Monday, October 21, 2013

Sejarah Tingkatan 4 Bab 9

Maksud Zaman Gelap Di Eropah :

  • Bermula selepas kejatuhan Tamadun Rom 
  • Masyarakat pada zaman gelap di Eropah hidup dalam keadaan mundur.
  • Zaman gelap di Eropah merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan.
  • Zaman ini mengalami kemerosotan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Ciri-Ciri Kehidupan Masyarakat Eropah Pada Zaman Gelap :

  • Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan.
  • Kemusnahan kuasa pusat kerana tidak dapat mentadbir wilayah.
  • Kemunculan baron iaitu tuan tanah yang berkuasa di wilayah yang diduduki.
  • Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk menjaga keselamatan mereka.
  • Sebagai balasan, petani haruslah membayar cukai kepada tuan tanah.
  • Petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai haruslah menyerahkan tanah mereka.
  • Kepada golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba.
  • Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja.
  • Sebagai tukaran, golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja.
  • Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya raja, merupakan :
  1. Asal kepada sistem feudal di Eropah.
  2. Kelembapan ilmu pengetahuan.
  3. Institusi gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak.

Watak Dan Perwatakan Dalam Novel Renyah

Watak Dan Perwatakan

Datuk Dolhi :
  1. Datuk Dolhi ialah watak utama dalam novel ini.
  2. Suami kepada Datin Tominah.
  3. Berusia 60-an dan sering sakit-sakit di bahagian dada.
  4. Bapa kepada Hasnol, Amera, Ilham, Mukhlias, Dani serta Wahi.
  5. Rakan niaga Albert Lee.
  6. Pandai dalam perniagaan. Buktinya, beliau merupakan usahawan yang berjaya dan memiliki syarikat Dolhi-Albert Holding.
  7. Seorang yang bertanggungjawab. Buktinya, beliau telah membiayai Wahi, iaitu anaknya dengan Mastura walaupun setelah Mastura meninggal dunia ketika melahirkan Wahi.
  8. Penyayang. Buktinya, beliau tetap sayang kepada semua anaknya walaupun anak-anaknya itu banyak menimbulkan masalah kepadanya sehingga mencemarkan nama baiknya.
  9. Seorang yang berani. Buktinya, beliau telah membuat keputusan untuk melantik Wahi sebagai penggantinya dalam Dolhi-Albert Holding walaupun dia tahu bahawa Albert Lee ingin menguasai Dolhi-Albert Holding. Sebagai akibatnya, persahabatannya dengan Albert Lee terlerai begitu sahaja.
  10. Seorang yang rajin. Buktinya, beliau rajin mengikuti seminar keusahawanan dan membaca buku-buku motivasi.
  11. Penyabar. Buktinya, beliau tidak memaksa tetapi sabar menunggu Hasnol membuat keputusan untuk menyertai dalam Dolhi-Albert Holding.
Hasnol :
  1. Hasnol merupakan anak sulung Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
  2. Bekerja dalam sektor kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.
  3. Berkahwin dengan Linda, iaitu anak seorang diplomat yang mempunyai gaya hidup yang mewah.
  4. Mempunyai dua orang anak.
  5. Hasnol tidak berani menghadapi cabaran. Buktinya, beliau tidak mahu meneruskan usaha bapanya dalam perniagaan kerana tidak sanggup menghadapi cabaran dan risiko dalam bidang itu.  
Ilham :
  1. Ilham ialah anak ketiga Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
  2. Ilham seorang pencinta dan pejuang alam sekitar.
  3. Seorang yang berbakat dalam seni sastera kerana sering mendeklamasi sajak. Buktinya, dia telah memberikan puisi yang dikarangnya kepada Dani untuk dilagukan.
  4. Tidak mempunyai sifat patriotik. Buktinya, sewaktu medai elektronik memaparkan temu ramah Ilham dengan stesen TV antarabangsa, dia telah mengecam kerajaan Malaysia kerana membiarkan balak terus ditebang secara berleluasa. 
Mukhlis :
  1. Mukhlis anak keempat Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
  2. Mukhlias mudah terikut-ikut dalam beragama. Tetapi sebenarnya dia tidak memahami agama yang sebenar. Buktinya, oleh sebab mahu mengikut sunnah Nabi yang berkahwin dengan janda, dia sanggup mengahwini janda tuk gurunya tanpa usul periksa.
  3. Seorang yang mempunyai sifat belas kasihan. Buktinya, dia berasa kasihan terhadap Hanisah yang diceraikan oleh gurunya.
  4. Akhirnya dia mengalami tekanan mental sehingga menjadi tidak siuman. Buktinya, seorang pemuda yang ditemui oleh Datuk Dolhi dan Ustaz Hashim di Kampung Sungai Bakau mengatakan bahawa Mukhlis tidak siuman kerana cuba menyerang tuk gurunya.
Dani :
  1. Dani anak bongsu Datuk Dolhi dan Datin Tominah.
  2. Dani berambut panjang, selekeh & tidak terurus. Buktinya, bapanya menegur rambut dan pakaiannya yang tidak terurus dan menasihatinya agar memakai pakaian yang lebih elok.
  3. Seorang artis rakaman dan telah berjaya merakamkan album bersama kumpulan muzik rocknya, iaitu Young Rock Band.
  4. Terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa