Saturday, March 25, 2017

Contoh Pengenalan, Kerja Kursus Sejarah, Semester 2

1.0               PENGENALAN

                  Umum mengetahui bahawa bandar Gua Musang merupakan sebuah bandar yang terletak di Selatan Negeri Kelantan1. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan bandar ini tidak dibangunkan dengan kadar yang segera, antaranya ialah kawasan ini terletak agak jauh daripada pusat pentadbiran negeri. Namun, bandar Gua Musang telah menunjukkan berlakunya perkembangan dari tahun 1970 hingga tahun 2000.

                  Sebelum tahun 1976, kawasan ini diletakkan di bawah pusat pentadbiran Jajahan Hulu Kelantan yang merangkumi kawasan Kuala Krai dan Gua Musang. Pusat pentadbiran ketika itu terletak di Kuala Krai. Selain itu, dari segi perkembangan, bandar Gua Musang boleh dikategorikan sebagai sebuah bandar yang agak pesat berkembang. Sebelum kawasan ini dijadikan sebagai sebuah bandar, ia merupakan sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai pekan Gua Musang yang diselusuri oleh jalan kereta api2.
     
                  Kawasan ini terletak kira-kira seratus enam puluh kilometer di Hulu Kelantan di Selatan Kuala Krai3. Terdapat sebuah bukit di bahagian timur pekan ini yang dikenali sebagai bukit Gua Musang yang mempunyai ketinggian sebanyak seratus lima meter4. Menurut Encik Alias bin Muhammad, iaitu seorang penduduk yang tinggal di kampung Limau Kasturi yang ditemubual oleh pengkaji, beliau menyatakan bahawa sebelum pekan ini diterokai dan dijadikan sebagai sebuah bandar, kawasan ini dahulunya merupakan kawasan yang menjadi tumpuan bagi pembalak-pembalak yang tinggal di kawasan Gua Musang untuk mendapatkan bekalan balak5.

                  Seterusnya, menurut Lee Chye Xian yang telah menetap selama 75 tahun di bandar Gua Musang pula, beliau menyatakan bahawa pekan Gua Musang telah dijadikan sebagai sebuah bandar oleh salah seorang penebang balak6. Hal ini berlaku kerana individu yang bertanggungjawab dalam menjadikan pekan Gua Musang sebagai sebuah bandar berpendapat bahawa kawasan ini sangat strategik untuk dibangunkan. Selain itu, melalui temubual pengkaji bersama Ng Teck Cheng pula, iaitu seorang penduduk yang telah menetap selama 80 tahun di bandar Gua Musang, beliau telah memberi informasi kepada pengkaji bahawa pekan Gua Musang telah dijadikan sebagai sebuah bandar oleh seorang individu yang bernama Ng Ong Chong yang berketurunan Cina7.

                  Jelaslah bahawa bandar Gua Musang dahulunya merupakan sebuah pekan, tetapi pekan tersebut telah dijadikan sebagai sebuah bandar oleh seorang individu yang berketurunan Cina yang juga merupakan seorang penebang balak. Oleh itu, pengkaji akan mengkaji tentang perkembangan pembangunan yang telah berlaku di bandar Gua Musang. Namun, tinjauan pengkaji hanyalah dari tahun 1970 hingga tahun 2000.

4 comments:

Anonymous said...

thnks for information ... semoga u dimurahkan rezeki .. by the way , u r so cute .. anyway can i have ur phone number ??

Unknown said...

Saya suka blogger ini

Anonymous said...

Saya suka blogger ini

Unknown said...

Saya suka blogger ini

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa