Saturday, October 19, 2013

Tema, Nilai Dan Pengajaran Novel Renyah

Novel Renyah 

Tema :

  • Konflik kekeluargaan yang dihadapi oleh tokoh korporat dalam menangani kerenah anak-anak.
Nilai :

  • Nilai kasih sayang. Contohnya, Datuk Dolhi dan Datin Tominah sayang akan anak-anaknya. Oleh sebab itu, mereka berusaha menyelamatkan  anak-anak mereka yang bermasalah dengan pelbagai cara.
  • Nilai sabar. Contohnya, Datuk Dohli begitu sabar menghadapi kerenah anak-anaknya yang tidak mahu meneruskan usahanya dalam perniagaan.
  • Nilai tanggungjawab. Contohnya, Datuk Dolhi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan memberikan pendidikan kepada anak-anaknya, termasuklah Wahi yang dipelihara neneknya.
  • Nilai patriotik. Contohnya, Datuk Dolhi menggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi.
  • Nilai berani. Contohnya, Amera berani menegur Ilham yang tidak bekerja dan hanya mundar-mandir.
  • Nilai kerajinan. Contohnya, Datuk Dolhi rajin membaca buku-buku ilmiah untuk menambah pengetahuannya.
Pengajaran :

  • Ibu bapa dan anak-anak hendaklah saling menyayangi antara satu sama lain. Hal ini dapat dilihat pada watak Datuk Dolhi dan anak-anaknya yang saling menyayangi walaupun mereka sering menimbulkan masalah kepada bapa mereka itu.
  • Kita mestilah bersabar dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan. Datuk Dolhi  bersabar menerima berita bahawa Dani telah ditangkap polis kerana memiliki dadah. Beliau tidak memarahi Dani sebaliknya menjamin Dani dan berusaha memasukkan Dani ke pusat pemulihan.
  • Kita hendaklah mengutamakan barangan buatan tempatan bagi menyokong ekonomi negara. Sikap ini yang ditunjukkan oleh Datuk Dolhi yang munggunakan Limosin Saga untuk ke majlis-majlis rasmi wajar dicontoh oleh masyarakat. 
  • Kita hendaklah rajin membaca dan menuntut ilmu untuk memajukan diri dan negara. Datuk Dolhi dan Wahi rajin membaca buku-buku ilmiah untuk menambahkan pengetahuan mereka dalam bidang perniagaan. 
  • Janganlah mudah terpengaruh apabila ditawarkan kemewahan melalui jalan yang salah. Sikap Hasnol yang mudah terpengaruh apabila diberikan rasuah oleh Tengku Munir sebagai imbuhan untuk meluluskan tendernya amat tidak wajar dicontohi oleh masyarakat.

No comments: