Tuesday, March 25, 2014

Akhlak - Adab Berniaga

Maksud Berniaga : 
  • Berniaga ialah pertukaran harta dengan harta berdasarkan syarat-syarat tertentu.
Islam Menggalakkan Perniagaan Kerana :
  • Berniaga merupakan kerja Nabi Muhammad S.A.W. sebelum baginda diutus menjadi rasul.
  • Para sahabat Rasulullah S.A.W. juga terlibat dalam perniagan seperti Abdul Rahim Bin Auf.
  • 9/10 daripada rezeki datangnya dari perniagaan.
Adab-Adab Yang Perlu Dimiliki Oleh Seorang Perniaga : 
  • Bersikap jujur dan amanah.
  • Bersifat ihsan dengan tujuan mendapatkan keberkatan daripada Allah S.W.T.
  • Bekerjasama dan bertolak ansur.
  • Dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh.
  • Menjauhi perkara yang haram seperti menipu sukatan.
  • Melindungi hak-hak penjual dan pembeli.
Contoh Perkara-Perkara Yang Haram Semasa Berniaga :
  • Menipu sukatan.
  • Menyorok barang.
  • Menjual barang-barang yang haram seperti arak dan dadah.

Akhlak - Adab Dengan Pemimpin

Maksud Pemimpin :
  • Pemimpin ialah orang yang dipertanggungjawabkan memimpin sekumpulan manusia atau sesebuah organisasi.
Tanggungjawab Pemimpin Terhadap Rakyat : 
  • Berlaku adil dalam melaksanakan pemerintahan.
  • Menyediakan keperluan asas kepada rakyat.
Adab-Adab Rakyat Terhadap Pemimpin :
  • Mentaati pemimpin selagi beliau tidak menyuruh rakyat melakukan perkara-perkara maksiat.
  • Membantu pemimpin dalam mencapai wawasan negara.
  • Memberi sokongan padu kepada pemimpin.
  • Menasihati pemimpin yang melakukan kesilapan dengan cara yang baik.
Akibat Sekiranya Rakyat Tidak Mentaati Pemimpin :
  • Tugas pemimpin akan terbantut.
  • Memudahkan musuh menguasai negara.
  • Pemimpin akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan rakyat.
Ciri-Ciri Pemimpin Yang Baik Yang Wajib Ditaati :
  • Beriman & beragama.
  • Berakhlak mulia.
  • Bertanggungjawab.
  • Bersikap adil.
  • Sedia menerima teguran.
  • Jujur.
  • Berani.
  • Tegas.
  • Boleh menjadi contoh untuk rakyat.
  • Sederhana.

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa