Friday, January 10, 2014

Ayat Kefahaman - Batas-Batas Pergaulan

Maksud Surah An-Nur Ayat 30 :

  • Katakanlah wahai Muhammad kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya menyekat pandangan mereka memandang perkara yang haram dan memelihara kemahuan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah S.W.T. amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.


Maksud Surah An-Nur Ayat 31 :

  • Dan katakanlah kepada orang-orang perempuan yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka daripada memandang perkara yang haram dan memelihara kemaluan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau anak-anak bagi saudara-saudara lelaki mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan Islam. Atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah S.W.T. Wahai orang-orang yang beriman! Supaya kamu berjaya.
Berdasarkan Ayat Di Atas, Jelaskan Perintah Allah S.W.T. Kepada Orang Beriman Lelaki Dan Orang Beriman Perempuan :

  • Menjaga kehormatan diri dan maruah.
  • Memelihara aurat atau menutup aurat. 
  • Menjaga pandangan daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Menjaga Pandangan ?

  • Menjaga pandangan ialah memelihara mata daripada melihat perkara-perkara yang diharamkan.
Nyatakan Sebab-Sebab Islam Memerintahkan Orang-Orang Lelaki Beriman Dan Orang-Orang Perempuan Beriman Supaya Mengawal Pandangan Mereka :

  • Allah S.W.T. menjadikan mata untuk melihat perkara baik agar iman bertambah.
  • Mata yang liar tidak dapat dikawal adalah tanda-tanda hati berpenyakit.
  • Segalanya bermula dari pandangan mata seterusnya turun ke hati dan apabila terpengaruh oleh hawa nafsu maka akan berlakulah perkara yang amat buruk di atas muka bumi ini.
Kebaikan Menjaga Kehormatan Diri :

  • Terpelihara keturunan. Anak yang dilahirkan adalah hasil daripada perhubungan yang sah.
  • Kesihatan terjamin dan terhindar daripada penyakit seperti aids.
  • Maruah terpelihara.
  • Dikasihi Allah S.W.T. dan mendapat pahala.
  • Hidup tenang dan tidak bergelumang dengan dosa.
  • Dihormati masyarakat kerana berakhlak mulia.
Hikmat Islam Mewajibkan Umatnya Menutup Aurat :

  • Memelihara iman.
  • Menjaga imej Islam.
  • Menjaga maruah diri.
  • Menghindari fitnah.
  • Menjaga keselamatan diri.
Berpakaian Menutup Aurat Menurut Islam :

  • Berpakaian tidak ketat.
  • Berpakaian tidak jarang.
  • Berpakaian sopan ketika bersama mahram.
  • Berpakaian sesuai mengikut jantina.
  • Perempuan - menutup semua anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
  • Lelaki - antara pusat dan lutut.
Batas-Batas Aurat Lelaki Dan Perempuan Yang Telah Ditetapkan Oleh Islam Mengikut Situasi :
 
Batas Aurat Lelaki :

  • Dalam semua keadaan ialah diantara pusat dan lutut kecuali ketika bersama isteri.

Batas Aurat Perempuan :
  • Situasi Dan Batas-Batas Yang Perlu Ditutup :
  1. Bersama perempuan Islam & lelaki mahramnya - Dari pusat hingga lutut.
  2. Bersama perempuan bukan Islam, lelaki bukan mahram dan ketika mengerjakan solat - Seluruh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.
  3. Ketika bersama suami dan anak di rumah - Boleh menunjukkan perhiasan zahir seperti rambut, leher dan sebagainya.
Pengajaran Ayat Di Atas :
  1. Umat Islam lelaki dan perempuan hendaklah mengawal pandangan daripada melihat perkara yang haram. 
  2. Hendaklah sentiasa menjaga maruah diri.
  3. Menutup aurat menjadi kewajipan keatas semua umat Islam.
  4. Setiap mukmin hendaklah berakhlak mulia. 
  5. Orang-orang yang terlibat dengan dosa-dosa wajib bertaubat dengan segera.
Cara-Cara Menjaga Kehormatan Diri :
  1. Berpakaian menutup aurat.
  2. Bercakap dengan sopan santun.
  3. Berakhlak mulia.
  4. Tidak melakukan perkara sia-sia seperti berbual kosong.
  5. Membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  6. Menjauhi maksiat.
  7. Menjaga pandangan mata.
Bilakah Seseorang Islam Harus Melihat Aurat Bukan Muhrimnya ?
  1. Ketika merawat dan tujuan perubatan.
  2. Ketika menjadi saksi.
  3. Untuk tujuan perkahwinan.
Siapakah Yang Dimaksudkan Oleh Allah S.W.T. Supaya Mengawal Pandangan Mata Dan Memelihara Maruah ?
  1. Lelaki/Perempuan yang beriman.
  2. Orang Islam.
  3. Orang Soleh.
Nyatakan Cara Mengawal Pandangan Mata :
  1. Tidak melihat perkara maksiat.
  2. Tidak melihat bahan lucah.
  3. Tidak melihat aurat orang lain.
  4. Tidak melihat perkara yang melalaikan.
  5. Tidak memandang perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah.
Usaha Untuk Menjaga Batas Pergaulan Di Kalangan Ahli Keluarga :
  1. Sentiasa berpakaian sopan ketika bersama keluarga.
  2. Menjaga pandangan daripada melihat perkara yang haram atau filem dan gambar berunsur lucah.
  3. Saling menasihati antara ahli keluarga.
  4. Menjaga percakapan ketika bergaul.
  5. Sentiasa berdoa untuk ahli keluarga.
  6. Mengasingkan bilik tidur antara adik beradik lelaki dan perempuan.

No comments:

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa