Saturday, November 21, 2020

Salamun Qaulam Mir Rabbir Rahim

 


سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Nak tahu kenapa kita baca “Salamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” berulang kali dalam surah Yassin? Ini Sebabnya :

Ini adalah rahsia ayat yang ke-58 dalam surah Yassin.

Kepada sesiapa yang membaca surah Yassin sepenuhnya dan pada ayat ke-58 surah tersebut diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat yang baik.

Insyaallah dengan izinnya yang maha esa dan maha kuasa, semua atau sebahagian hajat kita akan dikabulkan.

Bacaan dan bunyinya begini :

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

 “Salamun Qaulam Mir Rabbir Rahim” 

Anda bolehlah niatkan seperti berikut :

1. YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku, dosa saudara-maraku dan dosa kaum muslimin yang lain.

2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan kepadaku isteri atau suami serta anak-anak yang soleh / solehah dan mencintai agamamu Ya Allah.

3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan kepadaku rezeki yang berkat, pekerjaan yang baik serta kejayaan didunia dan akhirat.

4. YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan segala hajatku. 

5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat hasad dengki, khianat dan munafiq.

6. YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat islam yang beriman dengan kesihatan zahir dan batin.

7. YA-ALLAH YA-ZALJALAA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhakan aku.

Sampaikan ilmu atau pengetahuan dakwah ini kepada keluarga, saudara mara, sahabat anda dan sesiapa sahaja seramai yang boleh dengan apa cara sekalipun. Zaman serba moden ini, kita mampu menyampaikan apa yang kita tahu hanya melalui hujung jari kita.

Ya Allah, tanamkan di hati kami perasaan sentiasa rindu kepadamu, sentiasa ingatkan kami tentang dahsyatnya hari akhiratmu agar hambamu tidak tertipu dengan nikmat dunia yang sementara ini.

Ya Allah ya tuhan kami, penguasa hati kami, tetapkanlah hati kami dalam taqwa dan istiqomah supaya tetap berada dijalanmu hingga ke akhir hayat kami. Aamiin Ya Rabbal’alamin.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami dan berikanlah kami hidayahmu supaya kami sentiasa dekat kepadamu hingga ke akhir hayat.

Aamiin Ya Rabbal A’alamin.


No comments:

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa