Monday, January 27, 2014

Aqidah - Ahli Sunnah Waljamaah, Mazhab Syiah Dan Khawarij

Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah
Apakah Maksud Ahli Sunnah Waljamaah ?
  • Ia merupakan kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah Rasulullah S.A.W. dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang perkara-perkara bida'ah.
Nama-Nama Lain Bagi Ahli Sunnah Waljamaah :
  1. Ahlussunnah.
  2. Al-Jamaah.
  3. As-Salafussoleh.
  4. Ahlul Hadis.
Maksud As-Salafussoleh :
  • Para ulama' solihin yang hidup sebelum kurun ketiga hijrah iaitu para sahabat, tabien dan pengikut tabien (Attbauttabien).
Bilakah Kemunculan Nama Ahli Sunnah Waljamaah ?
  • Setelah berlaku fitnah dan perpecahan dikalangan umat Islam. Penggunaan istilah Ahli Sunnah Waljamaah adalah untuk membezakan daripada golongan serpihan yang lahir seperti Syiah, Khawarij, Murjiah dan Muktazilah.
Siapakah Yang Memasyurkan Nama Ahli Sunnah Waljamaah ?
  1. Abu Hassan Al-Syaari (330 hijrah).
  2. Abu Mansur Al-Maturidi (333 hijrah).
Nyatakan Sumber Pegangan Ahli Sunnah Waljamaah :
  1. Al-Quran.
  2. As-Sunnah.
  3. Ijmak Ulama'.
  4. Qias. 
Mengapakah Dinamakan Ahli Sunnah Dan Al-Jamaah ?
  • Dinamakan Ahli Sunnah kerana mereka menerima dan beramal dengan sunnah Rasulullah S.A.W.
Dinamakan Al-Jamaah kerana : 
  1. Mereka berkumpul di atas kebenaran.
  2. Bersatu untuk berjihad.
  3. Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
  4. Menghidupkan sunnah dan menentang perkara bida'ah.
Huraikan Perinsip-Perinsip Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah :
  1. Berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
  2. Merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah apabila terdapat pertelingkahan pandangan.
  3. Berpegang dengan perinsip Assalafussoleh.
  4. Tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka.
  5. Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih.
Kepentingan Berpegang Teguh Dengan Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah :
  • Mendapat keredhaan Allah S.W.T.
  • Sebagai dasar kepada penerimaan sesuatu amalan.
  • Dapat membersihkan akidah daripada penyelewengan & kesesatan.
  • Mengawal iman supaya selamat di dunia dan akhirat.
Cara Untuk Memantapkan Akidah Supaya Tidak Mudah Terpesong Daripada Aqidah Ahli Sunnah Waljamaah :
  • Mempelajari ilmu daripada guru yang diiktirafkan keilmuannya.
  • Mempelajari asas aqidah yang berdasarkan kitab muktabar.
  • Menjauhkan diri daripada orang yang mengamalkan ajaran sesat.
  • Memperbanyakkan doa dan berzikir kepada Allah S.W.T. agar ditetapkan aqidah.
  • Menunaikan segala kewajipan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.
  • Meninggalkan segala kemungkaran.
Pandangan Mazhab Ahli Sunnah Waljamaah Mengenai :
Orang Yang Melakukan Dosa Besar : 
  • Dikira sebagai mukmin kerana imannya masih ada tetapi mereka dikira fasik.
Melihat Allah S.W.T. :
  • Orang mukmin dapat melihat Allah S.W.T. di syurga pada hari kiamat.
Iman Bertambah & Berkurang :
  • Iman seseorang boleh bertambah dan berkurang.
  • Ia bertambah apabila taat suruhan dan perintah Allah S.W.T.
  • Ia berkurang apabila melakukan maksiat & kejahatan.
Qada' Dan Qadar : 
  • Mereka beriktikad bahawa ketentuan (Qadar) dan segala perkara yang berlaku (Qada') dialam ini terjadi dengan kebijaksanaan & kekuasaan Allah S.W.T. sejak azali lagi.
  • Allah S.W.T. yang berkuasa mengatur segala perkara yang terjadi di alam ini.
  • Semua perkara samada baik atau buruk adalah ketentuan Allah S.W.T.
Al-Quran Bukan Makhluk : 
  • Mereka yakin Al-Quran ialah kalamullah yang bersifat qadim (bukan makhluk).
Mazhab Syiah

Siapakah Golongan Syiah :
  • Golongan syiah ialah golongan yang bercita-cita untuk menjadikan Saidina Ali Karramallahu Wajhah sebagai khalifah Rasulullah S.A.W.
Pendirian Golongan Syiah Terhadap Jawatan Khalifah Selepas Kewafatan Rasulullah S.A.W. :
  • Golongan Syiah berpendapat bahawa Saidina Ali sahajalah yang berhak dan layak dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah S.A.W.
Syiah Terbahagi Kepada 3 Kumpulan Utama Iaitu :
  1. Syiah Imamiah.
  2. Syiah Zaidiah.
  3. Syiah Al-Batiniah.
3 Golongan Kumpulan Utama Syiah Dinamakan Demikian Kerana :

Syiah Imamiah :
  • Kerana mereka berpendapat bahawa pemimpin umat Islam (imam) hanya layak disandang oleh Ahli Bait.
Syiah Zaidiah :
  • Mengambil sempena pengasasnya iaitu Zaid Bin Ali Zainal Abidin cicit kepada Ali Bin Abi Talib K.W.
Syiah Al-Batiniah :
  • Kerana pandangan mereka yang menganggap Al-Quran mempunyai makna zahir dan makna batin yang hanya difahami oleh imam mereka (kumpulan Syiah yang paling radikal dan sesat).
Perbezaan Pegangan Syiah Imamiah dengan Ahli Sunnah Waljamaah :
  • Beriktikad bahawa jawatan imam adalah jawatan yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. seperti kenabian.
  • Menolak semua hadis yang bukan diriwayatkan oleh Ahli Bait.
  • Beriktikad bahawa imam kedua belas mereka iaitu Mohamad Al-Mahdi Al-Qaim Bil-Hujjah akan muncul sebagai imam mahdi.
  • Beramal dengan Taqiah iaitu menyembunyikan iktikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad dengan mereka.
  • Mengharuskan perkahwinan mut'ah.
Kedudukan Iman Pada Pandangan Syiah Imamiah :
  • Jawatannya adalah anugerah Allah S.W.T.
  • Dianggap maksum tetapi tidak mendapat wahyu.
  • Hanya layak disandang oleh 12 imam daripada kalangan Ahli Bait mengikut urutan.
  • Setiap iman akan menamakan seseorang sebagai penggantinya.
  • Dikenali juga dengan nama Syiah Ithna Asyaariah (Syiah Bua Belas).
Pegangan Syiah Zaidiah Yang Berbeza Dengan Ahli Sunnah Waljamaah :
  • Beriktikad bahawa orang yang melakukan dosa besar berada di antara keimanan dan kekufuran.
  • Beriktikad bahawa perbuatan manusia adalah dilakukan oleh manusia bukan Allah S.W.T. (manusia berkuasa penuh melakukan perbuatan).
Pegangan Syiah Yang Lain Yang Ditolak Oleh Syiah Zaidah :
  • Konsep Taqiah.
  • Kepercayaan bahawa Muhammad Al-Mahdi Al-Qaim Bil-Hujjah sebagai Imam Mahdi.
  • Kema'suman para Imam kecuali Ali, Fatimah, Al-Hassan dan Al-Hussin.
Pegangan Utama Golongan Syiah Al-Bataniah :
  • Beriktikad bahawa Ali K.W. dan Imam mereka yang lain sebagai tuhan.
  • Beriktikad bahawa Imam mereka Muhammad Bin Al-Hanafiah masih hidup.
  • Menghalalkan beberapa kemungkaran seperti minum arak.
Khawarij

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Golongan Khawarij ?

  • Golongan penyokong Sayidina Ali yang berjuang menentang Muawiah R.A. tetapi tidak menerima Majlis Tahkim.
  • Mereka menarik diri daripada menyokong Sayidina Ali kerana memprotes Ali yang bersedia menerima keputusan Majlis Tahkim yang memihak kepada Muawiah.
Pegangang Golongan Khawarij :
  • Beriktikad bahawa orang yang melakukan dosa besar adalah kafir.
  • Mengkafir dan menghalalkan darah semua orang Islam yang berlainan iktikad dengan mereka.
  • Menghadkan sumber syariat Islam hanya kepada Al-Quran sahaja.
Cara-Cara Untuk Memelihara Aqidah :
  • Mematuhi perintah Allah S.W.T. dan menjauhi  larangannya.
  • Menghindarkan diri daripada orang yang mengamalkan ajaran sesat.
  • Sentiasa berdoa bagi membina ketahanan aqidah.
  • Belajar daripada guru yang diperakui keilmuannya dalam bidang aqidah.
  • Mempelajari dan mendalami asas aqidah berdasarkan kitab Ahli Sunnah Waljamaah yang muktabar.
Maksud Perkara-Perkara Berikut :

Kafir :
  • Orang yang mengingkari salah satu daripada perinsip akidah yang telah dijelaskan dalam Al-Quran dan hadis.
  • Orang yang ingkar kepada apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. supaya beriman kepadanya.
Musyrik :
  • Orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain atau menyamakan sesuatu dengan Allah pada zat, sifat dan perbuatan.
Munafik :
  • Orang yang pada zahirnya beriman tetapi dalam hatinya kufur (menyembunyikan kekufuran).
Fasik :
  • Orang yang durhaka kepada Allah S.W.T. dan rasulnya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil.
Murtad :
  • Orang yang keluar daripada agama Islam samada melalui percakapan, perbuatan (amalan) atau iktikad (kepercayaan).
Mulhid :
  • Orang yang tidak beragama.

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa