Friday, October 18, 2013

Rumusan Folio Perinsip Perakaunan Tingkatan 4

Rumusan :

  • Perniagaan saya, RR House Of Lamps telah mengamalkan konsep, perinsip dan andaian perakaunan dalam merekod urusniaga dalam buku-buku perakaunan. Antaranya adalah:

Wang Sebagai Ukuran :

  • Semua urusniaga mesti direkodkan dalam bentuk wang iaitu Ringgit Malaysia (RM). Wang berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran dalam setiap urusniaga. Contohnya, penilaian stok dijumlahkan dalam nilai RM.
Catatan Bergu :

  • Setiap urusniaga direkodkan dalam dua akaun yang berasingan, iaitu satu akaun didebitkan dan satu akaun lagi dikreditkan dalam amaun yang sama. Contohnya, RR House Of Lamps menjual barang niaga kepada East Coast GM Resources sebanyak RM 12 240.00 secara kredit. Dalam buku perniagaan RR House Of Lamps, akaun East Coast GM Resources akan didebitkan dengan RM 12 240.00 dan akaun jualan akan dikreditkan sebanyak RM 12 240.00.
Entiti Berasingan :

  • Sebarang urusniaga antara perniagaan dengan pemiliknya dianggap sebagai urusan antara dua pihak yang berasingan. Akaun Modal dan Akaun Ambilan dibuka untuk merekodkan urusniaga antara pemilik dan perniagaan. Contohnya, saya ingin menggunakan barang niaga atas kegunaan sendiri, urusniaga ini perlu direkodkan sebagai ambilan dalam buku perakaunan perniagaan.
Tempoh Perakaunan :

  • Sesebuah perniagaan perlu membahagikan hayat perniagaan kepada tempoh perniagaan yang sama kerana hayat perniagaan diandaikan berjalan secara berterusan. Tempoh perakaunan adalah tetap bagi sesebuah perniagaan. Contohnya, tempoh perniagaan RR House Of Lamps adalah selama setahun bermula dari 1 Ogos 2013 – 31 Julai 2014.

Perinsip Perakaunan Bab 2 Tingkatan 4

Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja & Akaun Kontra.

Aset :

  • Aset ialah harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dan digunakan untuk menjalankan perniagaan.
  • Aset boleh berbentuk ketara dan tidak ketara.
  • Contoh aset ketara ialah : premis, kenderaan, perabot, lengkapan, mesin, stok wang tunai.
  • Aset berbentuk tidak ketara pula ialah : hak cipta dan paten.
Pengelasan Aset :

  • Aset perniagaan terbahagi kepada dua iaitu : aset semasa & aset bukan semasa.
  • Aset semasa atau aset bukan semasa bergantung kepada jenis perniagaan dan aktiviti perniagaan.
  • Sebagai contoh, bagi sebuah kedai perabot, perabot merupakan barang niaga.
  • Manakala bagi sebuah kedai runcit, perabot merupakan aset bukan semasa.
  • Aset semasa ialah harta yang boleh ditukarkan kepada tunai dalam jangka pendek kurang dari setahun.
  • Aset semasa ialah penghutang, tunai di tangan & bank, stok, hasil terakru belanja terdahulu.

Biodata Rohani Redzwa


Nama Penuh : Siti Rohani Binti Mohammed Redzwa
Nama Komersial : Rohani Redzwa
Tarikh Lahir : 24 Ogos 1997
Umur : 16 Tahun
Adik beradik : 6 On The Way Nak Masuk 7 Orang
Jantina : Perempuan
Tinggal : Gua Musang, Kelantan, Malaysia
Lahir : Hospital Besar, Kuala Lumpur
No Kad Pengenalan : 970824-14-****
Tahap Pendidikan : Tingkatan 4
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Warga Negara : Malaysia
Status : Belum Berkahwin
Cita-cita : Guru Bahasa Inggeris, Pereka Fashion, Penyanyi, Pelakon, Model Muslimah, Makeup Artist
Air Kegemaran : Air Kelapa
Makanan Kegemaran : Nasi Kerabu
Buah Kegemaran : Delima Naga & Delima

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa