Friday, January 10, 2014

Muhrim

Muhrim atau mahram, bahasa Arab محرم, ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang "haram" berkahwin. Terbahagi kepada dua larangan iaitu :

  • Larangan kekal "muabbad".
  • Larangan sementara "muaqqat".
Larangan Kekal "muabbad" :

  • Larangan kekal "muabbad" ialah larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan.
"Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci oleh Allah S.W.T. serta menjadi seburuk-buruk jalan yang dilalui dalam perkahwinan.

 Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang berikut :
  • Ibu-ibu kamu.
  • Anak-anak kamu.
  • Saudara-saudara kamu.
  • Saudara-saudara bapa kamu.
  • Saudara-saudara ibu kamu.
  • Anak-anak saudara kamu yang lelaki.
  • Anak-anak saudara kamu yang perempuan.
  • Ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu.
  • Saudara-saudara susuan kamu.
  • Ibu-ibu isteri kamu.
  • Anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri, tetapi kalau kamu belum campuri mereka "isteri kamu" itu dan kamu telah pun menceraikan mereka, maka tiadalah salah kamu berkahwin dengannya.
  • Dan haram juga kamu berkahwin dengan bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
  • Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali untuk menjadi isteri-isteri kamu, kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah S.W.T. adalah maha pengampun, lagi maha mengasihani.
Larangan Sementara "muaqqat" :

  • Larangan sementara "muaqqat" ialah larangan untuk tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.

Siapakah Muhrim Sementara "muaqqat" ?   

  • Adik ipar atau kakak ipar.
  • Isteri kepada bapa saudara "emak saudara sabit".
Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya "iparnya" selagi mana isterinya masih ada. Melainkan selepas berpisah dengan isterinya. Walaupun begitu, batas pergaulan dengan muhrim sementara "muaqqat" sama seperti hukum dengan bukan muhrim. Termasuk bukan muhrim ialah sepupu "anak kepada emak atau bapa saudara" walaupun ia seperti berada dalam senarai pertalian darah. Wajib menjaga keseluruhan aurat semasa berada di hadapan bukan muhrim. Tidak boleh bersentuhan atau bersalaman dengannya.

No comments:

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa