Dalam dunia perniagaan kini, sudah semestinya para
usahawan berusaha sedaya upaya bagi mengharungi segala saingan untuk memastikan
produk yang dikeluarkan memperoleh tempat di hati masyarakat. Para usahawan
juga selalu menghadapi masalah seperti kesusahan untuk mendapatkan modal yang
besar bagi membuka atau mengembangkan perniagaan.
Hal
ini berlaku ekoran daripada kenaikan harga barangan yang tidak menentu. Oleh itu,
perancangan perniagaan yang lengkap dan teratur haruslah disediakan terlebih
dahulu supaya setiap strategi yang disediakan oleh pemilik syarikat dapat diaplikasikan
dengan lancar. Seterusnya menjadikan syarikatnya sebuah empayar yang besar dan
dikenali.
Jika
sesebuah syarikat atau perniagaan menghadapi sebarang masalah, permasalahan
tersebut akan dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya terdapat sistem
pentadbiran syarikat yang strategik. Oleh itu, pengkaji berharap pemilik syarikat
ini dapat mengembangkan perniagaan dan menaiktarafkan perniagaan ini dengan
membaikpulih serta mengkaji permasalahan yang timbul atau wujud.
Hal
ini demikian kerana, pengkaji
berpendapat bahawa syarikat ini berpotensi untuk berkembang dengan lebih maju
berikutan daripada peningkatan jualan seharian yang telah pengkaji amati.
Jelaslah bahawa, dunia perniagaan sememangnya suatu bidang yang mencabar tetapi
bidang ini akan menguntungkan sekiranya pengusaha bijak mengambil peluang.
Bidang
keusahawanan atau perniagaan merupakan penyumbang terbesar dalam sektor ekonomi
negara. Oleh yang demikian, pelapis-pelapis yang berminat dalam bidang
keusahawanan perlu mengambil peluang ini bagi meningkatkan ekonomi Malaysia dan
juga dapat mempelajari bidang perniagaan ini dengan lebih mendalam.
No comments:
Post a Comment