Friday, April 13, 2018

Contoh Penghargaan Students in Enterprise Programme (SIEP) by Rohani Redzwa

PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim.

                        Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpahan rahmat, kurnianya, serta nikmat masa, nyawa, dan tenaga yang dianugerahkan kepada pengkaji dapat juga pengkaji menyiapkan laporan ini dengan jayanya.

                        Pertama, pengkaji ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada penasihat akademik tercinta iaitu Puan Azlin Sharina binti Abdul Latef kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau, telah membuka ruang untuk pengkaji menyiapkan tugasan ini dengan mengikut masa yang telah ditetapkan.

                        Pengkaji juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa pengkaji yang telah memberikan sokongan dari segi kewangan dan juga moral yang telah banyak mendatangkan serta memulihkan semangat sehingga pengkaji berjaya menghabiskan tugasan ini.

                        Ucapan penghargaan ini juga pengkaji tujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak memberi peringatan tentang setiap perkara yang telah pengkaji alpa tanpa disedari. Mereka membantu pengkaji dengan menjawab setiap pertanyaan yang telah pengkaji persoalkan.

                        Akhir kata, pengkaji juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang telah terlibat samada secara langsung mahupun sebaliknya dalam pembikinan laporan ini. Pengkaji sudahi penghargaan ini dengan jutaan terima kasih.

No comments:

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa