Tuesday, March 25, 2014

Akhlak - Adab Berniaga

Maksud Berniaga : 
  • Berniaga ialah pertukaran harta dengan harta berdasarkan syarat-syarat tertentu.
Islam Menggalakkan Perniagaan Kerana :
  • Berniaga merupakan kerja Nabi Muhammad S.A.W. sebelum baginda diutus menjadi rasul.
  • Para sahabat Rasulullah S.A.W. juga terlibat dalam perniagan seperti Abdul Rahim Bin Auf.
  • 9/10 daripada rezeki datangnya dari perniagaan.
Adab-Adab Yang Perlu Dimiliki Oleh Seorang Perniaga : 
  • Bersikap jujur dan amanah.
  • Bersifat ihsan dengan tujuan mendapatkan keberkatan daripada Allah S.W.T.
  • Bekerjasama dan bertolak ansur.
  • Dilakukan dengan tekun dan bersungguh-sungguh.
  • Menjauhi perkara yang haram seperti menipu sukatan.
  • Melindungi hak-hak penjual dan pembeli.
Contoh Perkara-Perkara Yang Haram Semasa Berniaga :
  • Menipu sukatan.
  • Menyorok barang.
  • Menjual barang-barang yang haram seperti arak dan dadah.

No comments:

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa