Friday, October 18, 2013

Perinsip Perakaunan Bab 2 Tingkatan 4

Klasifikasi Akaun : Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil, Belanja & Akaun Kontra.

Aset :

  • Aset ialah harta yang dimiliki oleh sesebuah perniagaan dan digunakan untuk menjalankan perniagaan.
  • Aset boleh berbentuk ketara dan tidak ketara.
  • Contoh aset ketara ialah : premis, kenderaan, perabot, lengkapan, mesin, stok wang tunai.
  • Aset berbentuk tidak ketara pula ialah : hak cipta dan paten.
Pengelasan Aset :

  • Aset perniagaan terbahagi kepada dua iaitu : aset semasa & aset bukan semasa.
  • Aset semasa atau aset bukan semasa bergantung kepada jenis perniagaan dan aktiviti perniagaan.
  • Sebagai contoh, bagi sebuah kedai perabot, perabot merupakan barang niaga.
  • Manakala bagi sebuah kedai runcit, perabot merupakan aset bukan semasa.
  • Aset semasa ialah harta yang boleh ditukarkan kepada tunai dalam jangka pendek kurang dari setahun.
  • Aset semasa ialah penghutang, tunai di tangan & bank, stok, hasil terakru belanja terdahulu.

No comments:

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa