Monday, January 6, 2014

Ayat Kefahaman - Layanan Baik Terhadap Orang Bukan Islam

Maksud Surah At-Taubah Ayat 6 :

  • Dan jika seseorang daripada kaum Musyrikin meminta perlindungan kepadamu untuk memahami Islam, maka berilah perlindungan kepadanya sehigga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah tentang hakikat Islam, kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang aman baginya. Perintah tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui hakikat Islam. 
Intisari Ayat At-Taubah, 6 :

  • Orang yang beriman wajib memberi perlindungan kepada orang bukan Islam.
  • Tujuannya ialah untuk menerangkan ajaran Islam kepada mereka.
  • Selesai perlindungan, orang itu hendaklah dihantar ke tempat yang aman.
Kepentingan Memberi Layanan Baik Kepada Orang Bukan Islam :

  • Mewujudkan keharmornian dalam kehidupan.
  • Menunjukkan contoh yang baik dan berusaha menyampaikan Islam dengan cara yang sesuai.
  • Bergaul dengan cara yang baik dan tidak bertindak kasar dengan mereka.
  • Menjaga hubungan baik dengan mereka.
  • Menganjurkan sesi perbincangan dengan orang bukan Islam tentang Islam.

Fakta :

  • Islam adalah agama yang menganjurkan kedamaian.
  • Perkataan Islam berasal dari perkataan salam yang bermaksud sejahtera dan damai.

Kesan Peperangan & Kedamaian :

Kesan Kedamaian :

  • Rakyat hidup selesa, aman dan damai.
  • Tumpuan dapat diberikan terhadap pembangunan negara.
  • Ekonomi akan kukuh dan prasarana pendidikan berjalan dengan lancar.

Kesan Peperangan :

  • Kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.
  • Kemajuan terbantut dan prasarana pendidikan tidak dapat disediakan.
  • Ekonomi negara akan hancur dan memerlukan masa yang lama untuk memulihkannya kembali.

Di Dalam Ayat Di Atas, Allah S.W.T. Memerintahkan Orang Islam Supaya Memberi Pelindungan Kepada Orang Bukan Islam :

Apakah sebab diperintahkan perlindungan tersebut ?

  • Kerana mereka golongan yang tidak mengetahui hakikat agama Islam.
Nyatakan bentuk perlindungan yang boleh diberikan?

  • Menjaga keamanan orang bukan Islam.
  • Menolong mereka apabila mereka menghadapi musibah atau kesusahan.
  • Memberikan mereka perlindungan dan tempat tinggal.
Jelaskan kesan positif perlindungan yang boleh diberikan ?

  • Islam akan lebih dihormati.
  • Syiar Islam akan berkembang.
  • Islam menjadi contoh dan model kepada agama lain.
  • Meringankan beban yang ditanggung oleh orang bukan Islam.
  • Mereka akan memahami Islam dengan lebih mendalam.
Apakah tujuan Islam memberi perlindungan kepada orang bukan Islam?

  • Untuk menyampaikan ajaran Islam kepada orang bukan Islam.
  • Memimpin orang bukan Islam ke jalan yang benar.
  • Membuktikan bahawa Islam merupakan agama yang mulia.
Cadangkan cara memberi pelindungan kepada orang bukan Islam yang berminat ke arah Islam ?

  • Memastikan hak-hak mereka dijaga.
  • Memastikan kebajikan mereka dijaga.
  • Mewujudkan suasana aman dan sentosa.
  • Bergaul dengan orang Islam dengan cara yang baik.
  • Tidak bertindak kasar dengan mereka.
  • Tidak menakut-nakutkan mereka.
Nyatakan cara-cara berdakwah yang disebut dalam ayat di atas :

  • Memberi perlindungan.
  • Menghantar ke tempat yang aman.
  • Memberi penerangan tentang hakikat Islam.
Terangkan persediaan umat Islam untuk menghadapi musuhnya :

  • Berkemahiran menggunakan senjata.
  • Mempunyai kepakaran merangka strategi yang baik.
  • Menguasai ilmu pengetahuan.
  • Memastikan umat Islam sentiasa berada dalam fizikal yang baik.
  • Menyediakan alat peperangan yang mencukupi.
Terangkan pengajaran ayat di atas :

  • Kita diwajibkan memberi perlindungan kepada orang bukan Islam untuk menyampaikan dakwah.
  • Wajib menunjukkan teladan yang baik kepada orang bukan Islam.
  • Wajib memberitahu dan menyampaikan mengenai Islam kepada orang bukan Islam.

Soalan Tambahan :

Berdasarkan ayat di atas, terangkan dua kebaikan melaksanakan suruhan memberi perlindungan :

  • Syiar Islam akan berkembang.
  • Islam menjadi contoh kepada agama-agama lain.
Ayat di atas menjelaskan bahawa dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara, terangkan cara-cara berdakwah kepada rakan sebaya di sekolah untuk meningkatkan disiplin mereka :

  • Bergaul dengan rakan dan mendekati mereka.
  • Menjadi contoh kepada rakan-rakan sebaya.
  • Memberi khidmat nasihat kepada mereka.
  • Berdialog dan bertukar fikiran.
Namakan pertubuhan-pertubuhan yang berperanan membantu orang yang baru memeluk Islam di Malaysia :

  • Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).
  • Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
  • Majlis @ Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.
  • ABIM.
  • JAKIM.
  • IKIM.

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa