Sunday, March 4, 2012

Bab 1 - Pendudukan Jepun Di Negara Kita (Form 3)

Pengenalan
Pendudukan Jepun merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah negara kita. Pemerintahan tentera jepun di negara kita berlangsung selama kira-kira tiga tahun setengah iaitu dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Perubahan besar yang berlaku sepanjang tempoh tersebut telah menyemarakkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat.
 
Pemerintahan Tentera Jepun
Pemerintahan tentera Jepun di negara kita adalah bercorak ketenteraan.

 
Kedatangan Jepun
Kebangkitan Jepun sebagai sebuah kuasa imperialis bermula dengan pemerintahan Maharaja Mikado Meiji pada tahun 1868. Maharaja Mikado Meiji melancarkan pemulihan yang menekankan pemodenan dan perindustrian. Negara-negara Barat dijadikan model untuk memajukan Jepun. Negara China yang mempunyai banyak bahan mentah dan berpotensi menjadi pasaran barangan Jepun menjadi sasaran awal perluasan kuasa jepun. Kemenangan Jepun terhadap Rusia dalam Perang Rusia-Jepun pada tahun 1905, telah menyebabkan Jepun dianggap sebagai sebuah kuasa besar.

  • 1895 - Jepun memenangi Perang China-Jepun
  • 1905 - Jepun memenangi Perang Rusia-Jepun
  • 1910 - Jepun menguasai Korea
  • 1932 - Jepun menakluki Manchuria 
  • 1937 - Jepun memenangi Perang China-Jepun Kedua 
  • 1941 - Jepun menduduki Indo-China
  • 1941 - Jepun menyerang Asia Tenggara
Perluasan kuasa Jepun juga didorong oleh beberapa faktor terutamanya masalah ekonomi di negara tersebut. Pertambahan penduduk Jepun telah menyebabkan tanah pertaniannya semakin berkurangan . Sebagai sebuah negara industri pula, Jepun memerlukan bekalan bahan mentah seperti petroleum, bijih timah dan getah. Di samping itu, Jepun juga memerlukan kawasan pasaran baru untuk memasarkan hasil perindustriannya.

Keadaan semakin mendesak pada tahun 1940, apabila Amerika Syarikat mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun kerana enggan berundur dari negara China. Pihak Jepun berjaya menawan sebahagian negara China setelah meletus Perang China-Jepun Kedua pada tahun 1937. Tindakan Amerika Syarikat itu menyebabkan kerajaan Jepun yang dikuasai oleh golongan tentera pimpinan Jeneral Tojo menyerang Asia Tenggara untuk membebaskan Jepun daripada sekatan tersebut. Golongan tentera telah mengambil alih pemerintahan negara Jepun sejak bulan Februari 1936.

Sebelum menyerang Tanah Melayu, pihak Jepun telah menggunakan propaganda untuk mempengaruhi penduduk tempatan di negara kita dengan slogan-slogan seperti "Asia Untuk Orang Asia" dan "Semangat Asia". Slogan-slogan ini jelas berunsur antipenjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara-negara Timur. Begitu juga dengan rancangan "Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya" oleh pihak Jepun. Strategi ini berkesan sehingga kehadiran tentera Jepun tidak begitu dirasakan sebagai penjajah baru menggantikan British. Peristiwa ini memberi iktibar kepada kita bahawa slogan yang baik perlu dalam melaksanakan sesuatu misi. Walaupun begitu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita sepatutnya lebih berhati-hati terhadap propaganda dari luar. 

Kemaraan tentera Jepun di Tanah Melayu bermula apabila tentera Jepun mendarat serentak di Thailand (Singgora dan Pattani) dan di Pantai Sabak, Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun yang mendarat di Thailand terus mara ke Jitra, Kedah. Kemudian, tentera Jepun berpecah dua, sepasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan ke Selatan melalui pesisiran pantai Barat. Sepasukan lagi, mengikut jalan darat menuju bandar-bandar utama di negeri-negeri pantai barat. Sementara itu, tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu pula mara ke selatan mengikut jalan  darat negeri-negeri pantai timur.

Di Sarawak, tentera Jepun mendarat di Miri. Dari Miri, tentera Jepun berpecah kepada dua pasukan. Pasukan yang pertama ke Kuching dan kemudiannya ke Sibu. Pasukan yang kedua pula mara ke Sabah melalui Labuan dan seterusnya Sandakan. Kemudian, tentera Jepun mara ke kawasan pesisiran pantai kedua-dua negeri ini terutamanya di bandar-bandar besar.

Cara Kemaraan Tentera Jepun
  1. Kapal terbang perang digunakan oleh pihak Jepun untuk menyerang tentera British di Tanah Melayu. Kapal ini juga memberi perlindungan kepada tentera darat.
  2. Kereta kebal penggempur yang digunakan oleh tentera Jepun berjaya memaksa tentera British berundur. Tentera Jepun juga menggunakan kereta kebal kecil dan ringan yang lebih mudah dikendalikan.
  3. Tentera Jepun menggunakan bot untuk mendaratkan tenteranya dari kapal perang yang sukar berlabuh di pantai. 
  4. Tentera Jepun menggunakan basikal untuk melalui jalan yang sempit bagi mempercepatkan perjalanan tanpa disedari oleh tentera British.
 Kemusnahan Akibat Peperangan Di Tanah Melayu
  • Peperangan mengakibatkan banyak bangunan musnah.
  • Peperangan hanya membawa kemusnahan, menang jadi arang, kalah jadi abu.
  • Peperangan menghancurkan tamadun manusia. Bangunan muzium Selangor musnah diserang tentera Jepun.
  • Jambatan Guillemard di Kuala Krai diletupkan oleh tentera British untuk menyekat kemaraan tentera Jepun. 
Faktor Kejayaan Jepun Mengalahkan British Di Tanah Melayu
  1. Kelengkapan perang tentera Jepun.
  2. Pakatan Jepun-Thailand.
  3. Taktik serangan Jepun.
  4. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM).
  5. Semangat tentera jepun.
  6. Kelemahan tentera British.
  7. Perancangan awal perang.
Dasar Penjepunan
  1. Stesen Kereta Api Tanjong Pagar diberi nama baru iaitu Stesen Kereta Api Syonan.
  2. Nama persatuan perdangangan yang menggunakan bahasa Jepun.
  3. Budaya Jepun diiklankan dalam akhbar.
  4. Murid sekolah dan kakitangan kerajaan dipaksa menyanyikan "Kimigayo". 
Gerakan Anti-Jepun Di Tanah Melayu
  • Malayan People's Anti Japanese Army (MPAJA).
  • Force 136.
  • Askar Melayu Setia (AMS).
  • Pasukan Wataniah Pahang.
  • Gerila Kinabalu.
  • Pasukan Gerila Datu Mustapha.
  • Pasukan Gerila Di Sandakan.
  • Penentangan Di Pesisir Pantai Sarawak.  
 Kesan Pemerintahan Tentera Jepun
  1. Politik.
  2. Ekonomi.
  3. Sosial.

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa