Tuesday, January 28, 2014

Ayat Kefahaman - Hidayah Allah

Maksud Surah An-Nur Ayat 35 :
  • Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan Nur Hidayah petunjuk Allah kitab suci Al-Quran, adalah sebagai Miskat yang berisi sebuah lampu, lampu itu dalam gelup kaca kendil, gelup kaca itu pula jernih jernih terang laksana bintang yang bersinar cemerlang. Lampu itu dinyalakan dengan minyak daripada pokok yang banyak manfaatnya iaitu pokok zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak di sebelah barat, yang minyaknya hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api, sinaran Nur Hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda. Cahaya berlapis cahaya, Allah S.W.T. memimpin sesiapa yang dikehendakinya menurut undang-undang dan peraturannya kepada Nur Hidayahnya itu. Dan Allah S.W.T. akan mengemukakan berbagai-bagai perbandingan untuk manusia dan Allah S.W.T. maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Berdasarkan Ayat Di Atas, Apakah Maksud Nur ?
  • Nur ialah iman atau suatu jalan yang membawa kepada kesejahteraan, kebaikan, kebahagiaan dan kesucian.
Apakah Maksud Hidayah ? 
  • Hidayah ialah petunjuk atau anugerah Allah kepada seseorang ke jalan yang diredhainya.
  • Bimbingan Allah.
Nyatakan Maksud "Hidayah Seperti Sebuah Lampu" :
  • Hidayah Allah menerangi hati orang yang beriman seperti cahaya yang menerangi alam.
Amalan Dalam Rumah Tangga Yang Membolehkan Manusia Mendapat Hidayah :
  1. Sentiasa mengerjakan solat berjemaah.
  2. Saling hormat-menghormati.
  3. Nasihat-menasihati serta amar makruf dan nahi mungkar.
  4. Memberi pendidikan agama yang secukupnya antara satu sama lain.
Berzikir Ialah Antara Amalan Yang Dilakukan Untuk Mendapatkan Hidayah Allah S.W.T. Senaraikan Contoh-Contoh Amalan Berzikir :  
  1. Bertahlil - Lailahailallah.
  2. Bertakbir - Allahuakbar.
  3. Bertasbih - Subhanallah.
  4. Bertahmid - Alhamdulillah.
  5. Beristighfar - Astaghfirullahalazim.
Amalan Untuk Mendapatkan Hidayah Allah S.W.T. Selain Daripada Berzikir Kepada Allah S.W.T :
  1. Menuntut Ilmu.
  2. Membaca Al-Quran.
  3. Beramal dengan Al-Quran.
  4. Berdamping dengan ulama'.
  5. Melakukan amalan iktikaf.
  6. Sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T.
  7. Melakukan kebaikan seperti bersedekah.
  8. Istiqamah dalam ibadat.
Faktor Yang Menghalang Seseorang Itu Daripada Mendapat Hidayah Allah S.W.T :
  1. Memakan makanan yang haram.
  2. Tidak mengambil berat tentang sumber makanan yang dimakan.
  3. Tidak berusaha menuntut ilmu agama dengan bersungguh-sungguh.
  4. Terus berada dalam kejahilan sepanjang masa.
  5. Sentiasa melakukan maksiat tanpa rasa takut kepada azab Allah S.W.T.
  6. Tidak beramal dengan ilmu yang telah dipelajari.
Ciri-Ciri Orang Yang Mendapat Hidayah Allah S.W.T :
  1. Sentiasa mengingati Allah walaupun berurusan jual beli.
  2. Sentiasa bertasbih dan bertahmid kepada Allah S.W.T.
  3. Mendirikan solat fardhu.
  4. Mengeluarkan zakat.
  5. Takut dan gerun kepada pembalasan Allah pada hari qiamat.
  6. Menjauhi kemungkaran. 
Al-Quran Merupakan Mukjizat Yang Teragung Yang Dianugerahkan Kepada Nabi Muhammad S.A.W. Nyatakan Ciri-Ciri Mukjizat Al-Quran :
  1. Tiada sesiapa pun mampu membuat dan menandingi Al-Quran.
  2. Keindahan susunan dan gaya bahasa Al-Quran sangat indah sehingga sasterawan Arab gagal menandinginya.
  3. Isi kandungan Al-Quran terjamin kebenaran dan keasliannya sepanjang masa.
  4. Al-Quran mengandungi pelbagai jenis ilmu termasuk yang berkaitan dengan alam ghaib.
Kewajipan menuntut ilmu ke atas umat Islam merangkumi ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Terangkan maksud ilmu Fardhu Ain dan ilmu Fardhu Kifayah serta contoh tiap-tiap satu :
  1. Ilmu Fardhu Ain - Ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh umat Islam bagi menyempurnakan kehidupan dunia dan akhirat. Contoh : Ilmu mengenai cara mengerjakan solat, puasa dan sebagainya.
  2. Ilmu Fardhu Kifayah - Ialah ilmu yang wajib dipelajari oleh umat Islam bagi. Kewajipan akan gugur apabila sebahagian umat Islam melaksanakannya. Contoh : Ilmu pertanian, perubatan dan sebagainya.
Terangkan Pengajaran Ayat Di Atas :
  • Hidayah Allah menerangi hati orang mukmin seumpama cahaya yang menerangi seluruh alam.
  • Setiap orang perlu berusaha untuk mendapatkan hidayah Allah S.W.T.
  • Al-Quran ialah sumber hidayah dan ilmu pengetahuan.

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa