerja Kursus STPM, Pengajian Am, Penggal 2
TEMA 2 :
PRASARANA – KEMUDAHAN ASAS
ISU :
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI DEWAN PUSAT SIVIK
(KESEDAR)
GUA MUSANG, KELANTAN.
TAJUK :
KAJIAN TERHADAP PENGGUNAAN DEWAN PUSAT SIVIK (KESEDAR)
DI GUA MUSANG, KELANTAN
OBJEKTIF :
1. MENGENALPASTI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI DEWAN
PUSAT SIVIK (KESEDAR) GUA MUSANG,
KELANTAN.
2. MENGKAJI TAHAP KEPUASAN PENGGUNA TERHADAP
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI DEWAN
PUSAT SIVIK (KESEDAR) GUA MUSANG,
KELANTAN.
KAEDAH :
1. TEMUBUAL.
2. PEMERHATIAN.
3. RUJUKAN.
4. SOAL
SELIDIK
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
1.0 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002:halaman 1055) ‘prasarana’ bermaksud keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asa...
-
4.0 METODOLOGI KAJIAN Pendahuluan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, (2007:halaman 1230) ‘metodologi’ bermaksud sistem ...
-
Assalamualaikum, salam subuh, salam kenal buat semua yang baru sahaja mengenali diri ini. Salam bersua kembali kepada yang telah mengenali d...



