Wednesday, October 16, 2013

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

  • ZAMAN PRASEJARAH

    -Pada zaman ini, manusia masih belum mengenali sistem tulisan.
    -Kajian terhadap Zaman Prasejarah dan budayanya telah dijalankan oleh ahli arkeologi.
    -Kajian dilakukan melalui kajian arkeologi ke atas artifak, feature dan ekofak.
    -Kajian arkeologi digunakan untuk mengetahui kewujudan manusia semasa Zaman Prasejarah.
    -Kajian ini dilakukan dengan mencari gali bahan-bahan seperti :
    • Artifak : Barang yang dicipta oleh manusia seperti kapak.
    • Feature : Tinggalan seperti struktur bangunan dan lubang sampah yang tidak dapat diubah.
    • Ekofak : Tinggalan seperti tulang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya.

    -Terdapat empat tahap Zaman Prasejarah iaitu :
    • Zaman Paleolitik.
    • Zaman Mesolitik.
    • Zaman Neolitik.
    • Zaman Logam. ( Zaman Besi Dan Zaman Gangsa ) 
      
    Zaman Paleolitik Dan Mesolitik

    Petempatan 
    • Tepi sungai dan tasik.
    • Di dalam gua.

    Ciri-ciri Utama
    • Mereka tinggal di : tepi sungai, tepi tasik, dalam gua.
    • Mereka hidup secara nomad iaitu berpindah-randah.
    • Mereka hidup dalam kelompok keluarga atau secara berkumpulan.
    • Kegiatan utama : memungut hasil hutan, memburu binatang, menangkap ikan.
    • Alatan batu yang digunakan lebih kasar dan lebih mementingkan fungsi daripada nilai seni.

     Zaman Neolitik

    -Sistem Barter Wujud Pada Zaman Neolitik.

    Ciri-ciri Utama
    • Manusia pada zaman ini mula hidup menetap.
    • Kegiatan utama mereka adalah, bercucuk tanam dan menternak binatang.
    • Mereka mula mencipta alatan batu yang telah dilicinkan yang mempunyai pelbagai fungsi.
    • Mereka mula membuat tembikar.
    • Pada peringkat akhir Zaman Neolitik, terdapat individu yang berjaya meleburkan logam.
    • Sistem barter wujud kerana masyarakat zaman ini tinggal menetap.
    • Mereka juga berupaya menghasilkan makanan melebihi keperluan mereka.
    • Terdapat pengkhususan pekerjaan dan pembahagian tugasan.
    • Mereka juga mempunyai banyak masa untuk menghasilkan artifak yang lebih baik.

     Zaman Logam
    • Zaman Logam ini terbahagi kepada dua iaitu, Zaman Gangsa & Zaman Besi.
    • Pengunaan alat daripada logam menyebabkan manusia pada zaman ini mencipta, Perahu & Rumah.
    • Perahu, memudahkan hubungan perdagangan dan pengangkutan antara kawasan. Mereka meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritim.
    • Pada zaman ini, telah muncul Pertempatan Besar & Kota Pertahanan.
    • Contoh bandar di Zaman Logam ialah Jericho, Jordan ( 8 000 S.M ) & Catal Huyuk, Turki ( 6 500 S.M ).
    • Pada Zaman ini, mereka mula mengetahui cara mengebumikan mayat dan  mengiringinya dengan bekalan kubur seperti makanan, alatan besi, tembikar & sebagainya. 
    • Di Tanah Besar Asia Tenggara, Zaman Logam muncul pada sekitar tahun 1 000 - 1 500 S.M. Buktinya, penemuan artifak gendang gangsa yang dihasilkan di Dongson, Vietnam Utara.
         Guru Sejarah Wannabe.  
             Rohani Redzwa.        

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa