Monday, October 21, 2013

Sejarah Tingkatan 4 Bab 9

Maksud Zaman Gelap Di Eropah :

  • Bermula selepas kejatuhan Tamadun Rom 
  • Masyarakat pada zaman gelap di Eropah hidup dalam keadaan mundur.
  • Zaman gelap di Eropah merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan.
  • Zaman ini mengalami kemerosotan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Ciri-Ciri Kehidupan Masyarakat Eropah Pada Zaman Gelap :

  • Tidak terdapat pentadbiran pusat yang berkesan.
  • Kemusnahan kuasa pusat kerana tidak dapat mentadbir wilayah.
  • Kemunculan baron iaitu tuan tanah yang berkuasa di wilayah yang diduduki.
  • Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk menjaga keselamatan mereka.
  • Sebagai balasan, petani haruslah membayar cukai kepada tuan tanah.
  • Petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai haruslah menyerahkan tanah mereka.
  • Kepada golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba.
  • Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja.
  • Sebagai tukaran, golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja.
  • Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat dengan tuan tanah dan seterusnya raja, merupakan :
  1. Asal kepada sistem feudal di Eropah.
  2. Kelembapan ilmu pengetahuan.
  3. Institusi gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak.

No comments:

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa