Setelah pengkaji
menjalani latihan SIEP Modul 1 selama 5 hari, pengkaji berpendapat bahawa
latihan ini telah mendatangkan banyak faedah kepada pengkaji. Sepanjang tempoh
5 hari tersebut, pelbagai masalah terpaksa dihadapi oleh pengkaji.
Namun, pengkaji tetap berasa bersyukur kerana
setiap masalah tersebut dapat ditangani oleh pengkaji dengan baik. Secara keseluruhannya,
masalah tersebut telah menjadi sebuah pengalaman kepada pengkaji dan ia
merupakan sebuah pengalaman yang amat menyeronokkan.
Secara keseluruhannya, dari segi penyediaan stok dan
produk sudah baik, tetapi sedikit inisiatif perlu dilaksanakan bagi memastikan produk
yang dipesan atau didapatkan oleh pembekal tidak akan menghadapi pembaziran.
Pihak syarikat perlu sentiasa membuat anggaran sebelum melaksanakan pesanan
barangan dengan pembekal supaya produk yang hendak dijadikan sebagai stok tidak
akan menjadi terlalu banyak dan seterusnya mendorong kearah pembaziran atau
dengan lebih tepatnya menjadi stok beku.
Pengkaji mampu berkata sedemikian kerana
sepanjang tempoh berada di lapangan, pengkaji telah mendapati pembaziran stok
pen dalam skala yang besar telah berlaku. Perkara ini berlaku kerana pihak
syarikat telah mendapatkan dan menyimpan stok pen dengan skala yang besar. Apabila
tidak ada sebarang pembelian terhadap jenis pen tersebut, maka pen itu akan
menjadi stok beku.
Tidak menjadi masalah sekiranya sesetengan
produk atau stok menhadapi masalah kurang laris atau tidak laku. Tetapi, yang
menjadikan masalah dan pembaziran berlaku adalah, setelah lama pen tersebut
menjadi stok beku, dakwat pen tersebut mula kering dan pen tersebut tidak lagi
boleh digunakan. Oleh itu, pihak syarikat telah melupuskan pen tersebut dan
pengkaji berasa sedikit terkilan dengan perkara ini.
Oleh yang demikian, pengkaji berharap agar
pihak syarikat dapat mempertimbangkan cadangan yang diberikan oleh pengkaji
kerana pengkaji berpendapat bahawa sekiranya strategi telah dilaksanakan dengan
lebih awal, perkara sebegini dapat dielakkan daripada berlaku. Ekoran itu,
pengkaji menaruh sepenuh harapan agar sebarang masalah sedemikian tidak akan berulang
lagi pada masa yang akan datang.
No comments:
Post a Comment