Wednesday, March 26, 2014

Akhlak - Adab Memberi Dan Menerima Hadiah Serta Sedekah

Maksud Sedekah :
  • Sedekah ialah pemberian yang dilakukan dengan ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
Maksud Hadiah :
  • Hadiah ialah pemberian dari seseorang sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau pujian.
Terangkan Kelebihan & Faedah Memberi Hadiah & Sedekah :
  • Mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.
  • Disukai oleh orang ramai.
  • Rezeki kita akan bertambah.
Jenis-Jenis Sedekah : 
  • Memberi senyuman.
  • Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
  • Menunjukkan jalan kepada orang yang sesat.
  • Membuang benda-benda yang menghalang di jalan.
  • Harta dan wang disedekahkan kepada orang yang memerlukan.
  • Memberi khidmat dan membantu orang yang memerlukan pertolongan.
Adab-Adab Memberi Sedekah & Hadiah :
  • Diberi dengan niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T.
  • Mensedekahkan barang yang kita sayangi.
  • Tanpa mengungkit semula barang yang telah diberi.

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa