Friday, April 13, 2018

Contoh Kesimpulan Students in Enterprise Programme (SIEP) by Rohani Redzwa

7.0 KESIMPULAN

Melalui latihan ini, dapat disimpulkan bahawa SIEP Modul 1 telah banyak memberikan pendedahan kepada pengkaji dalam memperoleh maklumat tentang selok-belok bidang perniagaan atau keusahawanan. Pengkaji juga telah memperoleh banyak ilmu ekoran daripada perkongsian tentang maklumat syarikat serta profil syarikat yang telah diperoleh.

                        Pada masa yang sama, latihan ini juga telah memberi peluang kepada pengkaji untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang sistem pengurusan syarikat. Berdasarkan kajian dan latihan yang telah pengkaji jalankan sepanjang tempoh 5 hari tersebut, pengkaji berpendapat bahawa latihan tersebut telah banyak mendatangkan manfaat kepada pengkaji terutamanya dari segi pengalaman.

                        Pengalaman yang pengkaji perolehi sepanjang latihan yang telah dijalankan di Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa Pasir Puteh Berhad telah memberikan pengetahuan kepada pengkaji tentang bagaimana syarikat tersebut ditubuhkan serta mengetahui tentang operasi  harian syarikat tersebut. Sepanjang menjalani latihan di syarikat ini, pengkaji juga telah memperoleh pelbagai pengetahuan serta pengalaman baru yang mengajar tentang bidang keusahawanan.

                        Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa latihan ini wajar diteruskan kerana ia berfungsi memberikan manfaat serta faedah kepada pengkaji dari segi ilmiah, iaitu tentang pengalaman bekerja sebelum pengkaji menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar. Hal ini demikian kerana, melalui latihan yang dijalankan di sesebuah industri, pelajar akan dapat melihat gambaran yang jelas tentang dunia pekerjaan yang sebenar serta dapat berusaha menyesuaikan diri dengan tugasan yang diberikan oleh majikan.

                        Akhir kata, pengkaji ingin memohon maaf kepada pihak syarikat Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa Pasir Puteh Berhad  serta pensyarah Universiti Malaysia Kelantan, Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan atas kesilapan yang terkandung dalam laporan ini sekiranya ada. Pengkaji juga ikhlas menerima teguran yang membina bagi mempertingkatkan lagi mutu jati diri serta pengetahuan pengkaji sebagai seorang yang bergelar mahasiswa.

No comments:

Rohani Redzwa

 Rohani Redzwa