Tuesday, August 13, 2019

RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM)

SKRIP PENILAIAN JPJ BAGI LESEN KERETA D

Hye you all mesti rindu sis kan? Dah lama sangat kan sis menyepi dari dunia blogging ni kan! Memandangkan esok sis akan ada test JPJ so entry kali ni sis titipkan kepada korang semua skrip yang boleh korang guna pakai nanti korang nak ambik lesen kereta nanti k! Berikut merupakan RSM dan korang perlu tahu RSM bermaksud rutin sebelum memandu dan korang kena baca benda ni semua nanti korang test JPJ! Doakan sis lulus test JPJ esok ok! Semoga entri kalini berguna buat korang semua yang tak tahu nak baca apa nanti test JPJ untuk RSM korang!

RUTIN SEBELUM MEMANDU (RSM) :

-Masuk duduk, brek tangan sudah ditarik.
-Saya melaraskan tempat duduk.
-Saya menentukan kedudukan tangan pada stereng.
-Saya melaraskan cermin pandang belakang dan cermin sisi kiri dan kanan.
-Tolok suhu enjin berfungsi.
-Tolok bahan bakar berfungsi.
-Lampu amaran brek tangan berfungsi.
-Lampu amaran tekanan minyak enjin berfungsi.
-Lampu amaran bateri berfungsi.
-Saya memastikan gear dalam keadaan P.
-Saya menghidupkan enjin dengan menekan brek.
-Lampu depan berfungsi.
-Lampu isyarat kiri dan kanan berfungsi.
-Lampu hazard berfungsi.
-Takometer / RPM berfungsi.
-Pemancut air dan pengelap cermin depan berfungsi.
-Pemancut air dan pengelap cermin belakang berfungsi.
-Saya memakai dan menguji tali pinggang keledar, tali pinggang keledar berfungsi.
-Hon berfungsi.

Itu sahaja tau RSM yang perlu korang hafal nanti nak baca depan abam JPJ hokeyh! Jangan marah ye kalau sis selitkan gambar sis kat sini! Sis korang memang macam ni! Nevesnya lahai untuk esok! 


Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa