Friday, April 13, 2018

PAINTING CRITIQUES - THE PERSISTENCE OF MEMORY





KOD KURSUS :
CWT 3172

KURSUS :
APRESIASI ESTETIKA


TAJUK :

PAINTING CRITIQUES

THE PERSISTENCE OF MEMORY BY SALVADOR DALI
IN YEAR 1931



NAMA                                    : SITI ROHANI BINTI MOHAMMED REDZWA

NO. MATRIK                         : C17A0353

NAMA PENSYARAH           : ENCIK NIK SHAHMAN BIN NIK AHMAD ARIFF

KELAS                                   : L2





In this essay, I will discuss about my favorite painting and I will judge this art work critically. My favorite painting is “The Persistence of Memory” which was painted by Salvador Dali in year 1931. There are a lot of reasons why I choose this art work as my favorite painting. First and foremost, this painting has everything that associated with the Kantian’s four judgment in his critique of judgment.

                        In my humble opinion, this painting is very beautiful. It is because I found out that the color in this painting is blended so well that I can’t even found any mistake from the painting itself. What I mean by the painting’s color is blended so well and doesn’t even have any mistake in it is because, this painting looks so smooth and we will feel pleasure and relax when we take a look at it. I also think that the color in the painting catches the eye.

                        Based on my first opinion about the painting, I found out that my own statement about the painting is 100% had got to do with one of the Kantian’s four judgment which is the agreeable. This is because, the agreeable is a purely sensory judgment. The agreeable judgment is a purely subjective judgment, which based on the inclination alone. This statement also had got something to do with the judgment of beauty which is the beautiful.

                        The judgment of beauty is what the Kantian called the free play between the cognitive powers of imagination and understanding. We call an object beautiful, because its form fits our cognitive powers and enables such a free play the experience of which is pleasurable to us. As what I mention earlier that this painting gave me pleasure when I look at it. The judgment that something is beautiful is a claim that it possesses the form of finality, that it appears to have been designed with a purpose, even though it does not have any apparent practical function.

                        The most valuable reason that makes me choose this painting or art work as my favorite painting is because this art work had given me a lot of lesson from it and it taught me about life. This painting makes a statement on the arbitrary concept of time. Dali was enamored with the psychology of dreams and the subconscious mind. This art work has multiple interpretations.

                        Not only does it depict a dream, a world where time is irrelevant and erratic, but it is also a depiction of Einstein’s theory of relativity, that time is relative and not fixed. Either way, we can take something away from this painting that time is what you make of it. We all have the same amount of hours in the day. Therefore, instead of making excuses about how you don’t have time to apply for that job, think of this art work and remember, time is a concept. You can construct your future on whatever time frame you choose.

                        My most valuable reason about why I choose this art work as my favorite painting really does associated with one of the Kantian’s four judgment which is the good. The good is essentially a judgment that something is ethical. It is the judgment that something conforms with moral law, which, in the Kantian sense, is essentially a claim of modality, a coherence with a fixed and absolute notion of reason. It is in many ways the absolute opposite of the agreeable, in that it is a purely objective judgment. Which things are either moral or they are not.

                        Last but not least, I found out that this painting gave a little bit of fear effect to me because of the picture of a melting pocket watch. In my own opinion, I think that this painting want us to know that mankind is in loss due to the time that being wasted. Due to my imagination of the definition from this painting, I really think that this painting really does make me feel scared of it.

                        So, based on my last statement, this painting does have got something to do with Kantian’s last judgment which is the sublime. The judgment that something is sublime is a judgment that it is beyond the limits of comprehension, that it is an object of fear. However, Kant makes clear that the object must not actually be threatening, it merely must be recognized as deserving of fear.

                        In conclusion, I must say that Immanuel Kant's Critique of Judgment really has a relationship with this painting. I also think that both Immanuel Kant's Critique of Judgment and this painting had given me a lot of moral value and lesson. It also gave me a lot of understanding about life and many more benefit that I never learn before in my entire life.

Contoh Poster Students In Enterprise Programme (SIEP) by Rohani Redzwa

POSTER SIEP - ROHANI REDZWA

Contoh Penghargaan Students in Enterprise Programme (SIEP) by Rohani Redzwa

PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim.

                        Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpahan rahmat, kurnianya, serta nikmat masa, nyawa, dan tenaga yang dianugerahkan kepada pengkaji dapat juga pengkaji menyiapkan laporan ini dengan jayanya.

                        Pertama, pengkaji ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada penasihat akademik tercinta iaitu Puan Azlin Sharina binti Abdul Latef kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau, telah membuka ruang untuk pengkaji menyiapkan tugasan ini dengan mengikut masa yang telah ditetapkan.

                        Pengkaji juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa pengkaji yang telah memberikan sokongan dari segi kewangan dan juga moral yang telah banyak mendatangkan serta memulihkan semangat sehingga pengkaji berjaya menghabiskan tugasan ini.

                        Ucapan penghargaan ini juga pengkaji tujukan kepada rakan-rakan yang telah banyak memberi peringatan tentang setiap perkara yang telah pengkaji alpa tanpa disedari. Mereka membantu pengkaji dengan menjawab setiap pertanyaan yang telah pengkaji persoalkan.

                        Akhir kata, pengkaji juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang telah terlibat samada secara langsung mahupun sebaliknya dalam pembikinan laporan ini. Pengkaji sudahi penghargaan ini dengan jutaan terima kasih.

Contoh Kesimpulan Students in Enterprise Programme (SIEP) by Rohani Redzwa

7.0 KESIMPULAN

Melalui latihan ini, dapat disimpulkan bahawa SIEP Modul 1 telah banyak memberikan pendedahan kepada pengkaji dalam memperoleh maklumat tentang selok-belok bidang perniagaan atau keusahawanan. Pengkaji juga telah memperoleh banyak ilmu ekoran daripada perkongsian tentang maklumat syarikat serta profil syarikat yang telah diperoleh.

                        Pada masa yang sama, latihan ini juga telah memberi peluang kepada pengkaji untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang sistem pengurusan syarikat. Berdasarkan kajian dan latihan yang telah pengkaji jalankan sepanjang tempoh 5 hari tersebut, pengkaji berpendapat bahawa latihan tersebut telah banyak mendatangkan manfaat kepada pengkaji terutamanya dari segi pengalaman.

                        Pengalaman yang pengkaji perolehi sepanjang latihan yang telah dijalankan di Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa Pasir Puteh Berhad telah memberikan pengetahuan kepada pengkaji tentang bagaimana syarikat tersebut ditubuhkan serta mengetahui tentang operasi  harian syarikat tersebut. Sepanjang menjalani latihan di syarikat ini, pengkaji juga telah memperoleh pelbagai pengetahuan serta pengalaman baru yang mengajar tentang bidang keusahawanan.

                        Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa latihan ini wajar diteruskan kerana ia berfungsi memberikan manfaat serta faedah kepada pengkaji dari segi ilmiah, iaitu tentang pengalaman bekerja sebelum pengkaji menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Hal ini demikian kerana, melalui latihan yang dijalankan di sesebuah industri, pelajar akan dapat melihat gambaran yang jelas tentang dunia pekerjaan yang sebenar serta dapat berusaha menyesuaikan diri dengan tugasan yang diberikan oleh majikan.

                        Akhir kata, pengkaji ingin memohon maaf kepada pihak syarikat Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa Pasir Puteh Berhad  serta pensyarah Universiti Malaysia Kelantan, Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan atas kesilapan yang terkandung dalam laporan ini sekiranya ada. Pengkaji juga ikhlas menerima teguran yang membina bagi mempertingkatkan lagi mutu jati diri serta pengetahuan pengkaji sebagai seorang yang bergelar mahasiswa.

Contoh Cadangan Students in Enterprise Programme (SIEP) by Rohani Redzwa

6.0 CADANGAN

Setelah pengkaji menjalani latihan SIEP Modul 1 selama 5 hari, pengkaji berpendapat bahawa latihan ini telah mendatangkan banyak faedah kepada pengkaji. Sepanjang tempoh 5 hari tersebut, pelbagai masalah terpaksa dihadapi oleh pengkaji.

                        Namun, pengkaji tetap berasa bersyukur kerana setiap masalah tersebut dapat ditangani oleh pengkaji dengan baik. Secara keseluruhannya, masalah tersebut telah menjadi sebuah pengalaman kepada pengkaji dan ia merupakan sebuah pengalaman yang amat menyeronokkan.

            Secara keseluruhannya, dari segi penyediaan stok dan produk sudah baik, tetapi sedikit inisiatif perlu dilaksanakan bagi memastikan produk yang dipesan atau didapatkan oleh pembekal tidak akan menghadapi pembaziran. Pihak syarikat perlu sentiasa membuat anggaran sebelum melaksanakan pesanan barangan dengan pembekal supaya produk yang hendak dijadikan sebagai stok tidak akan menjadi terlalu banyak dan seterusnya mendorong kearah pembaziran atau dengan lebih tepatnya menjadi stok beku.

                        Pengkaji mampu berkata sedemikian kerana sepanjang tempoh berada di lapangan, pengkaji telah mendapati pembaziran stok pen dalam skala yang besar telah berlaku. Perkara ini berlaku kerana pihak syarikat telah mendapatkan dan menyimpan stok pen dengan skala yang besar. Apabila tidak ada sebarang pembelian terhadap jenis pen tersebut, maka pen itu akan menjadi stok beku.

                        Tidak menjadi masalah sekiranya sesetengan produk atau stok menhadapi masalah kurang laris atau tidak laku. Tetapi, yang menjadikan masalah dan pembaziran berlaku adalah, setelah lama pen tersebut menjadi stok beku, dakwat pen tersebut mula kering dan pen tersebut tidak lagi boleh digunakan. Oleh itu, pihak syarikat telah melupuskan pen tersebut dan pengkaji berasa sedikit terkilan dengan perkara ini.

                        Oleh yang demikian, pengkaji berharap agar pihak syarikat dapat mempertimbangkan cadangan yang diberikan oleh pengkaji kerana pengkaji berpendapat bahawa sekiranya strategi telah dilaksanakan dengan lebih awal, perkara sebegini dapat dielakkan daripada berlaku. Ekoran itu, pengkaji menaruh sepenuh harapan agar sebarang masalah sedemikian tidak akan berulang lagi pada masa yang akan datang.

Contoh Perbincangan Students in Enterprise Programme (SIEP) by Rohani Redzwa

5.0       PERBINCANGAN

Dalam dunia perniagaan kini, sudah semestinya para usahawan berusaha sedaya upaya bagi mengharungi segala saingan untuk memastikan produk yang dikeluarkan memperoleh tempat di hati masyarakat. Para usahawan juga selalu menghadapi masalah seperti kesusahan untuk mendapatkan modal yang besar bagi membuka atau mengembangkan perniagaan.

                        Hal ini berlaku ekoran daripada kenaikan harga barangan yang tidak menentu. Oleh itu, perancangan perniagaan yang lengkap dan teratur haruslah disediakan terlebih dahulu supaya setiap strategi yang disediakan oleh pemilik syarikat dapat diaplikasikan dengan lancar. Seterusnya menjadikan syarikatnya sebuah empayar yang besar dan dikenali.

                        Jika sesebuah syarikat atau perniagaan menghadapi sebarang masalah, permasalahan tersebut akan dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya terdapat sistem pentadbiran syarikat yang strategik. Oleh itu, pengkaji berharap pemilik syarikat ini dapat mengembangkan perniagaan dan menaiktarafkan perniagaan ini dengan membaikpulih serta mengkaji permasalahan yang timbul atau wujud.

                        Hal ini  demikian kerana, pengkaji berpendapat bahawa syarikat ini berpotensi untuk berkembang dengan lebih maju berikutan daripada peningkatan jualan seharian yang telah pengkaji amati. Jelaslah bahawa, dunia perniagaan sememangnya suatu bidang yang mencabar tetapi bidang ini akan menguntungkan sekiranya pengusaha bijak mengambil peluang.

                        Bidang keusahawanan atau perniagaan merupakan penyumbang terbesar dalam sektor ekonomi negara. Oleh yang demikian, pelapis-pelapis yang berminat dalam bidang keusahawanan perlu mengambil peluang ini bagi meningkatkan ekonomi Malaysia dan juga dapat mempelajari bidang perniagaan ini dengan lebih mendalam.

Contoh Dapatan Students in Enterprise Programme (SIEP) by Rohani Redzwa

4.0 DAPATAN

4.1 BUTIRAN SYARIKAT

NAMA SYARIKAT :
Ø  Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa Pasir Puteh Berhad.

JENIS PEMILIKAN SYARIKAT :
Ø  Koperasi.

LOGO SYARIKAT :
Rajah 1 : Logo Syarikat

Pengertian Simbol :
Ø  Gelang rotan melambangkan budaya bersukan pelajar dan permuafakatan.
Ø  Bintang melambangkan cita-cita.
Ø  Bukit melambangkan Bukit Jawa.
Ø  Kijang melambangkan pintar dan cerdas.
Ø  Buku melambangkan usaha mengejar ilmu.

Pengertian Warna :
Ø  Biru gelap melambangkan perpaduan.
Ø  Biru terang melambangkan harmoni.
Ø  Kuning melambangkan ketaatan kepada pemimpin.
Ø  Merah melambangkan semangat dan keberanian.

VISI :
Ø  Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa Pasir Puteh Berhad gemilang menjelang 2020.

MISI :
Ø  Pencapaian cemerlang dalam semua pentadbiran koperasi.
Ø  Pemantapan hubungan dengan komuniti.
Ø  Pengurusan koperasi yang cekap.
Ø  Pembudayaan amalan kebersihan, keceriaan, dan keselamatan (3K).
Ø  Pembentukan jati diri yang telus, bertanggungjawab, bersungguh-sungguh dan bekerjasama.
Ø  Prestasi cemerlang dalam keusahawanan.

MOTO :
Ø  Bekerja bersama-sama demi manfaat bersama.
Ø  Tidak bermotifkan keuntungan.

4.2 LOKASI

Rajah 2 : Peta Syarikat

Rajah 3 : Pelan Susunan Dalam Syarikat

4.3 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Pengurusan sumber manusia dapat ditakrifkan sebagai satu sistem yang berfungsi bagi menguruskan tenaga kerja ataupun buruh untuk mencapai matlamat sesebuah syarikat. Pengurusan sumber manusia melibatkan usaha-usaha pemilihan, pengambilan pekerja dan juga berfungsi sebagai pengurusan hal-hal sumber manusia dalam syarikat.

                        Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dilaksanakan oleh pengkaji, pengkaji berpendapat bahawa syarikat Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa Pasir Puteh Berhad merupakan sebuah syarikat yang mempunyai sistem pengurusan yang sistematik walaupun syarikat  yang dijalankan adalah sederhana dan bukan berskala besar.

                        Melalui temubual yang dijalankan oleh pengkaji, pengkaji telah memperoleh maklumat bahawa syarikat ini diuruskan oleh Lembaga Koperasi Sekolah. Bagi menjalankan setiap urusan harian syarikat ini,  terdapat seorang pekerja yang bekerja tetap di syarikat ini. Pekerja di syarikat ini merupakan individu yang tinggal berhampiran di kawasan syarikat ini.

                        Pengurusan sumber manusia merupakan satu perkara yang sangat penting kerana ia merupakan penggerak kepada perjalanan sesebuah syarikat. Tenaga pekerja yang terdapat di syarikat ini adalah terdiri daripada seorang pekerja yang menjadi jurujual dalam syarikat ini serta beliau juga membantu dalam menguruskan perjalanan harian operasi syarikat ini.

                        Pengurusan sumber manusia juga melibatkan soal gaji pekerja. Gaji yang ditawarkan di syarikat ini juga amat menarik serta sesuai dengan keadaan. Gaji permulaan bagi pekerjaan sebagai jurujual di syarikat ini adalah sebanyak RM 1000.00 sebulan dan sekiranya pekerja menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan yang dilakukan, pekerja tersebut akan memperoleh kenaikan gaji sebanyak RM 50.00 setahun.

                        Pembayaran gaji pekerja dilakukan mengikut bulan, namun pekerja dibenarkan untuk memohon pinjaman wang daripada syarikat sekiranya ingin menggunakan wang di saat yang gentir. Hal ini demikian kerana, bagi memberi kemudahan kepada pekerja untuk mendapatkan wang disaat pekerja mengalami kesulitan.

                        Selain itu, syarikat ini juga memberi harga yang lebih rendah kepada pekerjanya sekiranya ingin membeli sesetengah jenis produk yang terdapat di syarikat ini. Pada masa yang sama, syarikat ini juga sentiasa menjaga kebajikan pekerja khususnya dalam soal keselamatan pekerja sewaktu menjalankan tugasan harian.

                        Penekanan soal keselamatan sering ditekankan oleh Lembaga Koperasi Sekolah bagi memastikan keselamatan pekerjanya sentiasa terjamin semasa menjalankan pekerjaan di kawasan syarikat ini. Antara etika keselamatan yang ditekankan oleh lembaga ini  adalah melibatkan cara melaksanakan urusan rundingan dengan pembekal menggunakan percakapan serta cara yang berhemah dan sopan bagi mengelakkan sebarang komplikasi daripada berlaku.

CIRI-CIRI KOPERASI DAN MODAL :

Koperasi merupakan satu perniagaan yang dijalankan oleh sekumpulan individu secara sukarela untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Sesebuah koperasi dimiliki dan dikawal oleh ahli-ahlinya. Terdapat dua bentuk koperasi iaitu, koperasi keahlian terhad kepada jenis pekerjaan, kawasan dan latarbelakang seperti koperasi guru dan sekolah. Seterusnya, koperasi yang mempunyai keahlian yang bebas seperti koperasi perumahan dan koperasi pengguna.

                        Mengikut Akta Koperasi 1948, koperasi mempunyai prinsip-prinsip seperti keanggotaan sukarela dan terbuka, perjalanan pengurusan secara demokrasi, bayaran untung atas saham yang terhad, pembahagian untung secara saksama, menggalakkan pendidikan koperasi dan bekerjasama secara aktif disemua peringkat. Koperasi juga mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Antara ciri-ciri koperasi adalah ia ditubuhkan di bawah Ordinan Akta Koperasi Malaysia.

                        Liabilitinya adalah terhad. Modal untuk sesebuah koperasi diperoleh melalui yuran samada yuran bulanan, tahunan atau saham yang dibeli oleh ahli. Bagi kes Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa Pasir Puteh Berhad pula, pendaftaran atau lebih tepat lagi istilah fee masuk bagi pelajar adalah RM 1.00. Serta saham pula RM 5.00. Semua pelajar SMK Bukit jawa adalah pemegang saham kepada koperasi ini.

                        Koperasi didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Koperasi. Manakala, agihan risiko, keuntungan dan kerugian adalah berdasarkan pegangan saham dan penglibatan ahli-ahli. Sesebuah koperasi diuruskan oleh Lembaga Pengarah atau Pengerusi yang dilantik oleh ahli-ahli semasa mesyuarat agong tahunan. Keuntungan koperasi akan diagihkan kepada ahli sama ada satu kali atau dua kali setahun dalam bentuk dividen atau bonus atau kedua-duanya.

Rajah 4 : Senarai Nama Lembaga Koperasi Sekolah SMK Bukit Jawa

Rajah 5 : Carta Organisasi

4.4 WAKTU OPERASI SYARIKAT
Ø  Ahad - Khamis
Ø  9.00 Pagi - 03.00 Petang

4.5 PRODUK DAN PERKHIDMATAN

PRODUK DAN PERKHIDMATAN UTAMA :
Ø  Menjual alatan persekolahan.
Ø  Menjual pakaian sukan sekolah.
Ø  Menyediakan perkhidmatan fotostat.
Ø  Menyediakan perkhidmatan laminate.
Ø  Menyediakan perkhidmatan fotostat dan binding dalam skala yang besar.

PRODUK DAN PERKHIDMATAN SAMPINGAN :
Ø  Menjual makanan ringan dan kering.
Ø  Menjual tisu untuk kegunaan pelajar.
Ø  Menjual aiskrim selepas tamat waktu persekolahan.
Ø  Menjual minuman sejuk dan pelbagai jenis minuman berperisa.

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa